• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / #RetroAuto: Proton Hasilkan 2,500 Unit Wira 1.8L DOHC (C99) Hanya untuk Masuk Rali

#RetroAuto: Proton Hasilkan 2,500 Unit Wira 1.8L DOHC (C99) Hanya untuk Masuk Rali

October 16, 2020 By AI Leave a Comment

877
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PROTON Wira dikeluarkan pada 1993 hingga 2009. Sedan 4-pintu itu dibina berasaskan platform Mitsubishi Lancer.  Malah, Wira ialah kereta Proton pertama dikeluarkan dalam versi pemanduan kanan dan kiri.

Sedan itu pernah menjengah pasaran Asia, Eropah, Afrika, Timur Tengah dan Amerika Latin. Wira juga model pertama dipasangkan luar Malaysia, iaitu di Indonesia, Vietnam, Filipina dan Iran. Model ini didatangkan dalam beberapa varian enjin 1.3L, 1.5L, 1.6L dan 1.8L.

Wira 1.8 EXi menyertai pasaran pada 1996 dengan transmisi automatik dalam pilihan sedan atau aeroback. Namun pernahkan anda dengar atau tahu mengenai Wira 1.8 EXi DOHC Limited Edition? Inilah sedan sport pertama dikeluarkan Proton dan tidak ramai tahu mengenai model ini.

Ini kerana ia nampak sama seperti model Wira lain dan apa berbeza ialah spoiler besar di belakang, dipanggil 'spoiler tiang gol'. Soalannya, kenapakah Proton mengeluarkan Wira edisi terhad tersebut, yang juga dikenali dengan kod nama 'C99'.

BACA >>> Proton Satria Neo Millington 2500 Siap Sedia Rali Ini Mahu Dijual RM450k!

MAHU SERTAI WRC?

Pada 1995, Proton mahu bersaing dalam Kejuaraan Rali Dunia (WRC) dan syarat menyertai perlumbaan itu ialah pengeluar nasional tersebut perlu ada model sama yan dijual di pasaran massa sekurang-kurangnya 2,500 unit.

Maka Proton menghasilkan 2,450 unit Wira 1.8 EXi DOHC berwarna hitam Majorca Black dan 50 unit lagi putih Solid White yang dikenali sebagai versi RS.

Tiada apa menarik pada model itu selain spoiler tiang gol, tetapi bonet depan menyimpan enjin 4G93P 1.8L DOHC daripada Mitsubishi berkuasa 138hp dan tork 167Nm dengan transmisi manual 5-kelajuan. Bahagian badan juga menerima kimpalan tambahan dan casis lebih kuat.

Lebih unik, casis C99 juga tidak sama dengan Wira lain. Model ini berkongsi casis yang sama dengan Wira 1.8, Wira Putra dan Satria GTi.  Ini ditambah pula ciri khas lain seperti lampu kabus pada bampar depan, kerusi Recaro, stereng 3-bilah dan tombol gear Momo serta rim AAC 14 inci.

Versi RS pula mendapat barang Momo dan Recaro, serta sistem pengurusan enjin dengan pemetaan lebih agresif, termasuk beberapa takometer dan pengehad halaju (speed limiter) yang mana model ini hanya dijual kepada pasukan lumba.

Model C99 memang kereta yang cukup istimewa, walaupun tidak memberikan impak visual  pada pandangan pertama. Jangan lupa, juara dunia tujuh kali Formula Satu (F1), Michael Schumacher pernah mencuba memandu Wira versi rali ini beberapa tahun lalu!

BACA >>> #RetroAuto: Inilah Kisah Proton Putra WRC yang Tersimpan Rapi di Divisyen R3

b

GALERI
Proton Wira C99_5
Proton Wira C99_2
Proton Wira C99_9
Proton Wira C99_8
Proton Wira C99_6
Proton Wira C99_3
Proton Wira
877
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: autotainment, kereta rali, Kia Rio sedan (2018), Michael Schumacher, Proton Wira, Proton Wira 1.8 EXi DOHC, Retro Auto, Sedan

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • #BikinMotorLaju: [SIRI 1] Ubah Sproket - Mahu Pikap atau Laju?
    #BikinMotorLaju: [SIRI 1] Ubah Sproket - Mahu Pikap atau Laju?
  • #TahukahAnda: Kuasa Kuda (hp) dan Tork (Nm) Bukan Penentu Kereta Power?
    #TahukahAnda: Kuasa Kuda (hp) dan Tork (Nm) Bukan Penentu Kereta Power?
  • 5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda
    5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda
  • #TahukahAnda: 7+1 Jenis dan Konfigurasi Enjin Motosikal Moden yang Perlu Anda Tahu
    #TahukahAnda: 7+1 Jenis dan Konfigurasi Enjin Motosikal Moden yang Perlu Anda Tahu

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my