Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Nissan Skyline Bakal Kembali!
Auto Terkini

Nissan Skyline Bakal Kembali!

Abang HirataBy Abang Hirata16/04/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Nissan Skyline bakal kembali
NISSAN mengumumkan wawasan jangka panjang terbaharu, dikenali sebagai Mobility Intelligence for Everyday Life (Mobiliti Pintar untuk Kehidupan Harian).

Wawasan itu menetapkan hala tuju strategik yang mengutamakan pelanggan dengan menyepadukan kepintaran mobiliti dalam kehidupan seharian menerusi fokus Nissan terhadap Kenderaan Berasaskan Kecerdasan Buatan (AI-Defined Vehicles, AIDV), yang menawarkan pilihan teknologi elektrifikasi untuk memenuhi keperluan pelanggan dan kepelbagaian pasaran.

Nissan Skyline Kembali, Disusuli X-Trail, Juke

Nissan Skyline bakal kembali

Sebagai sebahagian strategi portfolio produk, Nissan memperkenalkan barisan model yang mewakili hala tuju rekabentuk dan prestasi masa depan pengeluar itu.

Antara paling mencuri tumpuan adalah pengumuman mengenai pengganti model ikonik, Nissan Skyline.

Skyline adalah satu daripada model terlama Nissan yang masih ditawarkan sehingga kini. Sejarahnya bermula apabila dikeluarkan Prince Motor Company pada 1957 sebelum kedua-dua syarikat itu bergabung pada 1966.

Nissan Skyline NISMO 2024

Generasi kedua Skyline, S50 kemudian turut mengguna pakai nama Nissan Prince Skyline, dan daripada Skyline lahirlah model prestasi ikonik, iaitu GT-R sehingga akronim itu berdiri sendiri dan dikenali sebagai Nissan GT-R.

Skyline bukan saja melahirkan model prestasi, tetapi juga pelbagai gaya badan seperti pikap, wagon dan crossover dan turut dijenamakan semula jenama mewah Infiniti. Model ikonik itu berada dalam generasi ke-13, dikeluarkan sejak 2014 dan masih dijual di Jepun.

Kini, Skyline bakal menerima pengganti yang disifatkan sebagai model ‘denyut nadi’ (Heartbeat) Jepun yang menawarkan prestasi, ketepatan dan karakter yang menumpukan kepada pemandu.

Nissan Skyline bakal kembali

Selain Skyline, Nissan turut mengumumkan model-model berikut:

  • X-Trail dan Rogue Hybrid e-POWER: Model teras global yang menampilkan sistem pacuan motor elektrik unik Nissan untuk memberikan kecekapan hibrid yang kuat dengan karakter pemanduan lincah daripada motor elektrik tanpa perlu mengecas
  • Juke EV: Model teras untuk pasaran Eropah yang menggabungkan rekabentuk menyerlah dan tersendiri dengan elektrifikasi penuh serta ciri pintar
  • Xterra: Model Heartbeat untuk Amerika Syarikat (AS) yang menawarkan semangat kembara, kekuatan frem-atas-badan (body-on-frame) dan rekabentuk berorientasi tujuan khas dengan pilihan enjin petrol V6 dan V6 hibrid baharu
  • INFINITI QX65 dan model baharu: Kenderaan utliti sukan(SUV) serba baharu yang akan memulakan revitalisasi jenama premium itu pada musim bunga 2027, disusuli SUV hibrid saiz sederhana, sedan V6 prestasi tinggi dan dua SUV hibrid berasaskan frem (frame-based)

Nissan X-trail Rogue

Strategi Produk, Pengurusan Portfolio

Di sebalik keghairahan pelbagai model baharu, Nissan sebenarnya akan mengecilkan tawaran model global daripada 56 kepada 45 model.

Strategi produk Nissan dibina berasaskan kejelasan peranan setiap model dan pembangunan yang lebih pantas.

Dengan menamatkan model kurang prestasi dan memperuntukkan semula pelaburan ke pasaran pertumbuhan yang lebih berpotensi, Nissan juga akan mempeluas pilihan trenkuasa bagi setiap model.

Nissan Juke EV
Pendekatan itu bertujuan memberikan lebih banyak pilihan kepada pelanggan, meningkatkan jumlah jualan setiap model, dan memperkukuh asas perniagaan syarikat secara keseluruhan.

Sebagai sebahagian pendekatan portfolio baharu tersebut, Nissan menumpukan strategi model kepada empat kategori:

  • Heartbeat: Model yang melambangkan identiti, nilai emosi, dan inovasi Nissan
  • Core: Model yang mengekalkan perniagaan global dengan skala dan kestabilan
  • Growth: Model yang menyasarkan peluasan di kawasan yang ada permintaan baharu
  • Partner: Model yang meluaskan jangkauan pasaran melalui kerjasama yang berdisiplin

Barisan model Nissan baharu

Teknologi Generasi Baharu: Kepintaran Teraju AI, Elektrifikasi

AI dan kemajuan teknologi elektrifikasi kini menjadi nadi kepada inovasi Nissan dalam usaha meningkatkan kualiti mobiliti dan memenuhi keperluan pasaran global yang pelbagai.

