Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Proton Catat Jualan Lebih 12k Unit Sepanjang September 2023
Auto Terkini

Proton Catat Jualan Lebih 12k Unit Sepanjang September 2023

Han OthmanBy Han Othman05/10/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PROTON Holdings Bhd mencatat jualan 12,230 unit bagi pasaran domestik dan eksport sepanjang September 2023 dengan jumlah jualan tiga suku pertama tahun ini 116,832 unit.

Angka jualan itu meningkat 14.1 peratus daripada angka pada tempoh sama 2022.

Bagaimanapun, Proton menjelaskan jualan September itu merosot 1,725 unit berbanding bulan lalu (Ogos), manakala jumlah keseluruhan industri (TIV) turut susut bawah 70,000 unit.

Namun, pertumbuhan jualan Proton masih kekal mendahului jumlah pertumbuhan industri lebih 3.7 peratus, manakala pegangan pasaran kekal mendahului angka 2022 yang kini pada 20.5 peratus, atau 0.7 peratus lebih daripada tahun terdahulu (2022).

Menjelang suku akhir 2023, empat model Proton terus meneraju segmen masing-masing.

Proton Persona mengakhiri September sebagai sedan segmen-B kedua paling popular dengan jualan 2,053 unit, dan kekal menerajui pasaran tahun ini setakat ini dengan jumlah jualan 18,614 unit, iaitu 72.6 peratus lebih daripada tahun lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Proton Edar, Roslan Abdullah berkata, September ialah bulan yang tenang bagi industri automotif, yang menyebabkan penurunan dari segi jualan berbanding Ogos.

Ramai pembeli mengambil langkah untuk menunggu dan lihat dengan menjangka pembentangan belanjawan negara 2024 pada 13 Oktober dan ini membawa beberapa kesan jangka masa pendek.

“Suasana keseluruhan pasaran bagaimanapun kekal rancak dengan pengenalan baharu diteruskan pada kadar yang mencatatkan rekod,” katanya.

 

SUMBER: Bernama

Jualan Proton September 2023 Proton PROTON Holdings Berhad Proton Persona Proton X90
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Harga diesel Semenanjung Malaysia
Auto Terkini

MOF Pertimbang Konsep ‘Approved Person’ Dalam BUDI Diesel

24/06/2026
CAAM jadi badan berkanun bebas
Auto Terkini

Jangan Buat 6 Kesalahan Jalan Raya Ini Kalau Tidak Mahu Dikompaun Maksimum RM500 Mulai 2029

24/06/2026
Auto Terkini

Pemandu Lori Terima RM10,000 Selepas Selamatkan 21 Penumpang Bas Di Menora

24/06/2026
Auto Terkini

Projek NPE 2 Bermula, Dijangka Siap 2029, Bakal Alihkan 40 Peratus Trafik ke KL

24/06/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

By Syafie19/06/2026
Auto Terkini

Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

By Syafie19/06/2026
Roda2

SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

By Shazwan Hisam21/06/2026
Roda2

Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

By Abang Hirata18/06/2026
Honda N-BOX 2027
Roda4

Honda N-BOX 2027 dalam Rekabentuk N-BOX Custom yang Lebih Garang!

By Abang Hirata22/06/2026
Roda2

#KLIMS2026: Suzuki SV-7 GX Bakal Masuk Malaysia, Previu Di MITEC

By Shazwan Hisam18/06/2026
Roda2

Honda CRF250R, CRF250RX, CRF450R dan CRF450RX 2027 – Model 450 Rombakan Besar!

By Abang Hirata20/06/2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Zeekr X 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM158,800

By Syafie23/06/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.