Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Rossi Kagum dengan Pelumba Petronas Yamaha, Baru 19 Tahun Sudah Lumba MotoGP
Auto Terkini

Rossi Kagum dengan Pelumba Petronas Yamaha, Baru 19 Tahun Sudah Lumba MotoGP

AryonBy Aryon08/03/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SIAPA sangka kekanda Valentino Rossi yang tahun ini genap usia 40 tahun akan berlumba dengan pelumba yang separuh usia lebih muda daripadanya. Pelumba itu ialah Fabio Quartararo yang akan berusia 19 tahun 324 hari atas grid pada aksi pembukaan MotoGP 2019 di Qatar Ahad ini.

Pada sidang media semalam, kedua-dua pelumba itu duduk sebelah menyebelah dan Rossi mengaku pernah bersembang mengenai perbezaan usia mereka dengan anak muda dari Perancis itu.

“Kami bercakap pasal ini (umur), dan aku cakap dia boleh jadi anak aku.

“Dia sangat, sangat muda, (lahir) 1999, jadi dia juga dua tahun lebih muda dari adik aku (Luca Marini), dan sudah berlumba MotoGP,” kata Rossi seakan kagum dan teruja.

BACA >>> #MotoGP2019: Previu, Fakta dan Statistik GP Qatar yang Perlu Anda Tahu

PROTEGE ALZAMORA

Quartararo berlumba dalam kejuaraan Grand Prix (GP) seawal usia 15 tahun dengan memenangi 9 daripada 11 perlumbaan kejuaraan CEV Moto3 untuk pasukan Emilio Alzamora. Ini secara tidak langsung membuatkan pemerhati sukan permotoran cuba membandingkannya dengan adinda Marc Marquez yang juga pernah mendapat tunjuk ajar Alzamora pada awal karier dulu.

BACA >>> Rossi Kekal Tenang dan Bersahaja Ambil Trofi 'Si Gagal Tahunan'

Namun selepas berpisah dengan Alzamora, Quartararo tidak lagi menang kejuaraan dunia hingga musim lalu dalam Moto2. Kejayaan peringkat pertengahan itu membuka ruang kepadanya untuk direkrut masuk ke MotoGP sebagai pelumba Petronas Yamaha SRT dengan catatan masa memberangsangkan, iaitu kedua terpantas pada final ujian pramusim

“Dia ada karier yang pelik. Dia tiba macam genius, tetapi atas sebab tertentu dia sedikit hilang punca. Tetapi aku fikir tahun ini dengan pasukan dan jentera ini, dia ada peluang sangat penting untuk menunjukkan kelajuannya. Ini akan jadi sangat menarik dan maaf cakap yang dia boleh jadi anak aku!” gurau Rossi seraya menguntum senyuman manis di bibir..

“Dia juga setahun lebih awal daripada aku dalam MotoGP, sebab aku sudah 21 tahun masa tu,” tambah kekanda lagi.

Quartararo akan jadi pelumba ketiga berlumba dalam MotoGP sebagai remaja selepas Michel Fabrizio dan John Hopkins sejak pengenalan kelas 4-lejang pada 2002.

SUMBER: VisorDown

Emilio Alzamora Gabio Quartararo GP Qatar 2019 MotoGP 2019 Petronas Yamaha SRT sukan permotoran Valentino Rossi
Aryon

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

    16/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Auto Terkini

    Rezeki Bermula Sebotol Air, Dua Pembeli Raih Hadiah Utama Tunai RM135,000

    16/07/2026
    Petronas Sprinta Ladies lancar di Malaysia
    Auto Terkini

    Petronas Sprinta Ladies Lancar, Platform Baharu Perkasa Komuniti Penunggang Wanita

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.