Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»RM2.5 Juta untuk Satu Kereta Terbang, 70 Unit Sudah Ditempah!
Auto Terkini

RM2.5 Juta untuk Satu Kereta Terbang, 70 Unit Sudah Ditempah!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju06/12/20192 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MODEL kereta terbang berkuasa 230hp ciptaan syarikat Belanda sudah ditayangkan pada acara ‘Miami 2020 and Beyond’ di bandar Miami, Florida di Amerika Syarikat (AS) pada 3 Disember lalu.

Dikenali sebagai Pioneer Personal Air Landing Vehicle (PAL-V), kereta terbang 2-kerusi itu mampu terbang sepantas 322kmj, manakala kelajuan maksimum atas jalan ialah 160kmj.

BACA >>> Syarikat Belanda Lancar Kereta Terbang Komersial Pertama, Mula Beroperasi Tahun Depan

Setakat ini, syarikat Belanda itu sudah menerima tempahan awal sebanyak 70 unit yang mana PAL-V akan dijual pada harga AS$599,000 (RM2.5 juta) seunit. Kiriman pertama akan bermula 2021 dan mereka yang membuat pembelian perlu mendapatkan lesen memandu kereta dan lesen juruterbang sebagai syarat memiliki dan mengendalikan PAL-V.

Dihasilkan menggunakan karbon fiber, titanium dan aluminium, PAL-V cuma seberat 600kg dan memerlukan panjang landasan 164 meter untuk berlepas dan 30m untuk mendarat.

BACA >>> Kereta Terbang: Bukan yang Empat Propeler, Tapi Lapan Kipas?

Ciri utama kereta terbang 4-silinder itu ialah bilah rotor yang oleh dilipat dan disimpan seperti ‘sayap kelawar’ di atas kenderaan tersebut. Jika mahu menyimpan bilah rotor, pemandu hanya perlu menekan punat dalam kabin.

PAL-V akan bertukar dari bentuk kereta kepada girokopter dalam masa 10 minit, dan memerlukan 8 saat untuk pecutan 0-96kmj. Tangki minyak mampu mengisi 102 liter petrol yang membolehkan ia terbang sejauh 399-498km pada ketinggian 11,500 kaki (3,500m). Jika memandu PAL-V, isian satu tangki minyak penuh boleh mencapai jarak sejauh 1,207km.

Ada beberapa kenderaan terbang lain sedang dibangunkan di Republik Czech, Slovakia, Jepun, China dan AS. Sebuah lagi kereta terbang versi bajet, Pal-V Liberty Sport dijangka diperkenalkan tahun depan pada harga serendah AS$335,000 (RM1.4 juta) sahaja. 😝

Menurut beberapa laporan media, kenderaan terbang itu perlu memiliki sekurang-kurang 150 jam terbang dan menjalani ujian ekstensif sebelum ditauliahkan sijil daripada Agensi Keselamatan Penerbangan Eropah (EASA). Selepas sijil EASA diperoleh, barulah PAL-V dibenarkan terbang di AS mengikut peraturan FAR 27.

BACA >>> Kereta Terbang Kedua Pula Bakal Muncul Tahun Depan, KL-Pulau Pinang Sejam Sahaja!

GALERI

SUMBER: DailyMail

Auto Terkini Kereta Terbang Miami 2020 and Beyond PAL-V Pioneer Personal Air Landing Vehicle (PAL-V)
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    FLUX Tawar Suzuki Fronx, Jimny – Diskaun 69% Sempena Merdeka

    27/07/2026
    FI kembali ke Sepang untuk GP Bahrain 2026
    Auto Terkini

    PMX: Hubungan Baik Agong, Raja Bahrain Jadi Faktor F1 di Litar Sepang

    27/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Di sebalik Falsafah Rekabentuk MV Agusta, Kejuruteraan Jadi Karya Seni!

    27/07/2026
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    27/07/2026

    2 Comments

    1. Farhan Shani on 02/01/2020 13:19

      Malaysia pnya beli seketui kat China pastu claim usahasama, kanina

      Reply
    2. boni barau on 07/01/2020 16:00

      Malaysia sudah ada kah? . Tanya aje. Tidak mampu beli.

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.