• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Aveta Malaysia Lancar Supermoped SVR 180 (2022), Harga RM9.9k!

Aveta Malaysia Lancar Supermoped SVR 180 (2022), Harga RM9.9k!

July 25, 2022 By Shawkath 1 Comment

873
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEBELUM ini, kami melaporkan rancangan Aveta Malaysia memperkenalkan model supermoped ke pasaran Malaysia sekitar September tahun lalu.

Bagaimanapun, selepas beberapa bulan tertangguh, supermoped itu Aveta SVR 180 (2022) akhirnya dilancarkan pagi tadi pada harga asas serendah RM9,988 tanpa insurans.

Model supermoped itu adalah jelmaan kepada model Rato dari China. Anda boleh baca laporan sebelum ini menerusi pautan di bawah ini:

Aveta Bakal Lancar Supermoped 180cc?
Rato SVR180 (2021) yang Macam Honda Winner, Exciter 155

Berikut perincian Aveta SVR 180 (2022):

WARNA

  • Ada tiga pilihan warna baharu diperkenalkan: merah, biru dan sian (cyan). Warna hitam dikhabarkan akan ditawarkan pada masa akan datang.
  • Warna hitam hijau ala Kawasaki tidak diperkenalkan kerana tona hijau itu bukan seperti dilihat. Malah  dijangka tidak menerima sambutan baik daripada pasaran tempatan.

BACA >>> Dapat Kepakaran Kawasaki, Supermoped Modenas Baharu Tiga Tahun Lagi?

SPESIFIKASI

  • Trenkuasa 4-lejang silinder tunggal 175cc DOHC penyejukan cecair dengan sistem suntikan bahan api elektronik (EFI) berkuasa 16.8hp @ 8,500rpm dan tork 15.5Nm @ 8,500rpm.
  • Sistem transmisi klac manual 6-kelajuan.
  • Tiada ciri premium dibekalkan seperti klac antigelincir Assist & Slipper (A&S) atau QuickShifter.
  • Dimensi panjang 1,940mm, lebar 690mm, tinggi 1,055m dengan jarak roda 1,288mm.
  • Kapasiti tangki minyak 6.6 liter. Berat bersih 125kg.
  • Sistem lampu LED penuh untuk lampu utama kembar dan lampu siang (DRL) pada fairing kepala. Lampu signal belok capang jenis mentol di depan, manakala belakang menggunakan LED. Lampu brek kekal mentol.
  • Panel meter digital penuh berwarna latar hitam dengan paparan spidometer, takometer, trip perjalanan, bar petrol, indikator gear, suhu enjin dan beberapa maklumat lampu amaran.
  • Sistem fork konvensional di depan, dan monoshock di belakang.
  • Sistem brek cakera tunggal pada kedua-dua roda tanpa ciri Sistem Brek Anti-Kunci (ABS). Aveta mendakwa ciri itu menyebabkan kenaikan kos melebihi sasaran harga jualan.
  • Rim aloi 17 inci dengan tayar 90/80 (depan) dan 120/70 (belakang).
  • Ada soket USB untuk pengecasan pantas peranti pintar.
  • Waranti pengilang 20,000km atau dua tahun (mana satu tiba dulu).

BACA >>> Rato SVR180 Semakin Berkuasa, Pencabar Yamaha Y16ZR, Honda RS150R, Benelli R18i?
BACA >>> Ottimo Kongsi Video Projek Motosikal Misteri, Supermoped 175cc?
BACA >>> Aveta Global Bakal Lancar Kapcai V13R, Pencabar Yamaha 135LC?
BACA >>> Aveta VS110 (2021): Lagi Skuter Bajet Dilancarkan Syarikat Tempatan, RM3.5k Sahaja
BACA >>> Kapcai Bajet Aveta Ranger 110 Bakal Lancar Bulan Depan, Harga RM3.5k Sahaja!
BACA >>> Motosikal Buatan Malaysia di Pasaran! Aveta Lancar DY90, RX110 Serendah RM2.8k

Artikel Berkaitan

873
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Auto Terkini, Aveta Malaysia, Aveta SVR 180 (2022), Motosikal 175cc, roda2, Supermoped Aveta

Comments

  1. MohdNazerizal says

    September 19, 2022 at 2:02 AM

    Kalau tread in moto boleh tak

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • HLYM Perkenal 4 Warna Baharu Yamaha NVX 155 (2022), Harga Asas Naik!
    HLYM Perkenal 4 Warna Baharu Yamaha NVX 155 (2022), Harga Asas Naik!

PANDU UJI

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Perodua Ativa Hybrid? Macam Boleh On Je, Tapi...

SAYA berkesempatan memandu uji Perodua Ativa Hybrid yang hanya ada 300 … [Baca Lagi...]

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my