• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Apakah Ini Foto Moped Modenas? Bakal Dilancarkan Awal Tahun Depan?

Apakah Ini Foto Moped Modenas? Bakal Dilancarkan Awal Tahun Depan?

August 15, 2017 By Abang GYL 4 Comments

10.6k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Moped ModenasINILAH masa yang dinanti-nanti. Rakan media kami, Mekanika Malaysia hari ini menyiarkan foto yang dikatakan sebagai model supermoped Modenas. Secara tidak langsung, inilah satu-satunya foto moped Modenas paling jelas yang dapat kita lihat. Seperti artikel kami sebelum ini, projek pembangunan moped Modenas masih lagi diteruskan.

Lebih menarik, model moped Modenas berkenaan bukan lagi dipadankan dengan enjin 150cc, sebaliknya bakal dijana jantung bersesaran 175cc. Ya, moped Modenas akan didatangkan dengan enjin 175cc tidak lama lagi. Menurut sumber kami, model moped Modenas berkenaan bakal diperkenalkan seawal tahun hadapan.

moped 175cc ModenasBeberapa foto sebelum ini yang dikhabarkan sebagai moped Modenas sedang dalam ujian juga sudah tersebar di laman sosial. Jadi, itu menandakan Modenas kini dalam fasa terakhir sebelum memasarkan model ini ke pasaran tempatan.

Setelah sekian lama menanti, kami rasa ini ialah berita baik buat semua peminat dua roda yang sememangnya ternanti-nanti kehadiran moped Modenas.

Proses pembuatan enjin moped itu dibikin khas pasukan jurutera Modenas sendiri, seramai sembilan jurutera Modenas yang 'berkampung' hampir 3 tahun di Universiti Graz, Austria untuk memastikan pembikinan enjin berjalan lancar.

BACA >>> Yamaha Y15ZR Atau Honda RS150R? Kami Ada Jawapannya…

Moped Modenas
Harga Moped Modenas

HARGA

Apa yang pasti, kehadiran moped Modenas bakal memberi saingan buat Yamaha Y15ZR, Honda RS150R dan Benelli RFS 150i. Jika Yamaha Y15ZR dan Honda RS150R dijual pada harga sekitar RM9,000, berapa pula harga perlu diletakkan Modenas?

Berdasarkan pemerhatian, kami menjangka model moped Modenas dijual sekitar RM8,000 hingga RM9,000. Walaupun Modenas ialah pengeluar pertama menyuarakan hasrat mahu menghasilkan model super moped, tetapi mereka pula yang terakhir memperkenalkannya. Apapun, kami yakin penambahbaikan daripada 150cc kepada 175cc adalah satu keputusan bijak.

Persoalannya, mampukah moped Modenas 175cc memikat hati anda? Bolehkah bersaing dengan pesaing lain seperti Yamaha Y15ZR, Honda RS150R ataupun Benelli RFS 150i (walaupun masih belum ada atas jalan)? 😛

Sama-sama kita nantikan. Nantikan perkembangan terkini daripada PanduLaju.com.my.

BACA >>> Lepas 2 Minggu Bawa Modenas Pulsar RS200, Inilah Pengalaman Saya Dapat!!!

KREDIT FOTO: Mekanika Malaysia

10.6k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: harga moped modenas, modenas 150cc, moped modenas, moped modenas 150cc, moped modenas 175cc, moped modenas malaysia, motor modenas 150cc

Comments

  1. Lokmanamirul says

    August 25, 2017 at 2:29 AM

    Cantik juga moto ni...boleh angkat satu..hahha.

    Reply
  2. Awanglokan says

    August 28, 2017 at 3:29 PM

    Aku ing nok beli modenas moped pendekar r180cc ntah bila kuar mungkn kot moped tu guna enjin 150 retro

    Reply
  3. Share2u says

    November 17, 2018 at 7:56 PM

    Modenas letak engine 200cc la... ambil engine DTS-i bajaj... hehehe...

    Reply
  4. Lawrence says

    February 29, 2020 at 12:19 PM

    Pereka bentuk cover moto modenas perlu di tukar, hampir semua cover moto modenas rekaan dorang tidak tahan gegaran, main reka nampak aerodinamik saja, kebanyakannya tak sampai 2 tahun cover akan longgar, retak atau pecah terus walaupun tak pernah accident. Nak servis carburator pun kena buka hampir semua cover.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

PanduLaju.com.my

Pilihan Ramai

  • Ducati Malaysia Lancar Multistrada V4 S (2021), Harga RM146k!
    Ducati Malaysia Lancar Multistrada V4 S (2021), Harga RM146k!

PANDU UJI

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my