• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kereta Terbang Kedua Pula Bakal Muncul Tahun Depan, KL-Pulau Pinang Sejam Sahaja!

Kereta Terbang Kedua Pula Bakal Muncul Tahun Depan, KL-Pulau Pinang Sejam Sahaja!

October 17, 2019 By AO Leave a Comment

3.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BELUM lagi muncul prototaip sebenar kereta terbang pertama, sekarang kita dikhabarkan pula dengan kereta terbang kedua yang akan membuat penerbangan pertama pada suku ketiga tahun depan, kata Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof, lapor Bernama.

Menurutnya, kereta terbang kedua itu akan menggunakan teknologi berbeza berbanding kereta terbang pertama, dan kini sedang dibangunkan di Eropah.

Versi kedua menggunakan teknologi baharu dan kita sudah berbincang sama ada boleh dilakukan, dan sekiranya ada minat di negara ini, untuk mengadakan penerbangan pertama pada suku ketiga tahun depan."

- Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof, Menteri Pembangunan Usahawan

Malah, Mohd Redzuan dipetik Malaysiakini mendakwa kereta terbang tersebut mampu terbang dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang dalam masa sejam sahaja. Apapun, ia masih dalam perbincangan.

“Saya nak nyatakan di sini kalau kita pergi ke Pulau Pinang empat jam sekarang, mungkin pihak swasta dan usahawan sedang berbincang untuk membolehkan kita ke Pulau Pinang selama satu jam mengunakan kanderaan kereta terbang, bukan saya nyatakan benda itu akan terjadi, tetapi sudah ada perbincangan awal untuk memastikan perkara ini boleh direalisasikan dalam masa terdekat pada 2020,” katanya

Kementerian pada awal tahun ini ada mempamerkan prototaip kereta terbang pertama, dinamakan 'Vector', dalam bentuk model skala sempena Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2019.

BACA >>> Aerodyne Group: Bukan Kereta Terbang, Sebetulnya Kereta Konsep Dron

Menurut pembuat Aerodyne, 'Vector' bukanlah kereta terbang yang paling dinanti-nantikan, tetapi sistem pengangkutan udara dari titik ke titik.

* Gambar utama sekadar hiasan.

SUMBER: Bernama

3.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof, Kereta Terbang

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

PanduLaju.com.my

Pilihan Ramai

  • Ducati Malaysia Lancar Multistrada V4 S (2021), Harga RM146k!
    Ducati Malaysia Lancar Multistrada V4 S (2021), Harga RM146k!

PANDU UJI

#PanduUji: Proton X70 1.5L TGDi dari Shah Alam ke Desaru, Macam Tak Ada Beza Pun!

PROTON baru-baru menjemput media tempatan untuk sesi pandu uji khas … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my