Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Sembang Deras»#SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
Sembang Deras

#SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?

Han OthmanBy Han Othman10/09/20259 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Top up kad TNG NFC di plaza tol

Weh, kad aku dah link kat eWallet. Kenapa dia tak tolak dekat sana. Dah menyusahkan nak kena topup kad fizikal ni?”

Itulah dialog paling ramai rakyat Malaysia jerit dalam hati (atau kadang-kadang depan palang tol) ketika memandu di lebuh raya utama negara.

Perkara sama juga berlaku pada diri kami, kena pastikan eWallet dan kad ada baki. Cuma peliknya, kenapa ada tol yang boleh tolak terus dari eWallet, dan sesetengah pula tak boleh.

Bayangkan sudah 2025, dan kita sudah ada sistem RFID, eWallet, dan kad bank pun boleh link, tapi bila lalu beberapa plaza tol bawah Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) atau Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE), baki dalam kad fizikal juga yang ditolak.

Kalau tak cukup? Silap-silap kena menyelit ke lorong kecemasan, call bantuan, atau buat kerja gila turun kereta dan berjalan ke lorong lain semata-mata nak top up.

Ya, kad TNG NFC masih boleh top up guna telefon bimbit, tapi proses itu tetap jadi punca kesesakan jalan raya di plaza tol yang menyebabkan kemarahan pengguna lain.

Sistem Dah Ada, Tapi Tak Semua Pakai

Bayar tol eWallet TNG

Macam ni, bila kita link-kan kad ke eWallet (contoh: kad TNG ke TNG eWallet), logiknya setiap transaksi tol sepatutnya ditolak terus dari eWallet, bukan kad. Tak perlulah pengguna kena top up kad dan eWallet. Masalahnya sekarang, hanya sebahagian lebuh raya saja yang menyokong sistem tu.

Yang lain? Kad tol tetap kena top up juga.

Berdasarkan pemerhatian dan tinjuan saya, semua lebuh raya itu dikendalikan bawah syarikat konsesi sama. Saya perasan ada lima lebuh raya utama yang masih tak sokong potongan automatik daripada eWallet walaupun kad sudah dipautkan.

  • Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS)
  • Lebuhraya Baru Lembah Klang (ELITE)
  • Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE)
  • Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1)
  • Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2)

Ini kerana bukan semua pengguna (termasuk saya sendiri) yang tahu lebuh raya mana satu tak sokong potongan automatik daripada eWallet. Memang mengelirukan dan menyakitkan hati! Betul-betul rasa macam hidup zaman Internet Explorer.

Ini Bukan Masalah Biasa-Biasa!

Plaza tol sesak

Ya, ini bukan isu remeh, sebab sistem tak seragam ini buatkan pengguna macam saya kena pantau dua baki, satu dalam eWallet, dan satu lagi dalam kad fizikal. Kalau satu tersangkut, memang boleh kena ‘sidai’ kat palang tol. Bayangkan memandu waktu puncak dengan anak menangis, aircond tak berapa nak sejuk, dan tiba-tiba ‘baki tidak mencukupi’. Memang bikin panas braderrr…

Rasanya majoriti rakyat sudah bersedia dengan dunia digital, tetapi sistem pula macam tak nak bersedia. Kita bukan nak benda fancy sangat. Kita cuma nak sistem yang mudah, seragam dan mesra pengguna. Kalau semua tol guna sistem sama yang tak perlu dua baki, tak perlu kelam kabut top up kad fizikal dan tak nak ada lagi kereta terberhenti kat lorong tol. Itu saja.

Persoalan Perlu Difikirkan

Plaza tol di Malaysia

Kenapa sistem tol digital kita tidak diseragamkan sepenuhnya? Kenapa ada lebuh raya yang sudah pun menyokong potongan eWallet secara automatik menerusi PayDirect, sebaliknya lebuh raya lebih besar dan lebih penting masih ketinggalan untuk buat perubahan?

Ramai menyalahkan TNG, walhal sistem bayaran bersepadu itu sepatutnya disediakan operator lebuh raya. Faktanya, TNG sudah sedia menyediakan sistem pembayaran yang boleh diintegrasikan antara eWallet dan kad TNG.

Ambil contoh, kenapa bayaran tol di Penchala Link bawah Lebuhraya SPRINT boleh terus ditolak dari eWallet, tapi Lebuhraya ELITE tak boleh sedangkan lebuh raya tersebut berdepan jumlah trafik yang sangat tinggi ketika waktu puncak?

Bukankah lebih wajar kalau semua plaza tol dalam negara mula menggunakan sistem sama yang seragam, mudah dan mesra pengguna? Dalam era hampir setiap transaksi harian boleh dilakukan secara digital, sangat pelik jika pengguna masih perlu bersusah payah mengekalkan dua jenis baki untuk tujuan yang sama.

Masalah Sebenar: Sistem Bayaran Dah Pecah Belah

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM)

Isu ini bukan sekadar “boleh atau tak boleh link kad ke eWallet”. Hakikatnya, sistem bayaran lebuh raya kita sekarang dah bercelaru.

Ada tempat boleh guna eWallet, ada yang hanya terima kad, ada pula yang baru perkenal open payment kad debit/kredit. Sekarang, ada pula operator mula lancarkan app sendiri untuk bayar tol.

