Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»#RetroAuto: 10 Tahun Lalu Proton Pernah Jual Model Paling Mahal Bernilai RM115k
Roda4

#RetroAuto: 10 Tahun Lalu Proton Pernah Jual Model Paling Mahal Bernilai RM115k

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju20/10/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SEDEKAD lalu, Proton memiliki produk termahal dalam barisan kereta jenama tersebut dan dikeluarkan sempena ulang tahun pengeluar nasional itu.

Inilah Proton Satria Neo Lotus Racing yang dijual pada harga RM115,000. Model Proton paling mahal itu dibangunkan divisyen permotoran R3 (Race, Rally, Research) dan dilengkapi banyak komponen dan aksesori prestasi yang bukan murah.

BACA >>> #RetroAuto: Proton Hasilkan 2,500 Unit Wira 1.8L DOHC (C99) Hanya untuk Masuk Rali

ENJIN STANDARD DENGAN DNA R3

Satria Neo Lotus Racing ini dipacu enjin 1.6L, sama seperti trenkuasa CPS pada model standard, dan DNA R3 menerusi Sistem Pengurusan Enjin R3, aci sesondol (camshaft) R3 dengan aci aloi boleh laras dan sistem ekzos talaan R3. Jentera ini turut menggunakan ambilan udara gentian karbon R3 dan penapis udara K&N.

Perubahan dilakukan menghasilkan kuasa 145hp (+25hp) dan tork 168Nm (+16Nm) membolehkan model ini memecut 0-100kmj sepantas 9.2 saat dan mencapai kelajuan maksimum 200kmj. Ledakan kuasa tambahan itu dimantapkan sistem suspensi DFV Ohlins dan sistem brek depan dengan cakera dan kaliper 4-piston AP Racing.

Sebagai makluman, reputasi AP Racing adalah lebih tinggi dan premium berbanding Brembo yang tentu saja bernilai ribuan ringgit. Proton turut set rim ringan 16 inci yang dibalut tayar prestasi tinggi Bridgestone Potenza Adrenalin RE001 205/45R16 standard kilang.

LUARAN SENTUHAN LUMBA

Luaran Satria Neo Lotus Racing menampilkan perincian kit badan FRP pada bampar depan dengan ventilator udara lebih besar, skirt sisi lebih labuh, bampar belakang berliang, difuser agresif dan spoiler bumbung.

Juga tersedia logo Lotus Racing pada fender sisi berserta signal, manakala bonet depan menggunakan material gentian karbon yang menyumbang kepada pengurangan berat 62kg, menjadikan berat keseluruhan 1,150kg.

Kemasan badan disembur cat hijau dan strip kuning yang mewakili warna jentera lumba nasional Britain, iaitu British Racing Green. Menjengah kabin, kerusi R3 dibalut kulit Nappa hijau dan fabrik seakan gentian karbon dengan sulaman lencana ‘Lotus Racing’ pada perehat kepala.

Kemasan warna hijau dapat dilihat pada papan pemuka, panel pintu dan konsol tuil gear. Setahun selepas Satria Neo Lotus Racing ini diperkenalkan, Proton melancarkan pula Satria Neo R3, iaitu versi lebih mampu milik yang dihasilkan lebih banyak, tetapi masih dihadkan kepada 150 unit sahaja.

BACA >>> #RetroAuto: Vauxhall Lotus Carlton 3.6L Twin Turbo Pernah Jadi Sedan Terpantas Dunia
BACA >>> #RetroAuto: Kisah Nissan Skyline R34 GT-R dan Enjin V6

GALERI
Auto Terkini autoterkini Proton proton satria Proton Satria Neo R3 Lotus Racing RetroAuto Roda4
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027
    Auto Terkini

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027 Dedah Video, Foto Acah – Buat Kali Pertama dengan 4-Pintu

    28/07/2026
    Mercedes-AMG A45 S Final Edition
    Roda4

    Mercedes-AMG A45 S Final Edition – Edisi Perpisahan Sebelum Diganti EV

    28/07/2026
    Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
    Auto Terkini

    PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

    27/07/2026
    Suzuki meterai MoU FLUX |
    Auto Terkini

    FLUX Tawar Suzuki Fronx, Jimny Diskaun 69 Peratus Sempena Merdeka

    28/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    By Syafie27/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Nissan GT-R NISMO 2020
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

    By Abang Hirata28/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.