Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Prototaip Supermoped Modenas-Kawasaki Jalani Ujian Awal di Luar Negara, Siap 2025!
Auto Terkini

Prototaip Supermoped Modenas-Kawasaki Jalani Ujian Awal di Luar Negara, Siap 2025!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju20/04/20233 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SUMBER PanduLaju mendedahkan prototaip supermoped Modenas-Kawasaki sudah siap dibina dan sedang menjalani beberapa siri ujian di negara asing. Benarkah?

Ujian tersebut adalah sebahagian proses fine-tuning supermoped berkenaan. Sumber juga mendakwa ada wakil Jepun terlibat dalam projek supermoped itu datang mengunjungi Modenas bulan lalu untuk berkongsi perkembangan projek tersebut.

Apabila ditanya adakah Modenas masih mahu menunggu hingga 2025 untuk memperkenalkan supermoped Modenas-Kawasaki, sumber enggan dikenali itu berkata;

Ya, sama seperti apa pernah dimaklumkan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Modenas (Roslan Roskan) ketika lawatan media ke kilang Gurun. Tahun 2025.”

Sumber menjelaskan projek tersebut melibatkan Kawasaki yang melakukan kerja cukup teliti dan bukan mengejar masa menyiapkan sesuatu produk untuk diperkenalkan ke pasaran Malaysia sahaja.

Apabila ditanya, kenapa Modenas berhajat memperkenalkan supermoped ketika pesaing lain sudah lama menjual produk masing-masing di pasaran tempatan. Bukankah sudah jauh ketinggalan?

Dominasi Yamaha, Honda

Sumber menjelaskan, Modenas perlu ada model motosikal kelas 150cc ke atas kerana menjadi lubuk terbesar segmen kapcai.

Secara purata, kira-kira 40 peratus jualan motosikal adalah membabitkan kelas 150cc hingga 175cc. Segmen underbone paling popular Modenas pula ialah Kriss 110, tetapi saiz pasaran kapcai 110cc cuma sekitar 10 peratus.

Buat masa ini, Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) dipercayai mendominasi segmen kapcai 150cc menerusi dua model perdana, Y15ZR dan Y16ZR. Sebelum terlupa, Yamaha 135LC juga masih menerima sambutan baik daripada kalangan pengguna tempatan.

Honda RS150R
Trico rim emas

Boon Siew Honda (BSH) pula di tempat kedua menerusi dua model kapcai popular, Honda RS150 dan Honda RS-X untuk segmen supermoped. Dua lagi pemain dalam liga supermoped tempatan ialah Suzuki Raider R150 Fi dan SYM VF3i .

Segmen 125cc ke Bawah Semakin Kecil

  • Trend sejak tiga tahun kebelakangan ini menyaksikan penurunan jualan motosikal bawah 125cc daripada anggaran 42 peratus (2021) kepada 34 peratus (2022) dan 25 peratus tahun lalu.
  • Segmen motosikal 126cc hingga 250cc menunjukkan trend kenaikan daripada 58 peratus pada 2021 kepada 66 peratus (2022) dan 75 peratus (2023).

BACA >>> Dapat Kepakaran Kawasaki, Supermoped Modenas Baharu Tiga Tahun Lagi?
BACA >>> CEO Modenas: Supermoped Masih Ada, Cuma Tak Lancar Tahun Depan
BACA >>> MForce Bakal Lancar Supermoped 150cc Akhir Tahun Ini!
BACA >>> Aveta Malaysia Lancar Supermoped SVR 180 (2022), Harga RM9.9k!

Auto Terkini Kapcai Kawasaki Modenas Modenas Kawasaki roda2 Roslan Roskan Supermoped Supermoped 150cc Supermoped Modenas
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    24/07/2026
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    24/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    24/07/2026

    3 Comments

    1. Alhamra interprise on 21/04/2023 09:17

      Prototaip demikian memang di tunggu oleh semua rakyat malaysia.Sebalik semua demikian tidak mudah berjaya dan menjaya startegi selera rakyat malaysia.Bagi golongan rektro lebih kepada kegunaan dalam ladang paya lumpur.Bagi mudah golongan ini memikir beli motorsikal untuk buat kerja untuk angkut barang bermakna setter tidak tercungkit keadaan lebih rata dan di sisi tepi boleh letak busket beroda gambaran di minda petani itu.Bermakna di kiri kanan ada motorsikal itu ada spring anjal untuk ikat busket itu dengan kuat..Tidak wujud spring tengah ditengah badan motorsikal itu.Motorsikal nasional mesti mengutamakan dalam produknya mengutamakan golongan O.K.U…orang kelainan upaya keteria motorsikal lebih dominan kepada golongan O.K.U menikmati bersama lestari motorsikal negara. Kita malaysia.

      Reply
    2. Muhammad Umar Sufyan on 22/04/2023 10:10

      Bila lagi mahu mengeluarkan motor EV 150cc?
      Sebelum ini Modenas telah mengeluarkan medenas EV, tetapi malangnya hanya mendapatkan top speed 80KM/h sahaja.
      Diharap boleh bekerjasama dengan mana-mana syarikat motor Ac atau membina sendiri dengan kejuruteraan dan ilmu-ilmu kejuruteraan di dalam negara untuk motor AC yang lebih berkuasa. Aamiin.
      Harap pihak pandulaju.com dapat bekerjasama dalam pembangunan motosikal EV ini untuk mendapatkan market tinggi yang menguntungkan rakyat, negara, serta syarikat di Malaysia sendiri. Aamiin.

      Reply
    3. Man on 27/10/2023 23:02

      Super moped 200-250cc memang ditungu² oleh penunggang² M’sia..

      Hanya dgn kuasa 200-250cc dpt menumpaskan penguasaan Yamaha dan Honda.. dan untuk mengaut semua segment pengguna harus mengambil kira faktor practicality iaitu seat yg mendatar seperti Y15 dan engine yg tahan lasak seperti Honda

      Yamaha + design = winner but engine reliability outttt….
      Honda + tahan lasak = winner but lose on seat design not flat
      Modenas + reliability= undefeated if take note on those 2 aspects of the rival weakness

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.