Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»#MAS2025: Prototaip Akhir Perodua eMO-III Ditayang, Jarak Pandu 410km, Guna Sistem Sewa Bateri
Roda4

#MAS2025: Prototaip Akhir Perodua eMO-III Ditayang, Jarak Pandu 410km, Guna Sistem Sewa Bateri

Han OthmanBy Han Othman09/05/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PERODUA sekali lagi mencuri tumpuan di pentas utama Malaysia Autoshow (MAS) 2025 apabila memperkenalkan model konsep terkini, Perodua eMO-III, versi ketiga dalam siri Electric Motion Online selepas eMO-II yang muncul di Pameran Mobiliti Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2024, hujung tahun lalu.

Kini tampil sebagai final prototaip, model ini menjadi pentas ‘latihan akhir’ sebelum versi pengeluaran pertama kenderaan elektrik (EV) Perodua dilancarkan secara rasmi pada suku keempat 2025.

Dari Hatchback ke SUV Segmen-B Gaya Sporty

Berbanding eMO-II yang berbentuk hatchback 5-pintu, versi eMO-III kali ini tampil dengan rekabentuk lebih lasak ala crossover. Garis bumbung landai dan ketinggian badan ditambah memberikan imej lebih garang yang mengingatkan kita kepada Toyota C-HR. Perodua mendakwa rekabentuk tersebut bertujuan mencipta siluet sporty dengan karakter sisi menyerlah dan jarak tinggi bumi untuk gaya crossover sebenar.

Menariknya, prototaip ini dipasang rim 18 inci, yang juga terbesar pernah digunakan Perodua, termasuk menampilkan beberapa elemen premium seperti hendal pintu tersembunyi, bar LED penuh di depan dan belakang serta kemasan luaran ala Vantablack yang futuristik.

Saiz Lebih Besar, Teknologi Lebih Canggih

Walaupun tiada dimensi rasmi, Ketuan Pegawai Eksekutif (CEO) Perodua, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad mengklasifikasikan eMO-III sebagai small-B walaupun memiliki saiz lebih besar daripada Perodua Myvi, termasuk mendahului pesaing EV bajet seperti Geely Xingyuan (bakal dikenali sebagai Proton e.MAS 5) dan Wuling Bingo.

Model itu bakal berada dalam segmen bawah RM100,000 dengan strategi harga agresif bagi pasaran EV tempatan.

Menariknya, prototaip kali ini juga menampilkan kemasan dalaman menghampiri versi pengeluaran. Antara sorotan utama ialah papan pemuka digital penuh, konsol tengah tinggi, pemilih gear jenis rotari, cermin pandang belakang digital, kamera 360º, dan sistem infotainmen dengan konektiviti Apple CarPlay dan Android Auto.

Malah, suis fizikal untuk kawalan penyaman udara turut dikekalkan yang pasti dihargai pengguna.

Penyewaan Bateri dan Jaminan Nilai Jual Semula

Perodua juga mengesahkan model eMO akan menggunakan sistem Battery-as-a-Service (BaaS), yang mana pengguna akan menyewa bateri berbanding memilikinya.

Ini menurunkan kos pembelian awal dengan bateri jenis litium-besi-fosfat (LFP) dibekalkan pengeluar bateri EV terkenal, CATL.

EV ini dikatakan mampu mencapai jarak pemanduan sekitar 400–410km, manakala pecutan 0-100kmj antara 6-7 saat, dan kelajuan maksimum 165kmj.

Perodua juga sedang meneliti skim ‘guaranteed future value’ untuk memastikan nilai jualan semula EV tersebut tidak menjunam yang sering menjadi kerisauan pembeli EV. Pengguna juga boleh memilih untuk membeli bateri sepenuhnya, yang akan disertakan waranti lapan tahun.

Pelancaran Rasmi Suku Keempat, Dibangunkan 100% Perodua

Prapengeluaran bakal bermula September 2025, dengan pengeluaran awal sekitar 500 unit sebulan dari kilang BEV baharu Perodua di Sungai Choh. Ini juga kali pertama Perodua akan menggunakan keluli tekanan tinggi (hot press-formed steel) dalam pembinaan kereta.

Tambahan penting, platform itu adalah milik Perodua sepenuhnya, tanpa kerjasama Daihatsu.

Kesimpulan

Dengan rekabentuk moden, pendekatan sewa bateri, ciri premium dan harga dijangka bawah RM100,000, Perodua eMO EV dijangka mengubah lanskap EV mampu milik di Malaysia.

Persoalannya, adakah rakyat Malaysia bersedia menerima konsep sewa bateri dan berpindah ke era mobiliti elektrik sepenuhnya?

Apakah pandangan anda mengenai Perodua eMO EV? Adakah ini EV bajet yang dinantikan ramai?

Auto Terkini EV Kenderaan Elektrik (EV) Malaysia Autoshow 2025 (MAS 2025) MAS 2025 Perodua eMO EV Perodua EMO-II Perodua eMO-III Perodua EV Prototaip Perodua EV
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

#BikinAuto: Urban Widetrack Avontur Diubah Dari SUV Jadi Pikap, Defender OCTA Tampil Bergaya dan Mewah

15/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

15/07/2026
Denza Z9 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Denza Z 2027 Diperkenal di Eropah, 0 – 100kmj Sepantas 1.96 Saat!

13/07/2026
Anthony Loke Siew Fook arah JPJ saman petugas kempen PRN Johor tidak pakai helmet
Auto Terkini

Anthony Loke Arah JPJ Saman Petugas PH, Termasuk DAP Tak Pakai Helmet di PRN Johor

10/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
Roda2

Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

By Shazwan Hisam07/07/2026
ZXMoto 820RR-R 2027
Roda2

ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

By Shazwan Hisam08/07/2026
Konsep kapal boleh terapung atas air
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

By Shazwan Hisam09/07/2026
Nissan Tekton 2027
Roda4

SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

By Abang Hirata10/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

By Abang Hirata06/07/2026
Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027 – EV Prestasi 680hp, Jarak Pandu Lebih 670km

By Abang Hirata10/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.