Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Proton Terus Mengganas, Jualan Terus Meningkat – Saga, Persona Kekal Model Terlaris!
Auto Terkini

Proton Terus Mengganas, Jualan Terus Meningkat – Saga, Persona Kekal Model Terlaris!

Abang GYLBy Abang GYL05/12/2017
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

pandu uji proton persona 2016
PROTON terus mengorak langkah agresif apabila mencatatkan peningkatan jualan. Sehingga November 2017, Proton merekodkan jualan sebanyak 66,190 unit kenderaan, naik dua peratus (65,069) berbanding tempoh sama, tahun lalu.

Model Saga dan Persona terus menjadi hero apabila menjadi model Proton paling laris dengan masing-masing mencatatkan jualan tertinggi, 28,368 unit (Saga) dan 18,113 (Persona).

Naib Presiden Jualan dan Pemasaran Proton, Abdul Rashid Musa berkata, kenaikan angka jualan adalah perjalanan mencabar dalam tempoh lima tahun dan menganggap ia sebagai pencapaian positif buat Proton.

“Kami akan terus bekerja lebih keras pada masa akan datang, dan pelanggan dialu-alukan merebut pelbagai promosi menarik yang sedang dijalankan sekarang,” katanya.

BACA >>> Inilah Sebab Kenapa Saya Pilih Proton Persona Premium – Najmie Adib Kongsi Pengalamannya…

pandu uji proton saga 2016

PROMOSI SEPANJANG DISEMBER 2017

Sepanjang Disember 2017, Proton menawarkan Promosi Bonanza Akhir Tahun dengan menawarkan rebat tunai hingga RM8,000 atau servis percuma selama lima tahun bagi setiap pembelian model Proton terpilih. Menerusi promosi itu, pelanggan yang membeli mana-mana kenderaan Proton ditawarkan dua pilihan, sama ada mahukan rebat tunai atau servis percuma selama lima tahun.

BACA >>> #PanduUji: Kenapa Anda Perlu Beli Proton Saga 2016? Inilah Jawapannya…

BETUL KE SERVIS TAK PAYAH BAYAR APA-APA?

Ya, Proton akan berikan anda servis percuma selama lima tahun atau 100,000km (mana tiba dahulu) untuk semua model jenama di atas. Ini bermakna, anda tidak perlu bayar sesen pun ketika menghantar kenderaan untuk disenggara, termasuk kos alat ganti, minyak pelincir dan upah. Semua percuma!

Malah, semua model Proton berkenaan diberikan waranti lima tahun atau 150,000km (mana tiba dahulu).

Untuk maklumat lanjut, pelanggan boleh menghubungi talian khidmat pelanggan Proton di 1800-888-398 atau e-mel di customercare@proton.com. Anda juga boleh layari Proton.com atau Facebook rasmi Proton. Anda juga boleh memuat turun aplikasi rasmi mudah alih MyProton, yang boleh didapati melalui Google Play dan Apple App Store secara percuma.

Abdul Rashid Musa angka jualan proton jualan proton naik persona terlaris promosi disember 2017 proton promosi disember proton Promosi Proton Proton Persona Proton Saga saga terlaris servis percuma proton
Abang GYL

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    24/07/2026
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    24/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    24/07/2026
    Aksesori

    #TahukahAnda: Rahsia Di Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan – Apa Maksud Merah, Kuning, Emas dan Perak?

    23/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.