Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Syarikat Belanda Lancar Kereta Terbang Komersial Pertama, Mula Beroperasi Tahun Depan
Auto Terkini

Syarikat Belanda Lancar Kereta Terbang Komersial Pertama, Mula Beroperasi Tahun Depan

Han OthmanBy Han Othman25/08/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SYARIKAT dari Belanda, PAL-V International melancarkan kereta terbang komersial pertama, PAL-V Liberty di Pameran Udara Farnborough (FAS), England, dan penghantaran pertama dijadualkan pada 2020 nanti.

Kereta terbang dua kerusi itu, atau lebih sesuai dipanggil girokopter (gyrocopter), mempunyai dua enjin berbeza, iaitu satu untuk atas jalan dan satu lagi untuk penerbangan. Kuasa dihasilkan setinggi 99hp, cukup bagus untuk mencapai kelajuan maksimum di daratan sepantas 160kmj.

Suspensi miring dan berat maksimum lebih kurang 1 tan membuatkan kereta terbang ini nampak seronok dipandu di laluan bengkang-bengkok.

BACA >>> Aerodyne Group: Bukan Kereta Terbang, Sebetulnya Kereta Konsep Dron

Dalam mod penerbangan, girokopter ini boleh mencapai kelajuan maksimum 180kmj, yang mana kelajuan minimum untuk penerbangan ialah 50kmj. Ia juga memerlukan jarak 330m sebelum berlepas dan kawasan bebas halangan seluas 15 meter, serta altitud operasi maksimum dalam 3,500m.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PAL-V, Robert Dingemanse berkata, kunci pertama PAL-V Liberty akan diserahkan kepada pelanggan pertama syarikat itu sebaik saja sijil penuh diterima pada 2020 nanti.

Didatangkan dengan kemasan dalaman kulit penuh, PAL-V Liberty ditawarkan dalam dua varian: Liberty Pioneer (edisi terhad) dan Liberty Sport (standard). Pemandu perlu memiliki lesen penerbangan sebelum dibenarkan menerbangkan kenderaan ini.

BACA >>> Jangan Terkejut, Malaysia Sudah Ada Prototaip Kereta Terbang!

GALERI

PAL-V LIBERTY

PAL-V LIBERTY PIONEER

Farnborough Air Show (FAS) Girokopter Gyrocopter Kereta Terbang PAL-V International PAL-V Liberty Pal-V Liberty Pioneer Pameran Udara Farnborough Robert Dingemanse
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

CIMB Bank tawar program 'First Car Solution'
Auto Terkini

CIMB Bank Lancar Program ‘First Car Solution’ untuk Pembeli Kereta Pertama

24/06/2026
Auto Terkini

Škoda Peaq, SUV EV 7 Tempat Duduk, Jarak Lebih 640 km!

24/06/2026
Puspakom sasar 100 pemeriksa kenderaan baharu 2026
Auto Terkini

Puspakom Mahu Ambil 100 Pemeriksa Kenderaan Baharu Tahun Ini!

24/06/2026
Anthony Loke-Siew Fook | Tonto
Auto Terkini

Tonto Bakal Berdepan Penjara 5 Tahun, Denda Sehingga RM50,000!

24/06/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

By Syafie19/06/2026
Auto Terkini

Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

By Syafie19/06/2026
Roda2

SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

By Shazwan Hisam21/06/2026
Roda2

Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

By Abang Hirata18/06/2026
Auto Terkini

Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

By Abang Hirata16/06/2026
Honda N-BOX 2027
Roda4

Honda N-BOX 2027 dalam Rekabentuk N-BOX Custom yang Lebih Garang!

By Abang Hirata22/06/2026
Roda2

#KLIMS2026: Suzuki SV-7 GX Bakal Masuk Malaysia, Previu Di MITEC

By Shazwan Hisam18/06/2026
Roda4

#KLIMS2026: Mazda CX-5 Serba Baharu Previu di Malaysia, Kini Dibuka untuk Tempahan!

By Syafie15/06/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.