Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»PROTON Perdana 2016 [SIRI 3]: Harga Lebih Kurang, Honda Civic Lebih Power?
Autotainment

PROTON Perdana 2016 [SIRI 3]: Harga Lebih Kurang, Honda Civic Lebih Power?

Han OthmanBy Han Othman25/06/2016
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

perdana-vs-civic-2016
“PERGHHH, harga lagi mahal daripada Civic baru, baik angkat Civic!” Anda tentu biasa terbaca komen seperti di atas semasa pelancaran PROTON Perdana baharu baru-baru ini. Ayat sama juga pernah kedengaran apabila PROTON melancarkan Preve yang dibandingkan dengan Honda City dan Toyota Vios.

Isunya, model yang dibandingkan itu berada dalam kelas yang berbeza. PROTON Perdana ialah model segmen-D (saiz pertengahan), manakala Honda Civic segmen-C (kompak) yang sebaris dengan PROTON Preve. Sebaliknya Honda City dan Toyota Vios, termasuk PROTON Saga pula dalam segmen-B (subkompak). Tetapi bolehkah kita membandingkan sesebuah kereta secara silang segmen? Kenapa pula tidak boleh sedangkan harganya lebih kurang sama? Kita akan ulas isu berkenaan dalam artikel siri ketiga kali ini.

HONDA CIVIC 2016 VS PROTON PERDANA 2016

perdana-vs-civic-2016-spec
Jadual di atas ialah perbandingan spesifikasi antara Honda Civic 2016 dan PROTON Perdana 2016. Civic 2016 ialah generasi Civic ke-10, iaitu model serba baharu yang tampil dengan rekabentuk dan spesifikasi yang juga serba baharu dan terkini. Sebaliknya, PROTON Perdana ialah model ‘rebadge’ Honda yang menggunakan platform Accord generasi ke-8 (sekarang generasi ke-9) dengan dikenakan beberapa terma dan syarat.

Menilai jadual di atas, jelas spesifikasi Civic lebih superior berbanding Perdana, tetapi itu tidaklah bermakna Perdana terlalu jauh ke belakang. Varian premium Civic 2016 menampilkan enjin turbo 1.5L  dengan kuasa 170hp dan tork 220Nm, manakala Perdana menggunakan enjin aspirasi natural (NA) 2.4L berkuasa 178hp dan tork 222Nm.

Perdana nyata lebih berkuasa, tetapi kuasa dan tork Civic lebih pantas dicapai berdasarkan perbandingan data putaran roda perminit (RPM). Civic kembali menggunakan transmisi pembolehubah berterusan (CVT) dan Perdana kekal dengan transmisi Accord, automatik 5-kelajuan. Anjakan Civic lebih lancar, tetapi apa yang diberikan transmisi konvensional Accord bukanlah ketinggalan. Lihatlah senarai model segmen-D dalam artikel Siri 1, semua model popular masih menggunakan transmisi konvensional kecuali Nissan Teana.

BACA >>> PROTON Perdana 2016 [SIRI 1]: Perbandingan Harga dan Prestasi dengan Model Segmen-D di Malaysia

Honda Civic Baharu
Proton Perdana Baharu

EKSTERIOR VS INTERIOR

Spesifikasi eksterior nyata seimbang. Civic 2016 menampilkan kemasan terkini seperti lampu depan LED berserta lampu siang (DRL), berbanding Perdana, lampu turus intensiti tinggi  (HID) dengan DRL. Lampu mana lebih bagus akan kita ulas dalam artikel lain nanti. Namun, sama ada LED atau HID, kedua-dua jenis lampu berkenaan ialah ciri biasa yang digunakan kebanyakan kenderaan hari ini bagi menyerlahkan imej mewah dan elegan.

Interior kedua-dua model mempunyai sistem infotainment tersendiri dengan paparan skrin Civic bersaiz 7 inci, dan Perdana 6.2 inci. Bezanya, Civic menawarkan 8 pembesar suara berbanding Perdana (6 pembesar suara, termasuk subwufer), dan juga ada punat henti-mula (push-start button) serta masukan tanpa kunci (keyless entry). Tetapi Perdana mempunyai sokongan lumbar pada kerusi elektrik pemandu yang tiada pada Civic.

Begitu juga ciri keselamatan, Civic dibekalkan 6 beg udara, dan Perdana cuma 4 beg udara disebabkan kekangan Honda yang mahu PROTON mengikut spesifikasi asal Accord. Bagaimanapun, Perdana memiliki ciri keselamatan utama lain yang sama seperti Civic seperti Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dengan Agihan Brek Elektronik (EBD) dan Bantuan Brek (BA), Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC) dan pautan kerusi kanak-kanak ISOFIX.

