Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»John Cena Tambah Koleksi, Beli Honda Prelude Baharu Ketika Hantar Servis FL5
Auto Terkini

John Cena Tambah Koleksi, Beli Honda Prelude Baharu Ketika Hantar Servis FL5

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam25/05/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

John Cena beli Honda Prelude

NAMA John Cena memang cukup sinonim dengan dunia gusti profesional, tetapi di luar gelanggang World Wrestling Entertainment (WWE), selebriti terkenal itu sebenarnya turut dikenali sebagai peminat tegar Honda.

Jika sebelum ini ramai melihat beliau sering memandu kereta eksotik dan kereta muscle, Cena sebenarnya mempunyai minat cukup mendalam terhadap model prestasi Honda seperti siri Civic Type R.

dari FK8 ke FL5

Took the Civic TypeR in for service and was fortunate enough to pick up the brand new @Honda Prelude!! Thank U @wc_honda for helping add this Boost Blue Beauty to the Honda Lineup! Time to see what this thing can do!!! pic.twitter.com/th2anjPkim

— John Cena (@JohnCena) January 10, 2026

Pada 2023, Cena pernah mendedahkan kereta hariannya ialah Honda Civic Type R FK8. Bagaimanapun, minatnya terhadap hatchback prestasi Jepun itu semakin serius apabila beliau menukar FK8 tersebut kepada Honda Civic Type R FL5 pada 2024.

FL5 dianggap antara Civic Type R paling lengkap pernah dihasilkan Honda dengan rekabentuk lebih matang, casis lebih stabil dan prestasi lebih agresif di litar.

Model itu dikuasakan enjin 2.0L VTEC Turbo yang menghasilkan sekitar 329ps (324hp), dan tork 420Nm.

Datang Servis, Bawa Balik Prelude Baharu

John Cena beli Honda Prelude

Terbaharu, Cena berkongsi berita gembira apabila menambah sebuah lagi model Honda dalam koleksi peribadinya.

Menariknya, pembelian itu berlaku ketika beliau menghantar Civic Type R FL5 miliknya untuk diservis.
Dalam perkongsian di media sosial, Cena memuat naik foto bersama Honda Prelude serba baharu warna Boost Blue.

Hantar Civic Type R untuk servis dan cukup bertuah kerana dapat mengambil Honda Prelude serba baharu!!

“Terima kasih Wesley Chapel Honda kerana membantu menambah si cantik Boost Blue ini dalam koleksi Honda saya! Masa untuk tengok apa kehebatan kereta ini!!!” katanya.

Prelude Baharu Kembali dengan Teknologi Hibrid

John Cena beli Honda Prelude
John Cena beli Honda Prelude

Honda Prelude generasi baharu adalah antara model paling dinantikan peminat jenama Jepun itu selepas nama Prelude ‘direhatkan’ selama bertahun lama.

Model coupe itu kembali dengan pendekatan lebih moden menerusi penggunaan sistem hibrid selain rekabentuk sporty yang diilhamkan daripada model elektrifikasi terkini Honda.

Walaupun spesifikasi penuh pasaran global masih belum diumumkan sepenuhnya, Prelude baharu dijangka menggunakan teknologi e:HEV yang menumpukan kepada keseimbangan antara prestasi dan kecekapan bahan api.

Dengan status Cena sebagai peminat tegar Honda, tidak mengejutkan apabila beliau menjadi antara selebriti terawal yang berjaya memiliki model tersebut.

Pernah Jadi Suara Latar Iklan Prelude

Sebenarnya, hubungan Cena dengan Honda Prelude bukanlah sesuatu yang baharu. Pada November 2025 lalu, beliau terlibat dalam kempen iklan rasmi Honda Prelude hibrid bertajuk ‘Engineered for Fun’ sebagai suara latar.

Kempen tersebut memberi bayangan jelas Honda mahu mengembalikan semula identiti Prelude sebagai coupe sporty yang menyeronokkan untuk dipandu.

Kini, dengan Prelude baharu sudah berada dalam garaj Cena, nampaknya koleksi Honda milik bintang WWE itu semakin menarik untuk diikuti peminat automotif seluruh dunia.

SUMBER: X/JohnCena

Honda Civic Type R FL5 Honda Prelude John Cena servis kereta
Shazwan Hisam

    Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    LaLaport BBCC Lancar Hab Pengangkutan Baharu, Mudahkan Perjalanan Pelancong

    17/07/2026
    Auto Terkini

    Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

    16/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Auto Terkini

    Rezeki Bermula Sebotol Air, Dua Pembeli Raih Hadiah Utama Tunai RM135,000

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.