Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Selepas 14 Tahun, Kenapa Proton Masih Jual Exora Di Malaysia?
Auto Terkini

Selepas 14 Tahun, Kenapa Proton Masih Jual Exora Di Malaysia?

Sharil TarmizeBy Sharil Tarmize06/10/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

SELEPAS 14 tahun dijual di Malaysia, kenapa Proton Exora masih dijual di pasaran Malaysia? Adakah jawapannya terdapat pada teknik penyamaran level dewa yang dilakukan Exora untuk menjadi sebahagian daripada barisan keluarga X baharu Proton seperti X50, X70 dan X90 hanya dengan memiliki nama yang berbunyi seakan barisan keluarga X yang lain? (Exora = X-xora).

Sudah tentulah tidak. Walaupun penjenamaan semula kereta Geely ini dilihat jauh lebih baik berbanding kereta-kereta keluaran Proton terdahulu, namun mengapa MPV seperti Proton Exora yang sudah berusia 14 tahun yang jelas-jelas bukan dari keluarga X (meskipun ada iras-iras bunyi X pada namanya) masih dijual di sini?

MPV Flagship (varian tertinggi) Baharu Paling Murah di Malaysia.

Antara salah satu sebab utama mengapa Exora masih dijual di Malaysia adalah kerana faktor harganya, menyebabkan ia masih lagi relevan dan masih ada permintaan di Malaysia.

Dengan keadaan semasa ekonomi negara ketika ini di mana harga menjadi faktor utama, harga varian tertinggi Proton Exora yang dijual pada RM69,800 menjadikan ia sebagai MPV 7-tempat duduk flagship baharu paling murah di Malaysia.

MPV Yang Selesa Dan Praktikal Untuk Pelbagai Kegunaan

Selain harga yang murah, faktor keluasan kabin dan keselesaan yang ditawarkan pada Proton Exora menjadikan MPV ini sebagai kenderaan mampu milik pelbagai guna yang praktikal. Selain menjadi people mover yang selesa dengan kehadiran corong penyaman udara di setiap barisan tempat duduk termasuk barisan ketiga, ruang dalamannya amat besar jika barisan tempat duduk belakang diturunkan hingga mampu memuatkan pelbagai barangan, termasuk barangan perniagaan.

Jadi tidak hairanlah mengapa Proton Exora kerap dilihat menjadi kenderaan pilihan pemilik perusahaan kecil dan sederhana (SME) sebagai kenderaan untuk berniaga. Selain mampu memuatkan ramai penumpang atau pelbagai barangan perniagaan, kos operasi serta kos penyelenggaraan Exora yang rendah dan mampu milik mampu memberi pulangan terhadap pelaburan yang tinggi terhadap peniaga yang memilih MPV ini sebagai kenderaan perniagaan mereka.

Bagi sesetengah orang, reka bentuk Exora ini agak lapuk jika nak dibandingkan dengan pencabarnya yang lain disebabkan faktor usianya. Bagaimanapun, kewujudan Exora ini Exora ini lebih tertumpu kepada praktikaliti berbanding reka bentuk yang indah di mata semata-mata. Walaupun rekaannya tidaklah terlalu sporty atau aerodinamik, namun ia masih menawarkan ciri-ciri bergaya seperti cermin sisi automatik, skirt sisi, kemasan hitam di belakang dan spoiler, padanlah dengan harganya.

Teknologi Dan Kuasa Enjin Yang Masih Relevan

Dari segi prestasi, enjin 1.6 liter turbo empat silinder yang menghasilkan 140PS dan 205Nm ini bukanlah yang paling gah dalam kelasnya, tapi enjin turbo ini sudah mencukupi untuk menggerakkan MPV seberat 1,457kg ini pada kelajuan tinggi ketika melalui lebuh raya mahupun ketika mendaki Genting Highlands.

Ciri teknologinya tidaklah semaju barisan keluarga X keluaran Proton yang lain, namun bukanlah bermaksud Proton Exora ini terlalu ketinggalan zaman. Paparan infotainment 7 incinya masih menawarkan fungsi sambungan ke telefon pintar, navigasi secara atas talian, 4G dan wifi, Bluetooth meskipun tiada Apple CarPlay atau Android Auto.

Malah fungsi pengecaman suara ‘Hi Proton’ yang ada pada Proton X50 turut diberikan pada Exora ini. Bezanya pengecaman suara ini hanya boleh dibuat untuk mengawal komunikasi, navigasi serta hiburan sahaja, tidak termasuk fungsi mengawal tingkap seperti pada X50 dan Proton Iriz. Kehadiran dua port USB (A) yang ada juga mencukupi untuk kegunaan data serta untuk mengecas telefon. Ciri-ciri yang ditawarkan ini tidaklah gah, namun cukup untuk kegunaan harian.

Kesimpulan

Bagi sesetengah orang, apa yang ditawarkan oleh Proton Exora ini mungkin kurang menarik dan sudah ketinggalan zaman, namun bagi mereka yang betul-betul mahukan MPV yang paling berpatutan, berbaloi dan bernilai dengan harga yang ditawarkan, Proton Exora merupakan antara pilihan utama bagi MPV 7-tempat duduk mampu milik baharu terbaik yang boleh dibeli buat masa ini.

Sebab itulah Proton Exora ini masih teguh bertapak dalam pasaran Malaysia.

BACA >>> Proton Exora (2023) Facelift Lancar! Logo Baharu, Kemas Kini Minimal, Harga Mula RM62k!
BACA >>> Proton Catat Jualan Lebih 12k Unit Sepanjang September 2023

Mampu milik MPV proton exora turbo
Sharil Tarmize

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Pemenang Peraduan BHPetrol ‘Beli dan Menang, Mencari OKB’ Diumumkan, Hadiah Keseluruhan RM300,000!

    13/06/2026
    Auto Terkini

    BMW M Concept Neue Klasse Diperkenalkan, Bayangan Masa Depan Model Prestasi Elektrik BMW M

    13/06/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    #KLIMS2026: Perodua QV-E G+ Edition Dipertonton, Model EV Perodua Bakal Ada Bodykit Sendiri?

    12/06/2026
    Auto Terkini

    Toyota Alphard Spacious Lounge 2026 Dilengkapi Yamaha Performance Damper

    11/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda2

    #MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

    By Syafie09/06/2026
    Roda2

    Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

    By Abang Hirata08/06/2026
    Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
    Roda2

    #MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

    By Syafie09/06/2026
    Roda4

    Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

    By Abang Hirata11/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: ARIIC Lancar Dua Skuter Baharu – Touch dan GOBI, Harga Mula RM13,688

    By Syafie09/06/2026
    Auto Terkini

    Chery Malaysia Rai Tiga Tahun dengan Harga ‘Durian Runtuh’: Tiggo Cross Kini Serendah RM80,800

    By Han Othman09/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Brixton Lancar 625V, MOUCCA250 di Malaysia, Harga RM12,888, RM26,888

    By Syafie09/06/2026
    Alpinestars Supertech R10
    Aksesori

    Alpinestars Supertech R10 Rasmi di Malaysia, Harga RM3,999 – RM4,799

    By Shazwan Hisam08/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.