Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Restorasi Sempurna, McLaren F1 Ini Ibarat Baru Keluar dari Kilang
Auto Terkini

Restorasi Sempurna, McLaren F1 Ini Ibarat Baru Keluar dari Kilang

Abang HirataBy Abang Hirata02/09/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MODEL edisi terhad dan ikonik sentiasa ada nilai tersendiri. Malah, keghairahan peminat membuatkan pengeluar turut sama menyokong penghasilan semula komponen alat ganti model-model tertentu. Selain itu, pengeluar kereta sport dan eksotik mempunyai divisyen khas untuk melakukan restorasi supaya kereta milik pelanggan kembali seperti asal.

Bagi McLaren, kebanggaan mereka ialah model McLaren F1 yang mula dikeluarkan pada 1993. Walaupun sudah berusia lebih dua dekad, tetapi model ini mempunyai nilai mencecah tujuh angka. Hebat!

BACA >>> #RetroAuto: Cerita Menakjubkan di Sebalik Kotak Gear F1 McLaren

DITAYANGKAN DI CONCOURS D’ELEGANCE

Dengan usia tersebut dan harga begitu tinggi di pasaran, pasti ada pemilik yang mahu memperbaharui McLaren F1 milik mereka. Bagi tugas tersebut, McLaren Special Operations (MSO) dipertanggungjawabkan dan pada 6 September nanti sempena pameran auto Concours d’Elegance, satu unit yang sudah dibaik pulih akan ditayangkan kepada umum.

MSO bukan setakat membaik pulih, tetapi turut membangunkan dan mengeluarkan alat ganti McLaren F1 supaya nilai dan statusnya terus terpelihara. Unit bakal ditayangkan itu nanti ialah model dengan nombor siri 063 yang mengambil masa lebih 18 bulan untuk dibaik pulih.

Kerja pemuliharaan unit berkenaan memerlukan badan dan trenkuasa dikeluarkan. Bahagian dalaman dibalut semula dengan kulit semi-anilina asal dan memang material khas untuk unit ini sahaja, serta menggunakan Woking Grey sebagai warna upholsteri.

BACA >>> Jenis Material Kulit untuk Kemasan Dalaman Kereta yang Perlu Anda Tahu

MSO menggantikan stereng dengan stok asli, manakala stereng asal disimpan pemilik kereta sebagai rujukan bersejarah. Selepas bahagian dalaman diperbaharui, panel luaran dipasangkan pada casis 63 yang dicat baharu mengikut warna asal Magnesium Silver dengan mengambil masa hampir 900 jam untuk disempurnakan.

ENJIN DIBINA SEMULA, DIUJI

Ketika badan dan dalaman dibaik pulih, enjin aspirasi natural (NA) 6.1L  siap dibina semula, lengkap dengan ujian dyno yang menunjukkan angkasa kuasa 618hp dan mampu membawa McLaren F1 ini pada kelajuan maksimum 391kmj.

Suspensi kereta dihantar semula kepada Bilstein untuk dibaik pulih, manakala aci pacu dan hab turut dihantar kepada pembekal asal bagi tujuan sama. Kerja-kerja membaik pulih F1 nombor 063 ini siap pada Jun lalu selepas hampir 3,000 jam digunakan, termasuk ujian akhir atas jalan raya biasa dan trek. Selepas siap, unit ini diserahkan semula kepada pemilik di Pusat Teknologi McLaren.

Projek restorasi itu ialah sebahagian inisiatif F1 Certification Programme yang mana pemilik diberikan sijil keaslian sah yang hanya dikeluarkan McLaren Automotive yang memperakui rekod kereta seperti keaslian, penyenggaraan, sejarah jalanan atau perlumbaan, dan kondisi kereta. Selain meningkatkan nilai McLaren F1, ia turut memainkan peranan dalam mengekalkan legasi jenama McLaren itu sendiri.

McLaren F1 dikeluarkan pada 1993-1998 dengan jumlah pengeluaran sebanyak 106 unit, dan 64 unit ialah kereta standard jalanan, manakala 28 lagi ialah model trek GTR.

Apa yang penting untuk kereta sebegini, seseorang perlu mampu membeli, menjaga dan membaik pulihnya semula. Semua ini memerlukan kos tinggi tetapi jika dilihat nilai pasaran dan sokongan pengeluar, ia pelaburan berbaloi.

BACA >>> McLaren Senna GTR yang Bagaikan Sirih Pulang ke Gagang, dan Sudah Pun Habis Dijual

GALERI
McLaren McLaren F1 McLaren F1 Certification Programme McLaren Special Operations (MSO)
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    JPJ gantung sistem online disebabkan sistem tukar hak milik tanpa izin pemilik asal
    Auto Terkini

    AMARAN: JPJ Hentikan Semua Sistem Tukar Hak Milik Kenderaan Online, Digantung Mula Hari Ini

    25/05/2026
    Kereta mewah disita - Ops Luxury JPJ - 25 Mei 2026
    Auto Terkini

    Bekas Pemain Bola Sepak Kebangsaan, Pakar Motivasi Bergelar Datuk antara Ditahan dalam Ops Luxury JPJ

    25/05/2026
    John Cena beli Honda Prelude
    Auto Terkini

    John Cena Tambah Koleksi, Beli Honda Prelude Baharu Ketika Hantar Servis FL5

    25/05/2026
    Operasi KLK dan LPT kesan pengguna tidak bayar tol | Ismaliza
    Auto Terkini

    AFA Prime Keluar Lebih 2,000 Notis Tuntutan Kes Tidak Bayar Tol KLK, LPT1

    22/05/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Agong Terima Aurus Senat, Limousin Elit Rusia Yang Jarang Keluar Dari Negara Asal

    By Shazwan Hisam15/05/2026
    HEV

    Foton Tunland V7, V9 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM123,800!

    By Syafie20/05/2026
    Roda2

    BMW M 1000 RR Limited Edition Isle of Man TT Sempena Ulang Tahun TT ke-115

    By Abang Hirata25/05/2026
    Roda2

    Suzuki V-Strom 1050 M6 Ada Warna Baharu, Percuma Pannier Aluminium!

    By Shazwan Hisam14/05/2026
    Toyota Yaris Cross 2026 lancar di Malaysia
    Roda4

    Toyota Yaris Cross 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM99,900!

    By Syafie12/05/2026
    Foto acah Honda City facelift
    Auto Terkini

    Honda India Dedah Foto Acah Honda City Facelift, Foto Bocor di Internet, Apa yang Baharu?

    By Syafie20/05/2026
    Ferrari HC25 2026
    Roda4

    Ferrari HC25 2026 – Roadster One-Off Khas untuk Seorang Pelanggan

    By Abang Hirata18/05/2026
    Modenas uji potensi skuter elektrik MEV-2
    Auto Terkini

    Modenas Uji Potensi Skuter Elektrik MEV-2 Dalam Sektor Pelancongan Langkawi

    By Shazwan Hisam17/05/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.