Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»#Spyshot: Supermoped Modenas Dikesan Lagi, Apa Pula Cerita Kali Ini?
Auto Terkini

#Spyshot: Supermoped Modenas Dikesan Lagi, Apa Pula Cerita Kali Ini?

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju21/04/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


APA cerita sebenar supermoped Modenas? Sekejap tenggelam, kemudian timbul. Malah, kelibat kapcai power itu pernah dikesan di Changlun, Kedah, awal tahun ini dan kemudian terus diam.

Terbaharu, pembaca ArenaPermotoran, Mohd Shafuan Mohd Sofar mengirimkan tiga gambar sebuah kapcai misteri sedang diuji di Lenbuhraya Utara Selatan (PLUS) dari arah Alor Setar ke Sungai Petani.

Berdasarkan foto intip itu, memang sah itu supermoped Modenas jika melihat pada rekabentuk depan, lampu dan fairing sisi. Paling ketara sudah tentu kelibat frem trellis kemerahan (lihat gambar atas) yang menjadi identiti unik model berkenaan.

moped 175cc Modenas

Malah rim sport lima jejari juga sama seperti gambar tular pada 2017 dulu (foto atas). Jangan tidak tahu, supermoped Modenas memiliki sejarah yang cukup panjang hingga netizen legenda Ahmad Ahmad tetiba hilang!

BACA >>> 25 Tahun Modenas, Ini Tiga Model Terbaik dan Di Manakah Ahmad?

AL-KISAH SUPERMOPED MODENAS

Mari kita cerita sikit pasal supermoped Modenas ini.

Orang atasan DRB-Hicom pernah mengesahkan supermoped Modenas tidak akan dijual kerana pembikinan enjin baharu menelan kos pelaburan tinggi. Khabarnya, proses pembuatan enjin dibikin pasukan jurutera Modenas yang menghabiskan masa tiga tahun di Universiti Graz, Austria.

Namun, ini berbeza dengan maklumat kami peroleh. Apa diberitahu kepada kami, fizikal enjin itu lebih besar berbanding enjin Modenas Jaguh (175cc), dan bukan dihasilkan ‘pihak tertentu’ seperti diuar-uarkan.

SIAPA ROTAX?

Anda pernah dengar nama syarikat pengeluar enjin Rotax dari Austria? Sumber dalaman mendakwa enjin itu adalah binaan pihak Rotax melalui ‘pihak tengah’. Katanya, pihak yang sepatutnya membina enjin itu bukan pembuat enjin sebenar, tetapi institusi pendidikan (universiti). Bukankah lebih mudah jika deal terus dengan pengeluar enjin tersebut?

Inilah yang mengejutkan kerana enjin supermoped Modenas itu sebenarnya dibina daripada sifar tanpa ada sebarang platform asas atau meminjam rekabentuk mana-mana enjin lain dalam pasaran. Ini bermakna setiap komponen kecil dihasilkan sendiri, dan belum dikira lagi kerja-kerja semakan semula untuk penambahbaikan.

Strategi ‘luar biasa’ dan wang dilaburkan bukan sedikit. Persoalannya, kenapa Modenas tidak beli saja enjin daripada pengeluar lain dan diubah suai untuk keperluan pasaran Malaysia?

Moped Modenas
Harga Moped Modenas
Moped Modenas

Jika benar Modenas sudah buat keputusan untuk menyertai liga supermoped tempatan, memang banyak modal diperlukan untuk memperbaharui prototaip kapcai tersebut supaya relevan dengan trend pembeli sekarang.

Ingat, kapcai itu mungkin sudah lapuk dan ketinggalan dalam banyak aspek membabitkan teknologi dan ciri moden yang disukai pembeli. Isu lain pula ialah harga. Sebagai jenama tempatan yang terkenal dengan motosikal rakyat, sudah pasti sukar menetapkan harga tinggi seperti pengeluar ternama lain.

Sekadar perkongsian, liga supermoped Malaysia hari ini memang cukup sengit dengan kehadiran banyak model saling bersaing seperti Yamaha Y16ZR, Honda RS150R, Benelli R18i serta SYM VF3i Pro.

Atau mungkinkah supermoped Modenas itu akan ditukar menjadi model Kriss dengan trenkuasa berbeza? Kebetulan pula tahun ini ialah ulang tahun Kriss yang ke-25. 🤔

BACA >>> CEO Modenas: Supermoped Masih Ada, Cuma Tak Lancar Tahun Depan
BACA >>> CEO Modenas: ZX-25R CKD Belum Muktamad, Supermoped Kena Tunggu 2-3 Tahun!
BACA >>> Apakah Ini Foto Moped Modenas? Bakal Dilancarkan Awal Tahun Depan?

Foto Intip Kapcai Modenas Modenas 175cc roda2 Spyshot Supermoped Supermoped Modenas
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Roda4

    Taycan Turbo GT dengan Kit Manthey Cipta Rekod Baharu di Nürburgring!

    07/05/2026
    Roda2

    Aveta Rasmi Bawa Peugeot Motocycles Ke Malaysia – Sasar Segmen Premium Urban

    07/05/2026
    Roda4

    Audi Q5 2025 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM352,990

    06/05/2026
    Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
    Auto Terkini

    B15 Biodiesel Bermula Jun, Langkah Turunkan Kos Diesel Negara

    05/05/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    MyJPJ Guna MyDigital ID Sepenuhnya Bermula 1 Mei 2026

    By Shazwan Hisam30/04/2026
    Roda4

    MG Motor Malaysia Rai Ulang Tahun ke-2, Lancar Model CKD Pertama – MGS5 EV, Harga RM116,900

    By Han Othman06/05/2026
    Roda4

    Jetour T1 Kini Dibuka untuk Tempahan, Dua Varian Tersedia, Harga Mula RM143,800!

    By Syafie30/04/2026
    Roda2

    EZI RAY 01 Lancar Di Malaysia – Harga Serendah RM2,288 Dengan Rebat Mforce.Cas

    By Shazwan Hisam30/04/2026
    EON & Sahabat Autofest 2026
    Auto Terkini

    EON & Sahabat Autofest 2026: Festival Automotif Terbesar Kembali dengan Tawaran Hebat, Hadiah Proton e.MAS 7!

    By Han Othman05/05/2026
    EON & Sahabat Autofest 2026
    Auto Terkini

    EON & Sahabat Autofest 2026 Kembali 8 – 10 Mei Ini dengan Hadiah Proton e.MAS 7!

    By Han Othman05/05/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    IONIQ 5 N, IONIQ 6 N Buka Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM450k, RM460k

    By Syafie06/05/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.