Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Inilah Sebab Kenapa Saya Pilih Proton Persona Premium – Najmie Adib Kongsi Pengalamannya…
Auto Terkini

Inilah Sebab Kenapa Saya Pilih Proton Persona Premium – Najmie Adib Kongsi Pengalamannya…

Abang GYLBy Abang GYL31/07/20175 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Proton Persona Premium Najmie Adib“SUDAH lama sebenarnya saya nak beli Proton Persona. Desain pun cantik dan paling penting ada 5-bintang ASEAN NCAP.

“Tanpa fikir lama, saya ambil keputusan untuk jadikan Proton Persona Premium ini sebagai teman hidup. Mana boleh tahan abang, desain cantik dan kereta pun sedap. Jenama lain mana nak dapat harga macam ni,” demikian kata Najmie Adib Azman.

Lebih menarik, Najmie Adib, 30, turut dipilih salah seorang pemenang mingguan peraduan Proton Experience The Drive yang berjaya membawa pulang kad minyak bernilai RM500.

BACA >>> 6 Sebab Kenapa Anda Patut Jatuh Cinta Kepada Proton Persona

Menurut Najmie Adib, dia tidak menyangka apabila terpilih sebagai pemenang mingguan dalam peraduan Proton Experience The Drive.

“Semasa berkunjung ke bilik pameran Proton di Juru, Pulau Pinang, niat saya hanya mahu memandu uji Proton Persona dan buat tempahan. Selepas memandu uji, jurujual di sana minta saya isi borang dan slogan.

“Saya ingatkan sekadar suka-suka hinggalah baru-baru ini pihak pengurusan Proton telefon dan memaklumkan saya dipilih sebagai pemenang mingguan peraduan Proton Experience The Drive.

“Kereta pun sedap, siap dapat minyak free lagi. Mana nak dapat macam ni? Terima kasih Proton,” tambah Najmie Adib.

Semasa menghubungi Najmie Adib menerusi telefon baru-baru ini, kami sempat bertanyakan beberapa soalan mengenai pengalamannya sebagai pemilik Proton Persona. Berikut ialah komen Najmie Adib selepas lebih sebulan memiliki Proton Persona Premium.

peraduan Proton Experience The DriveKENAPA PILIH PROTON PERSONA?

“Sejak mula keluar, saya memang sudah suka desain Persona. Bonet pula luas dan sesuai untuk saya yang sudah berumah tangga. Tapi paling penting, saya tertarik dengan ciri-ciri keselamatan yang ada pada Persona.

“Dengan enam beg udara, Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC), HPF dan banyak lagi, memang tak ada kereta lain yang boleh dapat harga di bawah RM60,000.

“Biarlah apa orang nak kata pasal Proton, saya tetap pilih sebab kereta Proton sekarang sudah semakin maju. Produk Proton juga semakin selamat.

BACA >>> Proton Persona Hatchback Versi Ajerul Antoine Memang Memberahikan!!!

pandu uji proton persona 2016PRESTASI PULA BAGAIMANA?

Dari segi prestasi, saya tak ada masalah. Enjin 1.6L memang sedap dibawa. Paling penting, enjin lancar dan tak mengaum ketika kita tekan kuat. Ruang kabin pula senyap walaupun dipandu laju.

pandu uji proton persona 2016
pandu uji proton persona 2016
pandu uji proton persona 2016
pandu uji proton persona 2016

APA PANDANGAN PASAL PROTON VALUE 5?

Sejujurnya saya merasakan semua peminat atau pembeli Proton sangat ternanti-nanti dengan promosi Proton Value 5. Paling penting, Proton siap bagi waranti dan servis selama lima tahun.

Maknanya, saya tak perlu bayar sesen pun masa servis kereta. Bayangkan dalam lima tahun ini, saya tak perlu bayar apa-apa. Kalau dikirakan, banyak dah saya jimat.

Saya harap Proton akan dapat teruskan bagi servis percuma dekat semua pembeli kereta Proton. Paling penting, pastikan khidmat selepas jualan berada pada tahap terbaik.

GALERI

peraduan Proton Experience The Drive
Proton Persona Premium Najmie Adib
Proton Persona Premium Najmie Adib
peraduan Proton Experience The Drive
Proton Persona Premium Najmie Adib
harga Proton Persona inilah sebab kenapa saya pilih proton persona Najmie Adib Azman Pengalaman beli kereta Proton persona proton experience the drive proton persona premium
Abang GYL

    Artikel Berkaitan

    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    24/07/2026
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    24/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    24/07/2026

    5 Comments

    1. Amran on 31/07/2017 16:16

      Itu je?

      Reply
    2. Fahmi on 01/08/2017 09:02

      Kalu masuk dgn skirt. . . Lg cun ooooo. . Betul ckp. . .

      Reply
    3. Lyana on 13/02/2018 17:28

      Mana nak sama barang free dengan yang terpaksa bayar bulan-bulan. Kalau bayar bulan-bulan dan ada masalah, baru tau ke laut jawabnya menyumpah seranah. Tapi, beli kereta ni kadang bergantung nasib kot?

      Kalau ok…ok la dia. Dapat yang tak ok spoil semua tambahan pula bagi yang jenis asal boleh start terus jalan dan tak pandai jaga kereta.

      Saya tengah tunggu komplikasi kepada kereta yang jenis tak guna kunci bila start suis ni. Nak tengok berapa lama boleh pakai starter dia.. Boleh tahan sampai 5 tahun atau 10 tahun? Tambahan cuaca di Malaysia ini. Panas, kemudian hujan tetiba. Tengok je la. Ada kereta yang jimat minyak boleh mati enjin sendiri bila tekan brek. ini pun saya nak tengok apa jadi kalau pengguna di Malaysia yang memilikinya.

      Kalau ok.. baru saya nak beli..hahahaha

      Reply
    4. Noname on 28/01/2019 11:43

      Mohon pandangan tuan….adakah normal stereng menjadi berat selepas suspension depan dan insulator ditukar ?

      2. Alternatif atau saranan pada pihak SC untuk selesaikan isu bunyi tikus yg mungkin dari HUD, panel meter,
      corong a/cond & door trim penumpang kiri depan.
      3. Penyelesaian Dashboard bergegar.

      terima kasih.

      Reply
      • ABG GYL on 28/01/2019 13:29

        Untuk isu gegar atau bunyi tikus, pihak SC sudah ada SOP cara penyelesaian

        Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.