• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Rato SVR180 (2021) yang Macam Honda Winner, Exciter 155

Rato SVR180 (2021) yang Macam Honda Winner, Exciter 155

February 1, 2021 By Aryon Leave a Comment

1.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


LAGI motosikal klon dari China dan kali ini ialah model kapcai yang menggabungkan dua model supermoped popular, Honda Winner X dan Yamaha Exciter 155.

Daripada sekian banyak jenama motosikal dunia, Honda paling kerap menjadi mangsa klon membabitkan banyak model popular seperti Cub, Dream, Wave, Vario dan ADV 150

Terbaharu, sebuah pengeluar dari Negara Tembok Besar itu, Rato memperkenalkan kapcai SVR180 (2021) yang banyak meminjam rekabentuk Winner X. Berpangkalan di Chongqing, Rato ialah syarikat baharu yang memiliki kepakaran dalam bidang pembuatan enjin, motosikal, kecerdasan buatan (AI) dan perkakasan mekanikal.

BACA >>> Lifan LF150-T - Skuter Advencer dari China yang Dikatakan Meniru Honda ADV 150
BACA >>> Dayang ADV 150 (2021) - Lagi Klon Honda ADV 150 Muncul di China

Berikut beberapan fakta mengenai Rato SVR180 (2021):

  • Walaupun menggunakan angka 180 pada nama produk, tetapi kapasiti enjin cuma 150cc.
  • Dijana enjin silinder tunggal 149.2cc berkuasa 15.4hp dan tork 12.8Nm @ 9,000 rpm, dengan transmisi klac manual 6-kelajuan, manakala kelajuan maksimum 104kmj.
  • Sebagai perbandingan, prestasi dihasilkan hampir setanding Winner X (15.4hp, 13.5Nm).
  • Menampilkan rekabentuk sporty dan agresif yang sama seperti Winner X. Paling mudah dicam ialah material plastik pada fender, dan kowl enjin yang membezakan model itu dengan Winner X.
  • Memiliki dimensi panjang 1,940mm, lebar 700mm dan tinggi 1,095mm, manakala jarak roda 1,288mm. Tinggi pelana ialah 790mm, dan berat 150kg. Berbanding Winner X, kapcai China ini sedikit lebih tinggi, dan memiliki jarak roda lebih panjang.
  • Lain, model ni juga mengguanakan elemen Exciter 155 yang baru saja dilancarkan di Vietnam seperti bentuk bahagian belakang, pelana bertingkat dan fender belakang.
  • Ciri lain ialah kluster instrumen digital berwarna, sistem lampu LED penuh, fork teleskopik depan, dan brek cakera untuk roda depan dan belakang.
rato-svr180-china-2
rato-svr180-china-1
rato-svr180-china-5
rato-svr180-china-6
rato-svr180-china-3
rato-svr180-china-4
rato-svr180-china-7
rato-svr180-china-8

Artikel Berkaitan

1.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Honda Winner X, Kapcai, Rato, Rato SVR180 (2021), roda2, Supermoped, Yamaha Exciter 155

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • TVS Raider 125 Racing Special Edition (2023) Lancar Di Colombia, Harga RM8.5k!
    TVS Raider 125 Racing Special Edition (2023) Lancar Di Colombia, Harga RM8.5k!
  • Menteri: Rakyat Boleh Mohon Terus Peruntukan Baiki Longkang Sumbat, Jalan Lubang Tak Lama Lagi!
    Menteri: Rakyat Boleh Mohon Terus Peruntukan Baiki Longkang Sumbat, Jalan Lubang Tak Lama Lagi!
  • Video Atuk Saga Potong Garis Kembar Nyaris Langgar Attrage
    Video Atuk Saga Potong Garis Kembar Nyaris Langgar Attrage
  • BMW XM Label Red (2023) Lancar di Malaysia dengan Ansuran Bulanan RM18.7k!
    BMW XM Label Red (2023) Lancar di Malaysia dengan Ansuran Bulanan RM18.7k!

PANDU UJI

#PanduUji: BMW 330i M Sport (2023) untuk yang Mahukan Fiil Memandu Sebenar!

BMW 330i M Sport (2023) facelift dilancarkan di pasaran Malaysia pada … [Baca Lagi...]

#TunggangUji [dari Turkiye]: Pakej CFMoto 450SR (2023) Mampu Hapus Stereotaip Negatif

MENUNGGANG atas permukaan trek basah dan air bertakung serta dalam … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my