Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Bekas Pemain Bola Sepak Kebangsaan, Pakar Motivasi Bergelar Datuk antara Ditahan dalam Ops Luxury JPJ
Auto Terkini

Bekas Pemain Bola Sepak Kebangsaan, Pakar Motivasi Bergelar Datuk antara Ditahan dalam Ops Luxury JPJ

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam25/05/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Kereta mewah disita - Ops Luxury JPJ

JABATAN Pengangkutan Jalan (JPJ) terus memperketat operasi terhadap pemilik kenderaan mewah yang gagal mematuhi undang-undang jalan raya menerusi Ops Luxury.

Terbaharu, seorang bekas pemain bola sepak kebangsaan dan pakar motivasi keusahawanan bergelar Datuk antara individu terkenal ditahan dalam operasi tersebut.

Toyota Vellfire Ditahan di Bukit Bintang

Kereta mewah disita - Ops Luxury JPJ

Bekas pemain bola sepak itu dilaporkan ditahan sekitar jam 4 pagi ketika memandu sebuah Toyota Vellfire di kawasan Bukit Bintang.

Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Operasi) JPJ, Datuk Jazmanie Shafawi berkata, kenderraan pelbagai guna (MPV) mewah tersebut kemudian disita selepas didapati melakukan beberapa kesalahan serius.

Antara kesalahan dikesan adalah tiada perlindungan insurans, lesen kenderaan motor (LKM) atau cukai jalan tamat tempoh dan lesen memandu yang juga sudah tamat tempoh.

Hasil semakan mendapati LKM kenderaan tersebut sudah tamat sejak 7 Disember tahun lalu (2025) dan masih belum diperbaharui sehingga kini.

Mercedes-Benz Brabus AMG Turut Disita

Kereta mewah disita - Ops Luxury JPJ

Dalam operasi berasingan, seorang pakar motivasi terkenal turut ditahan selepas memandu sebuah Mercedes-Benz Brabus AMG sekitar Lembah Klang. Kenderaan itu disita selepas didapati menggunakan LKM tamat tempoh, selain tiada perlindungan insurans sah.

Menurut Jazmanie, keadaan itu bukan saja membahayakan pemandu, tetapi turut memberi risiko kepada pengguna jalan raya lain sekiranya berlaku kemalangan.

Lebih mengejutkan, JPJ turut mendapati kenderaan tersebut masih menggunakan nombor pendaftaran lama walaupun pemilik sudah membuat pertukaran nombor rasmi.

Guna Nombor Lama Juga Satu Kesalahan

Kereta mewah disita - Ops Luxury JPJ - 25 Mei 2026

Jazmanie berkata, penggunaan nombor pendaftaran lama selepas proses pertukaran nombor selesai adalah satu kesalahan di sisi undang-undang. Beliau berkata demikian dalam sidang media di Depoh Tunda JPJ Kuala Lumpur, malam tadi.

Turut hadir dalam sidang media itu ialah Pengarah Kanan Penguatkuasa JPJ, Datuk Muhammad Kifli Ma Hassan dan Pengarah JPJ Kuala Lumpur, Hamidi Adam.

Menurut Jazmanie, Ops Luxury menumpukan kepada pemilik kenderaan mewah yang culas memperbaharui dokumen penting seperti cukai jalan dan perlindungan insurans.

Porsche antara Kenderaan dengan Tunggakan Tinggi

Kereta mewah disita - Ops Luxury JPJ

Dalam perkembangan sama, JPJ turut mendedahkan terdapat kes LKM tamat tempoh yang dikesan sejak 1 Januari 2025.

Malah, antara kenderaan dengan tunggakan LKM paling tinggi direkodkan dalam operasi itu adalah sebuah Porsche dengan jumlah bayaran mencecah RM16,000.

JPJ menegaskan, pihaknya memandang serius isu ketidakpatuhan melibatkan pemilik kenderaan mewah dan akan terus mempergiat operasi penguatkuasaan dari semasa ke semasa.

Dengan operasi seperti Ops Luxury yang semakin agresif dijalankan, pemilik kenderaan diingatkan supaya memastikan semua dokumen seperti lesen memandu, cukai jalan dan insurans sentiasa aktif bagi mengelakkan tindakan sitaan.

Kereta mewah disita - Ops Luxury JPJ - 25 Mei 2026
Kereta mewah disita - Ops Luxury JPJ - 25 Mei 2026
Kereta mewah disita - Ops Luxury JPJ - 25 Mei 2026
Kereta mewah disita - Ops Luxury JPJ - 25 Mei 2026
Kereta mewah disita - Ops Luxury JPJ - 25 Mei 2026
Kereta mewah disita - Ops Luxury JPJ - 25 Mei 2026
Kereta mewah disita - Ops Luxury JPJ - 25 Mei 2026
Kereta mewah disita - Ops Luxury JPJ - 25 Mei 2026

SUMBER: HarianMetro

Bekas Pemain Bola Mercedes-Benz Brabus AMG Nombor Lama Ops Luxury Pakar Motivasi Porsche Toyota vELLFIRE
Shazwan Hisam

    Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Aeronas – Syarikat Tempatan Yang Mampu Bina Pesawat

    09/07/2026
    Auto Terkini

    BMW iX3 dan ZEEKR 7GT Raih 5 Bintang Ujian Baharu Euro NCAP Yang Lebih Ketat!

    09/07/2026
    Auto Terkini

    Jurujual Mengaku Bersalah Tetak Penunggang Motosikal Dipenjara 10 Tahun, 2 Sebatan

    08/07/2026
    Auto Terkini

    BMW 7 Series Protection Diguna PMX Bukan Kereta Rasmi Baharu Tapi Aset Sedia Ada Kerajaan

    08/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    By Abang Hirata04/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Geely siar imej acah Geely Preface L90
    Auto Terkini

    Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

    By Han Othman07/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Roda2

    Honda CBR650R, CB650R E-Clutch Terima Warna Baharu Untuk 2027

    By Shazwan Hisam03/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.