• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Menteri: Kereta Terbang Sudah 75 Peratus Siap, Dibangunkan Syarikat Tempatan

Menteri: Kereta Terbang Sudah 75 Peratus Siap, Dibangunkan Syarikat Tempatan

July 23, 2019 By AO Leave a Comment

915
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MENTERI Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof berkata, inovasi kereta terbang negara kini sudah mencapai 75 peratus kemajuan

Menurutnya, pembuatan dan inovasi kereta terbang itu ialah projek dibangunkan syarikat start-up tempatan yang turut tersenarai dalam Bursa Saham New York (NYSE).

“Saya tidak boleh sebut nama syarikat itu kerana tidak mahu ia dispekulasikan,” kata Mohd Redzuan dipetik BHarian selepas pelancaran BXCESS, iaitu aplikasi dan perisian yang dibangunkan untuk memperkasakan Program Transformasi Usahawan Digital, cetusan Fintech Capital Group Bhd (FCGB), semalam.

BACA >>> Aerodyne Group: Bukan Kereta Terbang, Sebetulnya Kereta Konsep Dron

Hadir sama ialah Pengarah FCGB, Mohd Hafiz M [email protected] Shaikh dan Timbalan Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Isarji Sarudin.

Mohd Redzuan berkata, pihaknya berharap inovasi itu dapat diterima positif dalam kalangan peserta industri.

“Apa saya lihat, golongan muda dan kanak-kanak teruja untuk melihat teknologi kereta terbang ini. Sekarang, kita hanya mahu dapatkan penerimaan piawaian dan peraturan daripada agensi berkenaan untuk membenarkan inovasi (kereta terbang) itu dapat diterbangkan.

“Kita harap, ada ruang mencukupi untuk menjalankan ujian penerbangan kereta tersebut, jika Kerajaan sudah luluskan,” katanya.

BACA >>> Syarikat Belanda Lancar Kereta Terbang Komersial Pertama, Mula Beroperasi Tahun Depan

Mohd Redzuan sebelum ini dilaporkan berkata, prototaip kereta terbang pertama negara dijangka dilancarkan seawal Oktober depan. Menurutnya lagi, kenderaan canggih itu akan menggunakan teknologi dron dan kepintaran buatan (AI) yang kini berkembang pesat.

915
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Bursa Saham New York (NYSE), Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof, Kementerian Pembangunan Usahawan (MED), Kereta Konsep Dron, Kereta Terbang, Kereta Terbang Malaysia, Menteri Pembangunan Usahawan, syarikat start-up

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: 4 Jenis Coolant yang Perlu Anda Tahu
    #TahukahAnda: 4 Jenis Coolant yang Perlu Anda Tahu

PANDU UJI

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my