Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#RetroAuto: Kisah Nissan Skyline R34 GT-R dan Enjin V6
Autotainment

#RetroAuto: Kisah Nissan Skyline R34 GT-R dan Enjin V6

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju05/08/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


NISSAN GT-R yang diperkenalkan pada 2007 bukan hanya menyaksikan perubahan rekabentuk signifikan berbanding model generasi terdahulu, tetapi dilengkapi enjin V6 baharu.

Bagaimanapun, bagi peminat model pasaran domestik Jepun (JDM), mereka dikatakan kecewa dengan konfigurasi enjin R35 itu berbanding penggunaan enjin legasi 6-silinder sebaris.

BACA >>> Nissan GT-R 50th Anniversary – Sempena Ulangtahun Separuh Abad yang Kekal Relevan

Faktanya, ramai tidak tahu Nissan sebenarnya menunaikan satu misi yang sudah tertangguh hampir sedekad lalu sebelum kerja pembangunan awal model R34 GT-R (foto atas) bermula. Nissan juga hampir menamatkan riwayat trenkuasa RB26DETT dan memasang enjin baharu konfigurasi V6 pada model terakhir siri Skyline GT-R.

Godfather GT-R, Kazutoshi Mizuno dan pereka Watanabe masing-masing mahu melihat R34 dengan trenkuasa V6 dipasangkan di belakang gandar depan dalam aturan enjin depan-tengah (front-mid-engined).

Enjin V6 Nissan

Bagaimanapun, impian itu musnah kerana masalah kekurangan bajet untuk membangunkan trenkuasa V6 prestasi tinggi yang benar-benar layak memakai lencana GT-R. Akhirnya, enjin RB26DETT yang pernah dipasang pada R32 dan R33 menjadi pilihan terbaik untuk generasi R34.

R34 DAN ZAMAN SUKAR

Pada era R34 dibangunkan, itu adalah fasa sukar buat Nissan dan Jepun kerana terpalit dengan kemelesatan ekonomi yang melarat selama tujuh tahun, dipanggil The Lost Decade. Tahun 1991 menyaksikan indeks Nikkei 225 (pasaran saham Jepun) merudum dan kadar faedah kekal hingga memaksa pengurusan syarikat mengubah hala tuju Nissan.

Inilah alasan Carlos Ghosn dijemput menyertai kepimpinan Nissan pada 1991 untuk mengurangkan kos. Pada masa itu, hanya tiga daripada 46 model Nissan yang mampu menjana keuntungan di pasaran tempatan. Apa yang pasti, R34 GT-R tidak tersenarai sebagai model penjana untung.

Kazutoshi Mizuno
Enjin RB26DETT

Mizuno yang juga ketua jurutera R34 pernah menyifatkan trenkuasa RB26DETT sudah ‘lapuk’ dan berkempen untuk satu blok enjin aluminium V6 baharu, lebih ringan dan lebih efisien untuk R34 GT-R.

Projek pembangunan enjin prestasi tinggi V6 (siri VQ) sudah bermula tetapi terpaksa dihentikan selepas dianggap Nissan sebagai bajet membebankan. Watanabe juga pernah berkongsi pelan awal kepada pihak media pada 2017 dengan mengesahkan RB26 akan direhatkan lebih awal jika beliau diberikan peluang itu.

Watanabe, yang juga pereka model R33 dan R34 berkata;

Konsep asas semua model Skyline adalah membawa inovasi teknologi kepada pelanggan. Selari konsep ini, untuk R34, kami mahu cadangankan enjin baharu Skyline (front-mid) dan V6.

“Tetapi, membangunkan enjin V6 untuk Skyline bermaksud perlu mendirikan barisan pengeluaran enjin tambahan yang memerlukan kos pelaburan tinggi. Selepas buat pertimbangan, kami terpaksa menyerah.”

Impian Watanabe dan Mizuno akhirnya direalisasikan pada 2007, trenkuasa VR38DETT diperkenalkan daripada famili enjin VQ ke dalam R35 GT-R (foto atas). Memang ada model itu yang dipasangkan enjin V6, tetapi dalam jumlah kecil dan hanya sebagai kereta lumba GT500.

Produk binaan kilang NISMO itu didatangkan dengan dua unit pengecas turbo dan dibangunkan bukan sebagai kereta yang sah dipandu atas jalan raya biasa.

BACA >>> Nissan Skyline (2020) – Kini Tampil Sebagai Sedan Eksekutif dengan DNA GT-R

R34 GT-R ENJIN V6 HANYA SEBAGAI JENTERA LUMBA

Ada tiga unit R34 GT-R menyertai saingan perlumbaan kelas GT500 dalam Kejuaraan Kereta Grand Touring Seluruh Jepun (All Japan Grand Touring Car Championship, JGTC) 2003 yang mana semua jentera menggunakan enjin VQ30DETT.

Enjin digunakan mampu meledakkan kuasa 477bhp @ 5600rpm dan tork 735Nm @ 4000rpm. Malah, tahun itu juga kali terakhir Skyline R34 menyertai JGTC sebelum digantikan model Z33 350Z pada 2004.

Sehingga hari ini, Nissan masih belum memperkenalkan model pengganti R35 walaupun model sport kesukaan ramai itu sudah berusia 13 tahun.


SUMBER: CarMagazine | WhichCar | NissanGlobal

Carlos Ghosn Enjin V6 Kazutoshi Mizuno Nissan Nissan Skyline R34 GT-R Retro Auto Roda4 Supercar Watanabe
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Autotainment

    #Perbandingan: Harga Minyak Negara Asean Setakat April 2026, Malaysia Antara Termurah

    14/04/2026
    Auto Terkini

    Nissan Skyline Bakal Kembali!

    15/04/2026
    Tersalah tekan pedal minyak
    ApaNakBuat

    #ApaNakBuat: Salah Tekan Pedal Minyak – Fakta, Teknologi, dan Cara Cegah

    13/04/2026
    Honda City Turbo II (kiri) dan Honda Super-N 2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Kei-car EV, Honda Super-N 2026 Diperkenal, Harga RM106k Sahaja!

    13/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda2

    Aveta VS115 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM3,488!

    By Syafie14/04/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Nissan Sakura 2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    EV Jepun Paling Laris, Nissan Sakura 2026 Diperkenal!

    By Abang Hirata13/04/2026
    Perodua Bezza paling laris Mac 2026
    Auto Terkini

    Bezza Pintas ‘King’ Proton Saga, Perodua Kekal Dominasi Jualan Mac 2026

    By Syafie10/04/2026
    Pakej aksesori Mitsubishi Xforce 2026
    Aksesori

    MMM Tawar Pakej Aksesori Mitsubishi Xforce 2026, Harga Mula RM700!

    By Syafie09/04/2026
    Aveta Serra 125 2026
    Roda2

    Aveta Serra 125 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM5,088!

    By Syafie13/04/2026
    Honda ZR-V Cross Touring 2026 MUGEN
    Aksesori

    MUGEN Perkenal Kit Aero Honda ZR-V 2026

    By Abang Hirata10/04/2026
    Proton X50 2026 Quartz Black
    Roda4

    Proton X50 2026 Terima Warna Quartz Black, Gantikan Passion Red

    By Shazwan Hisam09/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.