• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Menteri: 'Kereta Terbang' Sudah 85 Peratus Siap

Menteri: 'Kereta Terbang' Sudah 85 Peratus Siap

August 20, 2019 By AO Leave a Comment

366
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MENTERI Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof mendakwa prototaip 'kereta terbang' kini sudah 85 peratus siap dan dijangka dibawa pulang dari Jepun ke Malaysia menjelang akhir tahun ini, lapor BHarian.

Menurut Mohd Redzuan, prototaip mobiliti udara bandar (UAM) berkonsepkan dron itu direka syarikat tempatan yang berpangkalan di Jepun. Beliau turut memaklumkan akan pergi ke Jepun pada hujung September ini untuk menghadiri Persidangan Penerbangan sambil mengharapkan prototaip itu akan siap sepenuhnya.

BACA >>> Menteri: Kereta Terbang Sudah 75 Peratus Siap, Dibangunkan Syarikat Tempatan

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Persidangan Kepimpinan SME 2019 di Seri Kembangan, hari ini. Namun menurutnya, pelaksanaan perkhidmatan kenderaan baharu itu masih bergantung kepada ekosistem pengangkutan udara di Malaysia

Menurut Mohd Redzuan lagi, pihaknya masih dalam perbincangan dengan agensi dan kementerian terbabit dalam sektor penerbangan bagi mewujudkan ruang dan peluang kepada kereta terbang di Malaysia.

“Ini sama seperti dilakukan negara lain, dengan tujuan mewujudkan usahawan atau kepakaran dengan kemahiran yang mempunyai usaha ke arah membangunkan kereta terbang.

“Namun, perlu diingatkan ini adalah inisiatif syarikat swasta. Kita tidak kawal pelabur mengenai apa yang mereka mahu lakukan, tetapi apa yang kita perlu adalah mewujudkan atau membangunkan industri kereta terbang di negara ini,” katanya.

BACA >>> 'Kereta Terbang' NEC Mampu Terapung Seminit, Setinggi 3 Meter

366
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof, Dron, Kementerian Pembangunan Usahawan, Kereta Terbang, Mobiliti Udara Bandar (UAM), Persidangan Kepimpinan SME 2019, UAM, Urban Air Mobility (UAM)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Selepas Menang Cabutan Bertuah, Kaki Pancing Hadiahkan Mustang untuk Ayah
    Selepas Menang Cabutan Bertuah, Kaki Pancing Hadiahkan Mustang untuk Ayah

PANDU UJI

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my