Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»AMARAN: JPJ Hentikan Semua Sistem Tukar Hak Milik Kenderaan Online, Digantung Mula Hari Ini
Auto Terkini

AMARAN: JPJ Hentikan Semua Sistem Tukar Hak Milik Kenderaan Online, Digantung Mula Hari Ini

Han OthmanBy Han Othman25/05/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

JPJ gantung sistem online disebabkan sistem tukar hak milik tanpa izin pemilik asal

PERHATIAN kepada semua yang mahu membeli atau menjual kereta terpakai. Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) secara rasmi menggantung serta-merta semua perkhidmatan tukar hak milik kenderaan secara dalam talian (online) berkuat kuasa hari ini, 25 Mei 2026.

Penggantungan itu melibatkan SEMUA platform digital, seperti portal awam MySIKAP JPJ, kiosk JPJ, dan penyedia perkhidmatan pihak ketiga seperti MyEG dan eAuto Sdn Bhd.

Langkah drastik terebut disahkan Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli dalam kenyataan hari ini.

Kenapa Tiba-Tiba Digantung? Kes Tukar Milik Tanpa Pengetahuan Pemilik

Cara tukar nama pemilik secara online dan JPJ

Aedy Fadly berkata, tindakan segera itu diambil selepas JPJ menerima banyak aduan, termasuk yang tular di media sosial, mengenai kes pemindahan hak milik yang dilakukan tanpa pengetahuan pemilik berdaftar.

JPJ memandang serius perkara ini, khususnya yang melibatkan rekod penyelenggaraan dan keselamatan kenderaan yang didaftarkan dalam sistem,” katanya.

Isu itu menimbulkan kebimbangan besar mengenai kelemahan keselamatan dalam sistem digital, yang mana kenderaan boleh ditukar nama tanpa pengesahan pemilik asal, membuka ruang kepada penipuan dan penyalahgunaan.

Apa Perlu Buat Sekarang? Semua Wajib Ke Kaunter JPJ

Mulai hari ini, tiada lagi jalan pintas. Semua urusan tukar hak milik untuk kenderaan individu dan syarikat swasta WAJIB dilakukan secara fizikal di kaunter JPJ.

JPJ juga menetapkan prosedur baharu seperti:

1. Tukar Milik Individu

  • Boleh dilakukan di pejabat JPJ Negeri dan Cawangan
    Urusan boleh selesai pada hari yang sama jika dokumen lengkap

2. Tukar Milik Syarikat Swasta

  • Perlu hadir ke kaunter JPJ
  • Proses akan mengambil masa lima hingga tujuh hari bekerja untuk semakan dan kelulusan selepas dokumen lengkap diserahkan.

Sistem Mana Masih Boleh Guna?

JPJ gantung sistem online disebabkan sistem tukar hak milik tanpa izin pemilik asal
JPJ gantung sistem online disebabkan sistem tukar hak milik tanpa izin pemilik asal

JPJ menjelaskan hanya satu sistem masih beroperasi, iaitu:

  • Sistem Tukar Milik Sementara (STMS) – Masih boleh diakses menerusi saluran eAuto

Sebaliknya, sistem utama untuk tukar milik kekal, iaitu eSerahan Tukar Milik (eSTM) digantung sepenuhnya. Ini bermakna semua pengedar kereta terpakai, ejen dan orang awam kini tiada pilihan lain selain berurusan di kaunter.

Penggantungan itu dijangka menyebabkan kesesakan di kaunter JPJ seluruh negara dalam masa terdekat, terutama kepada mereka yang sudah merancang urusan jual beli.

Kami di PanduLaju menasihatkan semua pembeli dan penjual merancang masa, memastikan semua dokumen asal (geran, kad pengenalan, surat wakil kuasa jika perlu) lengkap sebelum ke JPJ untuk mengelakkan dua tiga kali perjalanan.

JPJ belum mengumumkan tempoh penggantungan tersebut akan diterukan. Kami akan mengemas kini sebaik saja ada pengumuman lanjut mengenai masa sistem dalam talian akan dibuka semula.

Pernahkan anda mengalami kes tukar milik tanpa izin itu? Atau anda terkesan dengan penggantungan berkenaan? Kongsikan pengalaman anda di bawah.

Auto Terkini Datuk Aedy Fadly Ramli eAuto eSTM JPJ JPJ online digantung jual beli kereta terpakai myeg STMS tukar hak milik tukar nama kereta
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Anthony Loke Siew Fook arah JPJ saman petugas kempen PRN Johor tidak pakai helmet
Auto Terkini

Anthony Loke Arah JPJ Saman Petugas PH, Termasuk DAP Tak Pakai Helmet di PRN Johor

10/07/2026
Auto Terkini

Aeronas – Syarikat Tempatan Yang Mampu Bina Pesawat

09/07/2026
Auto Terkini

BMW iX3 dan ZEEKR 7GT Raih 5 Bintang Ujian Baharu Euro NCAP Yang Lebih Ketat!

09/07/2026
Auto Terkini

Jurujual Mengaku Bersalah Tetak Penunggang Motosikal Dipenjara 10 Tahun, 2 Sebatan

08/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
Roda2

Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

By Shazwan Hisam07/07/2026
Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

By Abang Hirata06/07/2026
ZXMoto 820RR-R 2027
Roda2

ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

By Shazwan Hisam08/07/2026
Toyota Corolla Cross 2027
Roda4

Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

By Abang Hirata04/07/2026
Geely siar imej acah Geely Preface L90
Auto Terkini

Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

By Han Othman07/07/2026
GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
Elektrifikasi

Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

By Han Othman26/06/2026
Roda2

Honda CBR650R, CB650R E-Clutch Terima Warna Baharu Untuk 2027

By Shazwan Hisam03/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.