• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / WMoto F-15 (2022) Lancar di Malaysia, Harga RM5.9k!

WMoto F-15 (2022) Lancar di Malaysia, Harga RM5.9k!

December 22, 2021 By Shawkath 7 Comments

9.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MFORCE Bike Holdings melancarkan model kapcai terbaharu, WMoto F-15 (2022) yang menawarkan ekonomi bahan api, harga ampu milik dan sesuai untuk tunggangan harian pada harga jualan asas RM5,999 sahaja, tidak termasuk insurans, pendaftaran dan cukai jalan.

Ada tiga warna piihan ditawarkan, iaitu hijau, biru dan firus (turquoise).

BACA >>> Brek Dram vs Brek Cakera: Apakah Tanda Brek Kereta Anda Sudah Haus?
BACA >>> #TahukahAnda: Teknologi Keyless Memang Mudah, Tapi Belum Tentu Selamat

Berikut perincian F-15 (2022):

  • Trenkuasa patuh Euro4 4-lejang 2-injap silinder tunggal SOHC 149.2cc penyejukan udara dengan teknologi suntikan bahan api (FI) berkuasa 10.5hp @7,000rpm dan tork 11Nm @ 8,000rpm.
    Sistem transmisi klac manual 5-kelajuan.

  • Lampu depan diposisikan pada fairing kepala dalam dua kluster, iaitu atas untuk lampu rendah, dan bawah untuk lampu suluh tinggi (high beam). Juga ada lampu siang (DRL) LED pada fairing dada.
  • Lampu signal belok ditempatkan pada fairing depan, manakala lampu signal belakang jenis capang. Lampu brek belakang mengetengahkan rekaan lebih moden. Semua lampu menggunakan teknologi LED.
  • Ada port USB untuk mengecas peranti pintar.

BACA >>> WMoto Xtreme 150i (2021) - Skuter Advencer Moden, Ada Fork USD, Harga Bawah RM10k!

  • Panel meter menggunakan paparan analog dan digital. Skrin analog untuk takometer sebelah kiri, dan skrin digital memaparkan maklumat spidometer, bar petrol, posisi gear dan trip perjalanan.
  • Sebagai bonus, meter digital juga menunjukkan status baki kuasa bateri motosikal, dan ada beberapa lampu amaran diposisikan atas panel meter.

  • Sistem suspensi menggunakan fork teleskopik (depan) dan monoshock (belakang).
  • Sistem brek cakera 290mm dengan kaliper dwi-piston di depan dan cakera 190mm dengan kaliper piston tunggal (belakang).

  • Rim aloi 17 inci dibalut tayar 70/90 (depan), dan 110/70 (belakang).
  • Dimensi panjang 1,960mm, lebar 690mm, dan tinggi 1,100mm.
  • Tinggi pelana 770mm, jarak roda 1,280mm dan jarak lega bumi 145mm.
  • Berat 118kg dan kapasiti tangki minyak 5.5 liter.

Pengurus Operasi MForce Bike Holdings,  Asri Ahmad berkata, F-15 (2022) disasarkan kepada pengguna semua lapisan masyarakat, tanpa mengira umur atau jantina.  Kapcai ini hadir dengan waranti dua tahun atau jarak perbatuan 20,000km  (mana satu tiba dulu).

BACA >>> MForce Lancar Skuter 250cc WMoto RT3, Harga RM15k
BACA >>> Tentera Darat Terima Aset Baharu, Motocross WMoto SXR 300cc
BACA >>> WMoto ES125 (2021) Lancar di Malaysia, Harga Mula RM4,588

Back
Prize Reveal
Front
panel-meter-wmoto-f15
Features-F15-20211221213103
Features-F15-20211221213025
Features-F15-20211221213142
Features-F15-20211221212933

F15 Firus (Turqoise)

WMOTO F15 Turqoise - 2
WMOTO F15 Turqoise - 6
WMOTO F15 Turqoise - 1
WMOTO F15 Turqoise - 3
WMOTO F15 Turqoise - 7
WMOTO F15 Turqoise - 5
WMOTO F15 Turqoise - 0
WMOTO F15 Turqoise - 4

F15 Hijau

WMOTO F15 Hijau - 2
WMOTO F15 Hijau - 6
WMOTO F15 Hijau - 0
WMOTO F15 Hijau - 3
WMOTO F15 Hijau - 5
WMOTO F15 Hijau - 7
WMOTO F15 Hijau - 1
WMOTO F15 Hijau - 4

F15 Biru Gelap

WMOTO F15 Biru Gelap - 2
WMOTO F15 Biru Gelap - 6
WMOTO F15 Biru Gelap - 1
WMOTO F15 Biru Gelap - 3
WMOTO F15 Biru Gelap - 5
WMOTO F15 Biru Gelap - 7
WMOTO F15 Biru Gelap - 4
WMOTO F15 Biru Gelap - 0
9.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Asri Ahmad, Kapcai, Kapcai Wmoto, MForce Bike Holding Sdn Bhd, Moped, roda2, underbone, Wmoto F-15 (2022), WMoto F15 (2021)

Comments

  1. Sharum says

    December 25, 2021 at 9:06 PM

    Ada pakai coollant(tangki air)''caberater atau injecsion?

    Reply
  2. Ramli says

    December 26, 2021 at 6:22 PM

    Jenama baru ke?
    Bagai mn dgn spare parts?

    Reply
  3. Kamm says

    December 27, 2021 at 6:50 AM

    Mak ai 10hp je??? Hahahhaa bananana la kena ayam2 je dgn expai dgn wave dgn shogun hahaha

    Reply
  4. CM Asri says

    December 27, 2021 at 8:37 AM

    Menarik...utk semua aspek.

    Reply
  5. Norhisham Yahya says

    December 28, 2021 at 8:47 PM

    Berminat utk membeli, lokasi saya di perlis

    Reply
  6. zarilan says

    December 31, 2021 at 2:50 PM

    selamat tinggal Ysuku sama RSX, kini ada pencabar untuk korang. Tak sabar nak tengok motor ni bersaing dalam Cub Prix. Kita tengok sapa dia king of the moped!

    Reply
  7. Mohamad noor says

    January 3, 2022 at 12:55 PM

    Bila official lounching,, berminat nk tgk depan2. Rasa mcm nk beli pn ada gak
    Area Kulim , Kedah

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

PanduLaju.com.my

Pilihan Ramai

  • 4X4 Buat Hal Potong Garisan Berkembar, Anak Tidur Jatuh Tergolek
    4X4 Buat Hal Potong Garisan Berkembar, Anak Tidur Jatuh Tergolek
  • Atuk Bawa Duit Isi Dalam Guni, Beli Mitsubishi Pajero 'Cash'
    Atuk Bawa Duit Isi Dalam Guni, Beli Mitsubishi Pajero 'Cash'
  • Nama Jalan Persiaran Institut Ditukar Kepada Persiaran Tun Arshad Ayub
    Nama Jalan Persiaran Institut Ditukar Kepada Persiaran Tun Arshad Ayub
  • Hon Suruh Rider Jalan, Pelakon Dakwa Kena Kejar Siap Ditunjuk Jari Tengah
    Hon Suruh Rider Jalan, Pelakon Dakwa Kena Kejar Siap Ditunjuk Jari Tengah

PANDU UJI

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my