Kalau semua ikut langkah sama, jangan terkejut setiap lebuh raya ada app masing-masing. Bayangkan pengguna nak lalu empat lebuh raya, kena install empat app, daftar empat akaun, dan pastikan semua ada baki. Memang confirm pening wehhh…

Rakyat Malaysia dah terbiasa dengan satu app utama dan open payment sebagai alternatif. Logiknya, kita kekalkan sistem ini supaya lebih senang. Tak perlu cipta lagi banyak aplikasi yang cuma tambah beban dan risiko tersangkut di palang tol.

Kepada Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), kenapa sistem tol baharu diperkenalkan sedangkan benda asas pun masih tak konsisten dan kacau-bilau? Bukankah LLM patut selesaikan dulu cara bayaran tol yang bersepadu? Bukankah sepatutnya semua pilihan bayaran terbuka didigitalkan?

Mampukah Satu Sistem Tol untuk Semua Lebuh Raya?

Kesesakan lebuh raya

Bayaran tol ni perkara asas. Tapi bila jadi tak seragam, operator lebuh rayalah akan jadi simbol kepada masalah lebih besar, pasal kegagalan urus teknologi dengan efisien. Ketika rakyat biasa dah bersedia nak guna sistem digital penuh, operator lebuh raya masih separuh jalan walaupun sistemnya sudah siap ada!

Kita patut kejar satu matlamat, semua lebuh raya kena guna satu sistem bayaran digital yang lancar, sama, dan mudah digunakan. Apabila kad dah dipautkan ke eWallet, tanpa perlu peduli mana-mana lebuh raya pun, sepatutnya bayaran ditolak terus daripada situ saja.

Persoalannya, sampai bila pihak berkuasa macam LLM nak biarkan sistem bercelaru ini berterusan tanpa ada sebarang penyelesaian yang konkrit? Patutkah pengguna terus menanggung beban sedangkan penyelarasan boleh dilaksanakan di peringkat nasional?

Ini bukan masa untuk berpecah-belah fikirkan kepentingan sendiri, tapi masa untuk masing-masing bersatu demi kelancaran semua pengguna jalan raya.

Auto Terkini sembang deras Sistem Bayaran Tol Digital
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Autotainment

#Perbandingan: Harga Minyak Negara Asean Setakat April 2026, Malaysia Antara Termurah

14/04/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Isu Bekalan Minyak Tular, Shell Malaysia Mohon Maaf Hadkan Jualan Sementara

14/04/2026
Nozel RON95 dan RON97
Auto Terkini

Tiada Krisis Bekalan Minyak, Kerajaan Pantau Data Mingguan Penggunaan Bahan Api

14/04/2026
Harga diesel Semenanjung Malaysia
Auto Terkini

Bantuan BUDI Agri-Komoditi, BUDI Diesel Naik RM400 Mulai 21 April

14/04/2026

9 Comments

  1. Zhaf on 20/09/2025 17:31

    PayDirect PLUS is trialing it on the Penang Bridge and BKE. Chill.

    Reply
  2. Siew on 20/09/2025 21:00

    True, Touch ’n Go has long held a monopoly over toll payments, but users are increasingly frustrated because the system isn’t user-friendly having to top up physical cards even after linking with eWallets. Hopefully TnG and the authorities will refine the interface to make it much easier to use

    Reply
  3. mandy on 20/09/2025 21:18

    people give too much time for goverment to make improvement for toll system, please do something better..

    Reply
  4. Rahul on 20/09/2025 22:18

    Honestly, I think competition is the best thing to happen to toll payments. It pushes everyone to do better. Touch ‘n Go had no pressure before, and now they finally have to upgrade.

    Reply
  5. Saiful.Bukhari on 20/09/2025 23:12

    The system is not wrong. What is wrong is the individual’s attitude. If you plan from the beginning, there will be no problem with insufficient balance.

    Reply
  6. Syakila on 21/09/2025 01:04

    What’s the problem with LLM… users are fine, there are plenty of choices, as long as you have money.

    Reply
  7. Monaliza Ann on 21/09/2025 02:49

    Your balance in your card is your problem. Dont drag other people drown into your problem. Check your balance earlier!

    Reply
  8. Alif on 21/09/2025 11:22

    Out of all the highway operators, I think PLUS is the most reliable and efficient.

    Reply
  9. Nusaibah on 21/09/2025 14:58

    I think there are already many payment options, I can’t wait for JustGo later—faster and easier.

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Roda2

Aveta VS115 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM3,488!

By Syafie14/04/2026
Perodua Bezza paling laris Mac 2026
Auto Terkini

Bezza Pintas ‘King’ Proton Saga, Perodua Kekal Dominasi Jualan Mac 2026

By Syafie10/04/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Pakej aksesori Mitsubishi Xforce 2026
Aksesori

MMM Tawar Pakej Aksesori Mitsubishi Xforce 2026, Harga Mula RM700!

By Syafie09/04/2026
Aveta Serra 125 2026
Roda2

Aveta Serra 125 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM5,088!

By Syafie13/04/2026
Nissan Sakura 2026
Kenderaan Elektrik (EV)

EV Jepun Paling Laris, Nissan Sakura 2026 Diperkenal!

By Abang Hirata13/04/2026
Honda ZR-V Cross Touring 2026 MUGEN
Aksesori

MUGEN Perkenal Kit Aero Honda ZR-V 2026

By Abang Hirata10/04/2026
Yamaha Tenere 700 2026
Roda2

HLYM Lancar Yamaha Tenere 700 2026 Baharu, Harga RM58,998

By Shazwan Hisam04/04/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.