Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Sembang Deras»#SembangDeras: Sebuah Kisah Misteri Kehilangan Suzuki GSX-R1000 (2017)
Sembang Deras

#SembangDeras: Sebuah Kisah Misteri Kehilangan Suzuki GSX-R1000 (2017)

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju08/02/20181 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


ARTIKEL spyshot ini mungkin sudah basi. Macam ini, sedang asyik mengemas kini fail dalam komputer, terjumpa pula si hensem GSX-R1000. Barulah teringat, gambar motor Suzuki ini memang tidak pernah disiarkan kepada umum. Semasa gambar dalam genggaman, maklumat tentang kedatangan GSX-R1000 (2017) masih dalam risikan. Akhirnya jadi pekasam sebab terlupa, sama macam nama Suzuki di Malaysia. Hidup segan mati tak mahu.

Ke manakah perginya  Suzuki Assemblers Malaysia (SAM)? Tiga tahun lalu jenama itu cukup agresif memperkenalkan motosikal berkuasa tinggi ke pasaran tempatan dengan memperkenalkan 4 model big bikes: Hayabusa 1300, GSX1250FA, GSX-R1000 ABS dan V-STROM 1000 ABS.

BACA >>> 10 Motosikal Legenda Suzuki di Malaysia dalam Kenangan

Bagaimanapun, tahun lalu Suzuki tiba-tiba jadi semakin lemau dengan hanya memperkenalkan satu produk, iaitu skuter maxi Burgman 400. Sayang sekali sebab Suzuki adalah antara jenama motosikal terbaik di pasaran yang terkenal dengan ketahanan produk dan juga menjadi perintis pasaran skuter di Malaysia.

Malah, FX125 juga antara model kapcai terbaik di Malaysia. Motor itu pun memang masih elok di rumah sampai sekarang. Cuma spare parts susah nak dapat. Maklumlah motor kategori rare. Motor itu jugalah yang dibawa ke sana ke mari sejak pandai menunggang motor klac mati. Nostalgik bro.

SUZUKI GSX-R1000 JALANI UJIAN VTA

Sekitar Februari 2017, kami ada terima foto spyshot Suzuki GSX-R1000. Jika merujuk kertas ditampal pada sportbike tersebut, memang sahihlah itu model 2017. Tidak diketahui apakah motosikal tersebut sedang menjalani ujian Pengesahan Jenis Kenderaan (VTA) untuk dipasarkan ke Malaysia? Ataupun hanya dibawa masuk untuk kegunaan ujian enduran atau dijadikan kenderaan khas SAM?

Ada beberapa portal automotif mendakwa model itu bakal dilancarkan hujung tahun lalu. Tetapi sekarang sudah masuk 2018, jangankan badan, bayang pun tidak nampak.

BACA >>> Motosikal Terbaik Indonesia 2017 – Suzuki GSX R150 Pecah Dominasi Honda, Yamaha

Barisan GSX-R sudah hampir tiga dekad bernyawa dan lebih sejuta unit terjual. Dalam tempoh 11 tahun, kehadiran GSX-R1000 boleh dianggap legenda dalam segmen 1.0 liter. Sumber menyatakan GSX-R1000 (2017) menerima pembaharuan terkini yang membolehkan model itu siap berentap dengan Kawasaki Ninja ZX-10R, Honda CBR1000RR Fireblade, Yamaha YZF R1, BMW S1000RR dan Ducati Panigale 959.

Tetapi, jangan ditanya bilakah akan masuk Malaysia! Memang mengundang kemarahan sesiapa saja peminat Suzuki yang sudah cukup duit. Simpan sajalah angan-angan itu.

– Aiman Ino


Sekarang kita sedapkan hati dengan baca info di bawah:

FAKTA GSX-R1000:

  • Hadir dengan rekabentuk sporty dan lebih ramping. Fairing depan 13mm lebih ramping, dan lampu utama LED masih bercirikan lampu tunggal dengan saiz lebih kecil.
  • Lubang udara, dikenali sebagai Suzuki Ram-Air Direct (SRAD), dipasang di kiri dan kanan lampu depan.
  • Hendal jenis underyoke dipadankan tangki minyak rendah dan panjang ke belakang. Ketinggian pelana 825mm.
  • Menggunakan frem baru twin spar aluminium, mengurangkan 10 peratus berat. Profil badan lebih rendah 20mm, manakala bahagian frem lebih lebar 60mm bagi mengurangkan getaran ketika enjin dihidupkan.
  • Suspensi depan menggunakan fork terbalik (USD) 43mm (Show Big Piston) boleh laras, manakala suspensi belakang jenis monoshock Showa.
  • Bahagian brek menggunakan dwi cakera 320mm (+10mm) dan dilengkapi Brembo T-Drive. Brek belakang pula dipadankan cakera tunggal 220mm. Tidak ketinggalan ciri Sistem Brek Anti-Kunci (ABS).
  • Enjin 999cc 4-silinder, DOHC berkuasa 200hp (13,200rpm) dan tork 118Nm (10,800rpm). Padanan ciri Ride-by-Wire digabungkan dengan transmisi 6-kelajuan klac basah multiplat (SCAS).

CIRI BAHARU GSX-R1000:

  • Unit Pengurusan Inersia (IMU) seperti jentera MotoGP – memantau ketepatan traksi, brek dan kemampuan membelok.
  • Sistem Kawalan Traksi (TCS) membolehkan penunggang menggunakan 10 tahap tetapan mengikut keperluan.
  • Sistem Gerakan Brek terbaharu dengan bantuan IMU untuk mengurangkan risiko tayar terangkat ketika membrek dalam kelajuan tinggi.
  • 3 pilihan mod tunggangan menerusi. Semua ciri boleh dioperasi menerusi skrin LCD digital baharu selain turut memaparkan maklumat standard seperti meter kelajuan, odometer, trip meter, takat minyak dan lain-lain.GALERI
GSX-R GSX-R1000 GSX-R1000 ABS GSX1250FA Hayabusa 1300 SAM sembang deras sportbike Spyshot Suzuki Suzuki Assembler Malaysia Suzuki GSX-R1000 V-STROM 1000 ABS.
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Malaysia bakal jadi hab EV Asean
    Sembang Deras

    #SembangDeras: Malaysia Bakal Jadi Hab EV Asean Seterusnya, Bukan Sekadar Pasaran Import Lagi?

    08/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    08/07/2026
    Honda CBR150R Stealth Edition 2026
    Roda2

    BSH Perkenal Honda CBR150R Stealth Black Edition 2026, Harga RM13,399

    17/04/2026
    Suzuki Malaysia lancar Suzuki DR-Z4S dan Suzuki DR-Z4SM 2026
    Roda2

    Suzuki Malaysia Kembalikan Model Legenda – DR-Z4S dan DR-Z4SM 2026, Harga RM42,998

    15/04/2026

    1 Comment

    1. Man on 09/02/2018 15:13

      Suzuki assembler ????????

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    By Abang Hirata10/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027 – EV Prestasi 680hp, Jarak Pandu Lebih 670km

    By Abang Hirata10/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.