• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / RM2.5 Juta untuk Satu Kereta Terbang, 70 Unit Sudah Ditempah!

RM2.5 Juta untuk Satu Kereta Terbang, 70 Unit Sudah Ditempah!

December 6, 2019 By Brader Shawn 2 Comments

125.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MODEL kereta terbang berkuasa 230hp ciptaan syarikat Belanda sudah ditayangkan pada acara 'Miami 2020 and Beyond' di bandar Miami, Florida di Amerika Syarikat (AS) pada 3 Disember lalu.

Dikenali sebagai Pioneer Personal Air Landing Vehicle (PAL-V), kereta terbang 2-kerusi itu mampu terbang sepantas 322kmj, manakala kelajuan maksimum atas jalan ialah 160kmj.

BACA >>> Syarikat Belanda Lancar Kereta Terbang Komersial Pertama, Mula Beroperasi Tahun Depan

PAL - V (5)
PAL - V (3)

Setakat ini, syarikat Belanda itu sudah menerima tempahan awal sebanyak 70 unit yang mana PAL-V akan dijual pada harga AS$599,000 (RM2.5 juta) seunit. Kiriman pertama akan bermula 2021 dan mereka yang membuat pembelian perlu mendapatkan lesen memandu kereta dan lesen juruterbang sebagai syarat memiliki dan mengendalikan PAL-V.

Dihasilkan menggunakan karbon fiber, titanium dan aluminium, PAL-V cuma seberat 600kg dan memerlukan panjang landasan 164 meter untuk berlepas dan 30m untuk mendarat.

BACA >>> Kereta Terbang: Bukan yang Empat Propeler, Tapi Lapan Kipas?

Ciri utama kereta terbang 4-silinder itu ialah bilah rotor yang oleh dilipat dan disimpan seperti 'sayap kelawar' di atas kenderaan tersebut. Jika mahu menyimpan bilah rotor, pemandu hanya perlu menekan punat dalam kabin.

PAL-V akan bertukar dari bentuk kereta kepada girokopter dalam masa 10 minit, dan memerlukan 8 saat untuk pecutan 0-96kmj. Tangki minyak mampu mengisi 102 liter petrol yang membolehkan ia terbang sejauh 399-498km pada ketinggian 11,500 kaki (3,500m). Jika memandu PAL-V, isian satu tangki minyak penuh boleh mencapai jarak sejauh 1,207km.

Ada beberapa kenderaan terbang lain sedang dibangunkan di Republik Czech, Slovakia, Jepun, China dan AS. Sebuah lagi kereta terbang versi bajet, Pal-V Liberty Sport dijangka diperkenalkan tahun depan pada harga serendah AS$335,000 (RM1.4 juta) sahaja. 😝

Menurut beberapa laporan media, kenderaan terbang itu perlu memiliki sekurang-kurang 150 jam terbang dan menjalani ujian ekstensif sebelum ditauliahkan sijil daripada Agensi Keselamatan Penerbangan Eropah (EASA). Selepas sijil EASA diperoleh, barulah PAL-V dibenarkan terbang di AS mengikut peraturan FAR 27.

BACA >>> Kereta Terbang Kedua Pula Bakal Muncul Tahun Depan, KL-Pulau Pinang Sejam Sahaja!

GALERI

SUMBER: DailyMail

125.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Kereta Terbang, Miami 2020 and Beyond, PAL-V, Pioneer Personal Air Landing Vehicle (PAL-V)

Comments

  1. Farhan Shani says

    January 2, 2020 at 1:19 PM

    Malaysia pnya beli seketui kat China pastu claim usahasama, kanina

    Reply
  2. boni barau says

    January 7, 2020 at 4:00 PM

    Malaysia sudah ada kah? . Tanya aje. Tidak mampu beli.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

PanduLaju.com.my

Pilihan Ramai

  • Harley Davidson Nightster (2022) Masuk Malaysia, Harga Mula RM93.9k!
    Harley Davidson Nightster (2022) Masuk Malaysia, Harga Mula RM93.9k!
  • Ducati V21L Sebagai Jentera Lumba Kejuaraan MotoE 2023 Lancar!
    Ducati V21L Sebagai Jentera Lumba Kejuaraan MotoE 2023 Lancar!
  • Penjawat Awam Boleh Perbaharui Insurans Kenderaan Secara Ansurans Tanpa Faedah
    Penjawat Awam Boleh Perbaharui Insurans Kenderaan Secara Ansurans Tanpa Faedah
  • JPJ Tahan Pemegang Kad UNCHR Pandu Kereta
    JPJ Tahan Pemegang Kad UNCHR Pandu Kereta

PANDU UJI

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my