• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kereta Terbang: Bukan yang Empat Propeler, Tapi Lapan Kipas?

Kereta Terbang: Bukan yang Empat Propeler, Tapi Lapan Kipas?

November 19, 2019 By Azhan O 1 Comment

1.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


RUPA-rupanya kereta terbang yang mahu diuji Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof pada Khamis ini ialah produk ciptaan kerjasama pengeluar tempatan dan China.

Dipetik BHarian, model dipanggil Super Dron itu menggunakan teknologi Kepintaran Buatan (AI) yang dikatakan bakal menjadi revolusi pengangkutan udara pertama dunia

Super Dron adalah projek usahasama melibatkan pengeluar tempatan, EastCap Bhd dan dua syarikat China, EHang Intelligent Equipment (Guangzhou) dan Strong Rich Holdings Limited berupa kerjasama strategik dalam pemasaran, operasi dan perkhidmatan, termasuk penyelenggaraan kenderaan itu di Malaysia.

EastCap Bhd ialah syarikat tempatan yang diterajui Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Seri Zakwanhafiz Ahmad Ansari. Struktur Super Dron juga tidak sama dengan kereta terbang yang sebelum ini dikhabarkan dibangunkan menggunakan kepakaran tempatan.

BACA >>> Aerodyne Group: Bukan Kereta Terbang, Sebetulnya Kereta Konsep Dron

KOMEN KAMI

Mati-mati kami ingat kereta terbang yang akan diuji Khamis ini ialah prototaip Vector yang pernah didedahkan Mac tahun ini sempena Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2019 (LIMA’19) ke-15.

Vector itu adalah projek 'kereta terbang' tempatan yang dibangunkan Aerodyne Group dan sepatutnya sudah siap diperkenalkan Jun tahun ini dengan rekabentuk empat propeler (lihat gambar atas).

Namun, berita terbaharu ini pula mendedahkan syarikat lain pula terlibat dalam projek 'kereta terbang' itu, iaitu EastCap Bhd dan bukan Aerodyne. Malah, tular beberapa keping gambar di laman Twitter yang didakwa sebagai kereta terbang yang akan diuji Khamis ini.

Ia kenderaan dengan kapasiti dua kerusi dan lapan bilah kipas (lihat pula gambar bawah), bukan empat propeler. Apa sudah jadi? Tak betul kot. Pening pula kami nak fikir. Panadol mana panadol?

BACA >>> Menteri: 'Kereta Terbang' Sudah 85 Peratus Siap

Artikel Berkaitan

1.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof, Datuk Seri Zakwanhafiz Ahmad Ansari, EastCap Bhd, EHang Intelligent Equipment, Strong Rich Holdings Limited, Super Dron

Comments

  1. Arie says

    November 21, 2019 at 12:01 PM

    Tu yang ada MP melalak kat Parlimen... menyalak aja tak tentu pasal

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Volvo Lancar EX30, SUV EV Terkecil Volvo Berharga Dari RM160K!
    Volvo Lancar EX30, SUV EV Terkecil Volvo Berharga Dari RM160K!
  • Toyota Pamer Model Konsep GR Prius di Le Mans 24 Hours
    Toyota Pamer Model Konsep GR Prius di Le Mans 24 Hours
  • Peugeot Dedah i-Cockpit Generasi Baharu, Bakal Debut Dalam Peugeut 3008 (2023)
    Peugeot Dedah i-Cockpit Generasi Baharu, Bakal Debut Dalam Peugeut 3008 (2023)
  • BMW Dedah Prototaip Sport Tourer M 1000 XR, Mampu Capai Kelajuan 280kmj!
    BMW Dedah Prototaip Sport Tourer M 1000 XR, Mampu Capai Kelajuan 280kmj!

PANDU UJI

#PanduUji: BMW 330i M Sport (2023) untuk yang Mahukan Fiil Memandu Sebenar!

BMW 330i M Sport (2023) facelift dilancarkan di pasaran Malaysia pada … [Baca Lagi...]

#TunggangUji [dari Turkiye]: Pakej CFMoto 450SR (2023) Mampu Hapus Stereotaip Negatif

MENUNGGANG atas permukaan trek basah dan air bertakung serta dalam … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my