Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Satu Slot VR46 Masih Kosong, Mungkinkah Rossi Berlumba untuk Pasukan Sendiri?
Auto Terkini

Satu Slot VR46 Masih Kosong, Mungkinkah Rossi Berlumba untuk Pasukan Sendiri?

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju18/06/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SEJURUS pengumuman kerjasama antara Gresini Racing dengan Ducati untuk dua tahun semalam, khabar angin mengenai pasukan VR46 yang akan mengikut jejak langkah sama mula bertiup.

Walaupun belum mengeluarkan kenyataan rasmi, ramai menjangka pasukan Rossi itu juga bakal menggunakan jentera pengeluar Itali tersebut. Persoalannya sekarang, siapakah seorang lagi pelumba yang bakal berganding bersama Luca Marini?

BACA >>> Pasukan VR46 Sertai MotoGP Musim Depan!
BACA >>> VR46 ke MotoGP: Rossi Kata Ya, Aramco Tak Tahu Apa-Apa

Luca Marini

Menjawab persoalan berkenaan, pengasas VR46, Valentino Rossi mengatakan tiada persetujuan dicapai, tetapi beliau berharap satu lagi slot dapat diberikan kepada pelumba daripada akademi itu sendiri. Antara calon utama ialah Marco Bezzecchi, tetapi pihaknya mahu mengambil masa untuk menilai prestasi musim ini. 

Fokus utama VR46 kini adalah memilih jentera untuk digunakan dalam saingan akan datang. Adakah Ducati, Yamaha atau Suzuki? Semua pilihan dikatakan masih dalam pertimbangan.

Luigi Dall’Igna

Dalam perkembangan lain, Pengurus Pasukan Ducati Corse, Luigi Dall’Igna berkata, dia tiada masalah memberikankan jentera Ducati kepada Rossi. Jika benar, itu bermakna Rossi akan bersaing untuk pasukannya sendiri dan mungkin menamatkan karier dengan jentera selain Yamaha.

Rossi memberikan respon positif dengan tawaran tersebut. Bagaimanapun, beliau masih belum membuat sebarang keputusan dan mahu terus melihat perkembangan minggu akan datang.

Terdahulu, Rossi kerap menyatakan masa depannya bergantung kepada prestasi dan setakat ini persembahannya bersama Petronas SRT adalah kurang memberangsangkan.

The Doctor juga pernah mengatakan akan menunggu hingga musim panas tahun ini untuk buat keputusan, dan kini cuma ada dua perlumbaan lagi sebelum hari tersebut tiba. Ke manakah Rossi selepas ini?

BACA >>> Rossi Tentukan Masa Depan Musim Panas Ini
BACA >>> Petronas SRT Mula Cari Pengganti Rossi, Morbidelli Akan Dapat Jentera Kilang?

SUMBER: GPone.com

Auto Terkini Ducati luca marini marco bezzecchi MotoGP roda2 sukan permotoran Valentino Rossi VR46
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Anthony Loke Siew Fook arah JPJ saman petugas kempen PRN Johor tidak pakai helmet
    Auto Terkini

    Anthony Loke Arah JPJ Saman Petugas PH, Termasuk DAP Tak Pakai Helmet di PRN Johor

    10/07/2026
    Auto Terkini

    Aeronas – Syarikat Tempatan Yang Mampu Bina Pesawat

    09/07/2026
    BMW iX3 dan Zeekr 7GT raih 5-bintang Eurp NCAP
    Auto Terkini

    BMW iX3, Zeekr 7GT Raih 5-Bintang Ujian Baharu Euro NCAP 2026 yang Lebih Ketat!

    14/07/2026
    Auto Terkini

    Jurujual Mengaku Bersalah Tetak Penunggang Motosikal Dipenjara 10 Tahun, 2 Sebatan

    08/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    By Abang Hirata10/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    Geely siar imej acah Geely Preface L90
    Auto Terkini

    Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

    By Han Othman07/07/2026
    Auto Terkini

    BMW 7 Series Protection Diguna PMX Bukan Kereta Rasmi Baharu Tapi Aset Sedia Ada Kerajaan

    By Syafie08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.