Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Proton Saga (2021) Kini di Pakistan! Siap Versi R3, Cuma Jual 100 Unit Sahaja
Auto Terkini

Proton Saga (2021) Kini di Pakistan! Siap Versi R3, Cuma Jual 100 Unit Sahaja

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju05/04/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PENGEDAR dan pemasang Proton di Pakistan, Al-Haj Automotive melancarkan Saga (2021) dengan lima varian pilihan terdiri daripada Standard MT, Saga AT, Saga Ace dan R3 pada harga bermula 1,975,000 rupee (RM53,690) hingga 2,425,000 rupee (RM65,925).

Saga ialah model kedua diperkenalkan di Pakistan selepas pelancaran kenderaan utiliti sukan (SUV) segmen-C, X70 pada Disember 2020. Setiap pembelian ditawarkan jaminan selama 5 tahun atau jarak perbatuan 150,000km (mana satu tiba dulu).

Berikut perincian Saga (2021) di Pakistan:

  • Berikut varian dan harga Saga (2021) yang ditawarkan Proton Pakistan:
    • Saga MT – 1,975,000 rupee (RM53,690)
    • Saga AT – 2,125,000 rupee (RM57,770)
    • Saga Ace – 2,225,000 rupee (RM60,490)
    • Saga R3 MT –  2,175,000 rupee (RM59,130)
    • Saga R3 AT – 2,425,000 rupee (RM65,925)
  • Dijana trenkuasa S4PE sesaran 1,299cc berkuasa 93.7hp dan tork 120Nm dengan pilihan transmisi manual 5-kelajuan dan automatik 4-kelajuan berserta ciri Eco Drive.
  • Pilihan warna disediakan ialah Armour Silver (perak), Ruby Red (merah), Rosewood Maroon (merah gelap), Jet Grey (kelabu), Snow White (putih) dan Quartz Black (hitam).
  • Perbezaan kapasiti enjin 33cc berbanding Saga di Malaysia (1,332cc) membolehkan sedan segman-A ini dijual pada harga lebih murah selain menikmati potongan cukai lebih tinggi di Pakistan.

Saga AT dan MT
  • Model paling asas ialah Saga MT dengan kotak gear 5-kelajuan, manakala Saga AT dilengkapi transmisi automatik. Kedua-dua varian dilengkapi teknologi Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dengan Agihan Brek Elektronik (EBD) dan Bantuan Brek (BA).
  • Saga MT dan AT menggunakan rim besi 14 inci dengan penutup plastik. Juga disertakan sensor undur pada bampar belakang dan lampu signal belok yang sepadukan bersama cermin sisi elektrik boleh lipat.
  • Ciri lain ialah stereng kuasa, tingkap kuasa dan dua beg udara untuk pemandu dan penumpang depan.
Saga Ace
  • Varian Saga tertinggi di Paksitan, tetapi ditawarkan dengan transmisi automatik. Berkongsi banyak ciri seperti Saga Premium di pasaran Malaysia.
  • Didatangkan dengan lampu siang (DRL) LED pada bampar depan, spoiler kecil pada but, rim aloi 15 inci, stereng dengan butang kawalan, unit infotainmen skrin sentuh 7 inci, kamera undur dan akses sambungan telefon pintar.
  • Saga Ace juga dilengkapi dua beg udara, sistem brek ABS dan EBD serta tambahan fungsi keselamatan Kawalan Traksi (TC) dan Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC).
Saga R3
  • Proton menawarkan varian Saga R3 dengan enjin kapasiti lebih besar berbanding AT dan MT iaitu 1,332 cc dalam dua pilihan transmisi, manual dan automatik. Rim digunakan jenis aloi 15 inci.
  • Ada kit badan R3 seperti lip bampar depan dan skirt sisi kuning. Selain itu, aksen kuning turut dikenakan pada beberapa luaran kereta seperti perumah cermin sisi, panel gril depan dan bawah bampar belakang.

  • Saga R3 turut didatangkan bersama visor pintu, lencana R3 dan strip dengan angka 82 pada sisi kereta. Upholsteri varian ini menggunakan material kulit dengan sulaman benang kuning, termasuk sulaman lencana R3, termasuk mendapat set karpet R3 dan penapis kabin N95. Lencana R3 Limited Edition juga ditampal pada papan pemuka.
  • Hanya 100 unit varian ini ditawarkan di Pakistan.

SUMBER: Proton Pakistan

Al Haj Automotive Proton Saga Pakistan Proton Saga R3 (2021) Proton Saga R3 Limited Edition Saga R3 Pakistan
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Youtuber Bangladesh Maut, Pegawai Tentera Pandu Mabuk Di MEX

    24/04/2026
    Auto Terkini

    Hyundai Staria Electric dan Limousine 2026 Lancar di Korea, Dalaman Dengan Kerusi Kapten!

    23/04/2026
    Roda4

    Toyota Yaris Cross Buka Tempahan di Malaysia, Harga Bawah RM100k

    24/04/2026
    Auto Terkini

    BMW 7 Series Sedan 2026 Diperkenal, Badan Kekal Berkotak, Lampu Sinis

    23/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda4

    Toyota Yaris Cross Buka Tempahan di Malaysia, Harga Bawah RM100k

    By Shazwan Hisam24/04/2026
    Honda CBR150R Stealth Edition 2026
    Roda2

    BSH Perkenal Honda CBR150R Stealth Black Edition 2026, Harga RM13,399

    By Shazwan Hisam17/04/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Nissan Sakura 2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    EV Jepun Paling Laris, Nissan Sakura 2026 Diperkenal!

    By Abang Hirata13/04/2026
    Roda2

    Aveta VS115 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM3,488!

    By Syafie14/04/2026
    Helmet YOHE lancar di Malaysia
    Aksesori

    YOHE Rasmi Lancar Empat Model Helmet, Harga Mula RM319!

    By Syafie21/04/2026
    Morbidelli F252 2026
    Roda2

    Morbidelli F252 2026 Pencabar Baharu Naked Bike 250cc, Harga RM14,888

    By Shazwan Hisam20/04/2026
    Jetour T2 RHD
    Auto Terkini

    Jetour T2 Catat Lebih 4,000 Unit Tempahan di Malaysia

    By Syafie17/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.