Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Bezza Pintas ‘King’ Proton Saga, Perodua Kekal Dominasi Jualan Mac 2026
Auto Terkini

Bezza Pintas ‘King’ Proton Saga, Perodua Kekal Dominasi Jualan Mac 2026

SyafieBy Syafie10/04/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Perodua Bezza paling laris Mac 2026

PERODUA Bezza terus mendominasi carta jualan bulanan apabila muncul sebagai model paling laris Malaysia bagi tempoh terkini, tetapi Proton Saga masih memberi saingan sengit berdasarkan jumlah pendaftaran keseluruhan 2026.

Berdasarkan data pendaftaran kenderaan, Bezza mencatat jualan 7,493 unit, disusuli rapat Perodua Axia (5,774 unit) dan Proton Saga (5,398 unit).

Jualan Kereta Paling Laris Mac 2026

Prestasi itu sekali lagi mengukuhkan kedudukan Perodua Bezza sebagai model pilihan utama rakyat Malaysia dalam segmen mampu milik yang praktikal dan menjimatkan penggunaan bahan api.

Bezza terus menjadi pilihan utama pengguna yang mahukan kereta sedan segmen-A yang praktikal, kos pemilikan rendah, dan sesuai untuk kegunaan harian.

Berikut senarai 10 model paling laris sepanjang Mac 2026:

  1. Perodua Bezza – 7,493 unit
  2. Perodua Axia – 5,774 unit
  3. Proton Saga – 5,398 unit
  4. Perodua Myvi – 4,514 unit
  5. Proton X50 – 2,860 unit
  6. Honda City – 2,743 unit
  7. Perodua Alza – 2,474 unit
  8. Proton S70 – 2,254 unit
  9. Proton e.MAS 5 – 2,071 unit
  10. Perodua Ativa – 1,920 unit

Kedudukan Terkumpul Januari – Mac 2026

Perodua Bezza AV 2020 vs Perodua Bezza AV 2016

Walaupun Perodua Bezza mendahului jualan bulanan, persaingan menjadi lebih sengit apabila melihat jumlah keseluruhan pendaftaran tahun ini.

Perbezaan jualan antara Bezza dan Saga dilihat tidak terlalu besar, yang menunjukkan persaingan dalam segmen kereta mampu milik kekal kompetitif.

Berikut 10 model paling laris 2026 setakat ini:

  1. Perodua Bezza – 22,955 unit
  2. Proton Saga – 21,690 unit
  3. Perodua Axia – 17,661 unit
  4. Perodua Myvi – 13,650 unit
  5. Perodua Alza – 8,691 unit
  6. Proton X50 – 7,089 unit
  7. Proton e.MAS 5 – 6,701 unit
  8. Proton S70 – 5,798 unit
  9. Honda City – 5,232 unit
  10. Perodua Traz – 5,090 unit

Perodua Terus Dominasi

Logo Perodua

Secara keseluruhan, Perodua terus menguasai carta jualan dengan lima model dalam senarai iaitu Bezza, Axia, Myvi, Alza dan Ativa.

Pada masa sama, Proton turut mencatat prestasi kukuh dengan kehadiran model seperti Saga, X50, S70 dan e.MAS 5.

Menariknya, Proton e.MAS 5 sebagai model elektrik terus kekal dalam kelompok 10 teratas, sekali gus mencerminkan peningkatan minat pengguna terhadap kenderaan elektrik (EV) di Malaysia.

Auto Terkini Jualan Kenderaan Mac 2026 Perodua Bezza Sedan Segmen-A
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Roda4

    Volkswagen Tayron Dilancar di Malaysia โ€“ 7 Tempat Duduk, Harga Bermula RM189,890

    13/07/2026
    Denza Z9 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Denza Z 2027 Diperkenal di Eropah, 0 – 100kmj Sepantas 1.96 Saat!

    13/07/2026
    Anthony Loke Siew Fook arah JPJ saman petugas kempen PRN Johor tidak pakai helmet
    Auto Terkini

    Anthony Loke Arah JPJ Saman Petugas PH, Termasuk DAP Tak Pakai Helmet di PRN Johor

    10/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    10/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    By Abang Hirata10/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    Geely siar imej acah Geely Preface L90
    Auto Terkini

    Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

    By Han Othman07/07/2026
    Auto Terkini

    BMW 7 Series Protection Diguna PMX Bukan Kereta Rasmi Baharu Tapi Aset Sedia Ada Kerajaan

    By Syafie08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.