Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Scania Malaysia Perkenalkan Trak Super, Bas Generasi Baharu Jimat Bahan Api
Auto Terkini

Scania Malaysia Perkenalkan Trak Super, Bas Generasi Baharu Jimat Bahan Api

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju15/08/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SCANIA Malaysia melancarkan model bas generasi baharu (NBG) dan trak Super ke pasaran tempatan, dilengkapi sistem trenkuasa yang menjanjikan penjimatan penggunaan bahan api serta mengurangkan pelepasan emisi karbon.

Koleksi kenderaan baharu dengan trenkuasa termaju itu dikatakan menawarkan penjimatan diesel antara 8 hingga 9 peratus dengan kesediaan penerimaan bahan api biodiesel FAME B100 serta pengurangan emisi karbon sehingga 80 peratus.

TRAK SUPER SCANIA

  • Scania Super didakwa trak paling termaju dan menggunakan trenkuasa pembakaran dalaman paling efisien dalam pasaran Malaysia.
  • Menawarkan penjimatan bahan api sehingga 8 peratus berbanding trak model terdahulu Scania.
  • Enjin berkapasiti 13 liter itu membantu memanjangkan hayat operasi sehingga 30 peratus.
  • Ada peningkatan prestasi pembakaran enjin dan pengurangan geseran dalaman.
  • Kepala silinder jenis tunggal dengan aci sesondol berkembar.
  • Brek ketiga iaitu Brek Pelepasan Mampatan (Compression Release Brake – CRB).
  • Hadir dengan Sistem Pengurangan Bermangkin Terpilih (SCR) Berkembar Scania. SCR ialah sistem di mana bahan pengurang ditambah ke dalam gas ekzos untuk mengurangkan kandungan nitrogen oksida (NOx).
  • Output kuasa enjin ditawarkan dalam beberapa pilihan dan sehingga 550hp.
  • Paras kecekapan haba brek enjin kini 50 peratus berbanding model lama iaitu sekitar 35 hingga 40 peratus.
  • Tork maksimum dapat dirasai pada kelajuan putaran enjin bermula dari 900rpm.
  • Sistem keselamatan standard merangkumi teknologi Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Sistem Brek Elektronik (EBS), Kawalan Cengkaman, beg udara langsir dan beg udara roda stereng.
  • Opsyen sistem ADAS pula adalah Kawalan Jelajah Adaptif, Amaran Titik Buta, Program Kestabilan Elektronik, Amaran Perlanggaran Pengguna Jalan Raya Berisiko, Pencegahan Perlanggaran Tukar Lorong, Bantuan Kekal Lorong dan Amaran Keluar Lorong.

BAS GENERASI BAHARU SCANIA

  • Bas super menggunakan beberapa komponen baharu iaitu enjin, kotak gear, sistem angin, peredam bunyi, tag stereng gandar, arkitektur bekalan kuasa, frem common belakang, suspensi depan, gandar depan, sistem elektrik dan ruangan pemandu.
  • Sesuai untuk kegunaan bas antara bandar dan pelancongan dengan sokongan tambahan tiga jenis bahan api iaitu biodiesel/FAME, biogas dan HVO (Hydrotreated vegetable oil).
  • Trenkuasa menawarkan penjimatan bahan api sehingga 8 peratus, dibantu enjin efisien bahan api dan teknologi kawalan jelajah.
  • Ruangan pemandu ditingkatkan dengan kedudukan ergonomik lebih baik, visibiliti lebih menyeluruh, kualiti dan keselamatan ditingkatkan serta Sistem ADAS.
  • Ciri keselamatan standard termasuk ABS, EBS, Kawalan Cengkaman dan Amaran Keluar Lorong.
  • Opsyen lain ditawarkan ialah Kawalan Jelajah Adaptif, Amaran Titik Buta, Program Kestabilan Elektronik, Amaran Perlanggaran Pengguna Jalan Raya Berisiko, Pencegahan Perlanggaran Tukar Lorong, Bantuan Kekal Lorong dan Amaran Keluar Lorong.
bas generasi baharu biodiesel FAME B100 Scania Malaysia Scania Super
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Anthony Loke Siew Fook arah JPJ saman petugas kempen PRN Johor tidak pakai helmet
    Auto Terkini

    Anthony Loke Arah JPJ Saman Petugas PH, Termasuk DAP Tak Pakai Helmet di PRN Johor

    10/07/2026
    Auto Terkini

    Aeronas – Syarikat Tempatan Yang Mampu Bina Pesawat

    09/07/2026
    Auto Terkini

    BMW iX3 dan ZEEKR 7GT Raih 5 Bintang Ujian Baharu Euro NCAP Yang Lebih Ketat!

    09/07/2026
    Auto Terkini

    Jurujual Mengaku Bersalah Tetak Penunggang Motosikal Dipenjara 10 Tahun, 2 Sebatan

    08/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Geely siar imej acah Geely Preface L90
    Auto Terkini

    Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

    By Han Othman07/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    By Abang Hirata10/07/2026
    Auto Terkini

    BMW 7 Series Protection Diguna PMX Bukan Kereta Rasmi Baharu Tapi Aset Sedia Ada Kerajaan

    By Syafie08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.