• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / MForce Bakal Lancar Supermoped 150cc Akhir Tahun Ini!

MForce Bakal Lancar Supermoped 150cc Akhir Tahun Ini!

March 13, 2023 By Shawkath Leave a Comment

773
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

MFORCE Bike Holdings (MForce) nampaknya berminat menyertai saingan segmen supermoped tempatan dan dijangka memperkenalkan produk 150cc tersendiri menjelang akhir tahun ini atau awal 2024.

Perkembangan terbaharu itu dikongsi Ketua Pegawai Operasi (COO) MForce, Asri Ahmad dalam satu pertemuan selepas majlis pelancaran WMoto Bobbie VII (2023) di Kajang, Selangor semalam.

BACA >>> Dapat Kepakaran Kawasaki, Supermoped Modenas Baharu Tiga Tahun Lagi?
BACA >>> Perbandingan: Honda RS-X vs Yamaha Y16ZR, Mana Satu Paling Power?!

Beliau berkata;

Pada hujung tahun ini atau awal tahun depan, kami akan keluarkan satu model baharu berkapasiti 150cc dalam kategori supermoped di bawah jenama WMoto.

“Semua ciri ada. Kita tidak ada model 150cc kecuali Benelli RFS 150i dan WMoto F-15. Tapi (model) F-15 itu sebenarnya low-spec. Ini (model baharu) adalah high spec.”

Berdasarkan maklumat diterima, model supermoped baharu WMoto itu menawarkan kelebihan kepada pengguna kerana boleh menggunakan komponen dan aksesori daripada dua jenama motosikal popular Jepun sedia ada di Malaysia.

Buat masa ini, model prototaip sedang dibangunkan di China selepas menerima lakaran lukisan daripada MForce.

PanduLaju sempat melihat foto lakaran dan prototaip siap dibina pengeluar di China yang menampakkan konsep rekabentuk gabungan dua model popular supermoped 150cc Jepun, termasuk beberapa sentuhan ala Ducati Panigale.

Trenkuasa digunakan berkapasiti 149.8cc DOHC (enjin Honda RSX?) Lakaran juga menunjukkan rekaan bakul atau raga yang akan dipasang di bawah bar hendal.

MForce juga mendedahkan ada rancangan menyertai Kejuaraan Cub Prix Malaysia menjelang 2024. Asri berkata;

Bulan depan, kita akan terima lima unit enjin untuk dikaji dan melakukan modifikasi yang sesuai. Jika mampu masuk, kita akan masuk (Cub Prix). Buat masa ini, kita belum putuskan siapakan tim yang akan menggunakannya."

BACA >>> #Spyshot: Supermoped Modenas Dikesan Lagi, Apa Pula Cerita Kali Ini?
BACA >>> Supermoped Benelli RCX 185i ABS (2023) Bakal Lancar di Greece, Sepantas 120kmj!
BACA >>> Supermoped Malaysia 2020: Spesifikasi, Model Baharu, dan Apa Bakal Muncul?

Artikel Berkaitan

773
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Asri Ahmad, Auto Terkini, Kapcai, MForce Bike Holding Sdn Bhd, roda2, Supermoped, Supermoped WMoto 150cc

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Ujian Sistem Bayar Tol Lebuh Raya Guna Kad Kredit, Debit Bakal Bermula
    Ujian Sistem Bayar Tol Lebuh Raya Guna Kad Kredit, Debit Bakal Bermula
  • Monopoli Puspakom Tamat Selepas Ogos 2024, Servis Pemeriksaan Kenderaan Dibuka untuk Semua
    Monopoli Puspakom Tamat Selepas Ogos 2024, Servis Pemeriksaan Kenderaan Dibuka untuk Semua
  • Skuter EV Blueshark R1, R1 Lite (2023) Lancar di Malaysia dengan Pakej Tukar Bateri di Petronas
    Skuter EV Blueshark R1, R1 Lite (2023) Lancar di Malaysia dengan Pakej Tukar Bateri di Petronas
  • Mitsubishi Pindah Pusat 3S Baharu di Alor Setar, Buka Premis Baharu di Langkawi
    Mitsubishi Pindah Pusat 3S Baharu di Alor Setar, Buka Premis Baharu di Langkawi

PANDU UJI

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Perodua Ativa Hybrid? Macam Boleh On Je, Tapi...

SAYA berkesempatan memandu uji Perodua Ativa Hybrid yang hanya ada 300 … [Baca Lagi...]

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my