Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Honda India Dedah Foto Acah Honda City Facelift, Foto Bocor di Internet, Apa yang Baharu?
Auto Terkini

Honda India Dedah Foto Acah Honda City Facelift, Foto Bocor di Internet, Apa yang Baharu?

SyafieBy Syafie20/05/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Foto acah Honda City facelift

HONDA bakal memperkenalkan versi dipertingkat (facelift) terbaharu Honda City tidak lama lagi selepas dikesan dalam foto acah rasmi dimuat naik Honda Car India.

Model generasi kelima City itu sebenarnya sudah berada di pasaran sejak 2019 sebelum menerima facelift pertama pada 2023. Kini, kemas kini baharu dipercayai akan membuat debut rasmi pada 22 Mei ini.

Lampu Depan Baharu dengan Bar Lampu Horizontal

Dalam foto acah dikongsi, keseluruhan kereta masih dilitupi kain, tetapi rekabentuk lampu siang (DRL) jelas kelihatan dan memberi bayangan penggunaan bar lampu penuh yang melintang sebanjang bonet.

Lebih menarik, beberapa imej tanpa pelindung juga didakwa sudah bocor di Internet, sekali gus memperlihat perubahan lebih jelas pada rekabentuk luaran dan dalaman sedan popular itu.

Foto acah Honda City facelift

Bahagian depan menerima lampu utama lebih tirus dan tajam dengan gril baharu corak sarang lebah (honeycomb) yang bersambung terus di bawah lampu depan.

Bampar depan juga nampak lebih agresif, manakala lampu kabus depan dipercayai digugurkan sepenuhnya.

Rim Baharu, Rekabentuk Belakang Lebih Sporty

Foto acah Honda City facelift

Dari sisi, perubahan tidak begitu ketara dengan garis badan utama masih dikekalkan dari lampu depan hingga lampu belakang.

Bagaimanapun, model facelift itu tampil dengan rim aloi dwi-tona lima jejari baharu, selain antena sirip yumasih dikekalkan.

Foto acah Honda City facelift

Bahagian belakang pula menerima bamap baharu dengan elemen difuser lebih agresif corak silang.

Reflektor belakang kini diposisi secara vertikal di sisi bampar berbanding susunan melintang pada model terdahulu.

Kabin Lebih Moden, Ada Lampu Ambien?

Foto acah Honda City facelift
Foto acah Honda City facelift
Foto acah Honda City facelift

Perubahan paling ketara ruang kabin adalah skrin unit infotainmen apung lebih besar yang dipadankan bersama kluster instrumen semi-digital.

Imej bocor itu turut menunjukkan kemungkinan kehadiran lampu ambien ungu pada papan pemuka dan sekitar skrin tengah.

Foto acah Honda City facelift

Model dipaparkan juga menggunakan kemasan kerusi kulit warna krim jenis boleh laras manual, tetapi masih belum dipastikan sama ada spesifikasi itu akan ditawarkan untuk pasaran Malaysia.

Enjin Dijangka Kekal Sama

Setakat ini, tiada perubahan trenkuasa diumumkan, tetapi Honda dijangka mengekalkan konfigurasi sedia ada. Ketika ini, Honda City ditawarkan dengan dua pilihan rangkaian kuasa:

Varian Petrol

  • Enjin petrol 4-silinder aspirasi natural (NA) 1.5L
  • Output kuasa 121hp, dan tork 145Nm
  • Pacuan roda depan (FWD)

Varian Hibrid (e:HEV)

  • Gabungan enjin petrol 1.5L dan motor elektrik
  • Output kuasa 109hp, dan tork 253Nm
  • Sistem hibrid e:HEV
  • Pacuan roda depan (FWD)

Buat masa ini, Honda masih belum mendedahkan maklumat rasmi penuh mengenai model facelift tersebut.

Foto acah Honda City facelift
Foto acah Honda City facelift
Foto acah Honda City facelift
Foto acah Honda City facelift
Foto acah Honda City facelift
Foto acah Honda City facelift
Foto acah Honda City facelift
Foto acah Honda City facelift
Foto acah Honda City facelift
Auto Terkini Honda Cars India Honda City honda city facelift Honda Malaysia
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    GWM Wey 05 Malaysia
    Autotainment

    Protected: Kenapa Hibrid Pintar GWM Hi4 Lebih Masuk Akal Berbanding Lompat Terus ke EV?

    06/07/2026
    Auto Terkini

    Ferrari 12Cilindri Manuale – Gear Manual Kembali, Tanpa Transmisi Manual!

    06/07/2026
    Auto Terkini

    G.C. Ann Motor Enterprise Dilantik Sebagai CFMOTO Flagship Store Di Kuala Selangor

    06/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    06/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL)
    Auto Terkini

    Tiada Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur Tahun Ini

    By Shazwan Hisam30/06/2026
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Vespa Edizione Ottantesimo 2026
    Roda2

    Vespa Edizione Ottantesimo 2026 – Model Unit Terhad 80 Tahun dengan Enjin 310 HPE Kuasa Tinggi

    By Abang Hirata02/07/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    By Abang Hirata04/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam06/07/2026
    Autotainment

    Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

    By Han Othman28/06/2026
    Roda2

    Honda CBR650R, CB650R E-Clutch Terima Warna Baharu Untuk 2027

    By Shazwan Hisam03/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.