DIMENSI BERBEZA

dimensi-civic-vs-perdana
Jadi, apa perbezaan kedua-duanya? Perbezaan ketara antara Perdana dan Civic ialah dimensi, dan inilah apa yang dikatakan pentingnya membuat perbandingan segmen. Sebagai sedan segmen-D, Perdana nyata mempunyai saiz dimensi yang melebihi Civic sama ada dari segi panjang, lebar, tinggi, berat kerb dan jarak roda. Lihat saja jadual di atas.

Beza dimensi dua model berkenaan menunjukkan Perdana lebih panjang  390mm, lebih lebar 46mm, lebih tinggi 59mm, lebih berat 216kg, dan lebih jarak roda 100mm berbanding Civic. Kenapa dimensi penting dalam segmen?

Tahap dimensi sebenarnya berkait rapat dengan imej mewah sesebuah kereta. Anda mungkin pernah dengar istilah ‘kereta besar’ dalam bahasa seharian kita. Ya, inilah pengetahuan asas mengenai segmen yang secara tidak sedar kita sudah pun mengakuinya. Dalam erti kata lain, semakin ‘besar’ sesebuah kereta, maka semakin tinggi nilai mewah atau ‘classy’  kereta itu.

BACA >>> PROTON Perdana 2016 [SIRI 2]: Eksterior Setara, Interior Ada Limitasi

SEGMEN-C ATAU SEGMEN-D?

Setiap segmen mempunyai sasaran pembeli tersendiri. Segmen-C disasarkan kepada pembeli yang berada dalam status matang dalam kerjaya, berumur antara 35 hingga 45 tahun, manakala segmen-D menumpukan kepada pembeli yang berada pada kemuncak kerjaya, iaitu 45 tahun ke atas.

Segmen-C juga dikhaskan kepada golongan eksekutif peringkat tinggi, sebaliknya segmen-D mengecilkan skop mereka kepada eksekutif hierarki elit seperti Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), ahli politik, pengurus besar syarikat, ahli perniagaan dan seumpamanya. Secara gambaran mudah, jarang sekali kita melihat kereta segmen-C dijadikan kenderaan rasmi syarikat atau Kerajaan, atau ‘kereta bos’. Kebiasaannya, model segmen-D yang akan dipilih. Kenapa? Sebabnya, dimensi segmen-D memberikan nilai ‘status’ atau ‘kelas’ tersendiri berbanding segmen lain di bawahnya.

Jadi, jika anda layak beli kereta bernilai sekitar RM140,000, patutkan anda memilih Honda Civic atau PROTON Perdana? Ataupun model lain yang lebih berbaloi? Nantikan artikel seterusnya. 🙂

Honda Civic 2016 Honda Civic 2016 vs Proton Perdana 2016 PROTON Holding Berhad Proton Perdana 2016 Spesifikasi Honda Civic 2016 spesifikasi Proton Perdana 2016
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Porsche 911 Carrera Cabriolet Reimagined by Singer
Bikin Auto

#BikinKereta: Porsche 911 Carrera Cabriolet Reimagined by Singer dengan Enjin NA 4.0L Flat-Six

14/02/2026
Kia Seltos 2026
Roda4

Kia Seltos 2026 Serba Baharu Umum Harga di India, Bermula RM47k

13/02/2026
Lepas L4 dikesan menjalani penggambaran video promosi
Auto Terkini

Lepas L4 Tiba di Malaysia, Bakal Lancar Tidak Lama Lagi!

13/02/2026
Ibu pejabat Mercedes-Benz di Jerman
Auto Terkini

Kakitangan Mercedes-Benz Jerman Dapat Bonus Sehingga Lebih €3,100

13/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Proton Saga 2026 Serba Baharu
Auto Terkini

10 Kereta Paling Laris Januari 2026, Proton Saga Jadi ‘King’ Baru!

By Syafie11/02/2026
Roda2

Cyclone RA600 Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Harga RM25,888

By Syafie11/02/2026
Roda2

Brixton Storr 500 Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Harga RM29,888

By Syafie11/02/2026
Proton e.MAS 5 2025 rasmi lancar.
Auto Terkini

Proton e.MAS 5 Tembus Lima Terbaik Kereta Paling Laris Januari 2026

By Syafie11/02/2026
Mitsubishi Xforce 2026 serba baharu dihasilkan CKD di kilang di Pekan
Auto Terkini

Mitsubishi Xforce 2026 Serba Baharu CKD dari Kilang di Pekan, Pahang

By Syafie10/02/2026
Auto Terkini

Yamaha PG-1 2026 Tampil Warna Baharu, Harga Kekal RM6,998

By Shazwan Hisam11/02/2026
Ducati Formula 73 2026
Roda2

Ducati Formula 73 – Cafe Racer Edisi Terhad 873 Unit Sempena Ulang Tahun ke-100!

By Abang Hirata13/02/2026
Wmotot Island 150i dan Hawk 200i lancar di Malaysia
Roda2

WMoto Island 150, Hawk 200i Masuk Pasaran Malaysia, Harga Mula RM6,688

By Syafie12/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.