Berikut perincian mengenai pembangunan teknologi generasi seterusnya bagi jenama tersebut:

  • Pembangunan AIDV: Menggabungkan teknologi Nissan AI Drive dan Nissan AI Partner untuk meningkatkan mobiliti serta mengoptimumkan masa perjalanan
  • Sasaran Integrasi AI: Penggunaan teknologi Nissan AI Drive menyasarkan 90 peratus daripada keseluruhan barisaan model Nissan bagi jangka masa panjang
  • Nissan Elgrand 2026: Pelancaran dijadualkan pada musim panas 2026 dengan penggunaan sistem ProPILOT generasi seterusnya yang ada keupayaan autonomi end-to-end menjelang akhir tahun fiskal 2027
  • Teknologi e-POWER: Sistem hibrid paralel yang menyediakan platform teras dengan karakter pemanduan seperti elektrik penuh tanpa perlu mengecas secara luaran
  • Sistem HEV Baharu: Pembangunan trenkuasa hibrid elektrik untuk kenderaan berasaskan frem (frame-based) masa depan bagi memenuhi keperluan kapasiti lebih besar dan keyakinan pemanduan jarak jauh
  • Pilihan Elektrifikasi: Tawaran penyelesaian hibrid plug-in (PHEV) dan hibrid ekstender jarak (range-extender) bakal diperkenalkan melalui kerjasama rakan strategik untuk melengkapkan spektrum pilihan pelanggan

Transformasi Perindustrian, Pendekatan Pasaran Global

Barisan produk Nissan

Melalui strategi Nissan Product Family, syarikat beralih daripada pengoptimuman model secara individu kepada pembangunan berasaskan senibina yang merangkumi perkongsian platform, trenkuasa dan perisian.

Pembangunan akan ditumpukan kepada tiga famili produk utama yang bakal menyumbang lebih 80 peratus daripada jumlah global, dan meningkatkan jumlah bagi setiap model melebihi 30 peratus.

Infiniti QX60, QX65 dan QX80
Nissan NX8 Frontier Pro PHEV Micra

Bagi pendekatan pasaran global, Nissan menetapkan peranan khas untuk tiga pasaran utama:

  • Jepun: Menjadi pusat ujian teknologi canggih seperti perkhidmatan mobiliti dan siri kereta kompak baharu bermula tahun fiskal 2028 dengan sasaran 550,000 unit setahun menjelang 2030.
  • AS: Menumpukan kepada kenderaan besar dan pengeluaran tempatan dengan sasaran kembali mencapai jualan sejuta unit setahun menjelang 2030. Strategi itu merangkumi penggunaan enjin V6 pada SUV segmen-D mengikut permintaan pelanggan.
  • China: Menjadi pusat kecekapan kos dan hab eksport global bagi model seperti N7 dan Frontier Pro ke pasaran Amerika Latin, Asean dan Timur Tengah dengan sasaran sejuta unit setahun menjelang 2030.
  • Mexico dan Timur Tengah: Mexico kekal sebagai tonggak keuntungan bagi rantau Amerika, manakala Timur Tengah menjadi pasaran keutamaan untuk SUV besar dan segmen premium melalui gabungan eksport dari pasaran utama.
Nissan Skyline bakal kembali
Infiniti QX60, QX65 dan QX80
Nissan NX8 Frontier Pro PHEV Micra
Auto Terkini Mobility Intelligence for Everyday Life Nissan Nissan Elgrand Nissan GT-R Nissan Juke Nissan Rogue Nissan Skyline Nissan X-Trail Prince Motor Company Roda4
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Roda4

    Volkswagen Tayron Dilancar di Malaysia โ€“ 7 Tempat Duduk, Harga Bermula RM189,890

    13/07/2026
    Denza Z9 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Denza Z 2027 Diperkenal di Eropah, 0 – 100kmj Sepantas 1.96 Saat!

    13/07/2026
    Anthony Loke Siew Fook arah JPJ saman petugas kempen PRN Johor tidak pakai helmet
    Auto Terkini

    Anthony Loke Arah JPJ Saman Petugas PH, Termasuk DAP Tak Pakai Helmet di PRN Johor

    10/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    10/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Geely siar imej acah Geely Preface L90
    Auto Terkini

    Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

    By Han Othman07/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    By Abang Hirata10/07/2026
    Auto Terkini

    BMW 7 Series Protection Diguna PMX Bukan Kereta Rasmi Baharu Tapi Aset Sedia Ada Kerajaan

    By Syafie08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.