Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Kenderaan Elektrik (EV)»#MAS2025: Proton e.MAS 5 Tayang di Malaysia Autoshow 2025, Era EV Nasional Semakin Rancak
Kenderaan Elektrik (EV)

#MAS2025: Proton e.MAS 5 Tayang di Malaysia Autoshow 2025, Era EV Nasional Semakin Rancak

Han OthmanBy Han Othman08/05/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PROTON sekali lagi mencuri tumpuan di pameran Malaysia Autoshow 2025 (MAS 2025) menerusi barisan model terkini, pengalaman digital dan pratonton awam pertama model kenderaan elektrik (EV) baharu jenama Proton e.MAS.

EV Baharu Proton e.MAS 5 Diperkenal Buat Kali Pertama

Antara tarikan utama di reruai Proton adalah previu sulung model EV kedua jenama itu yang dijangka dilancarkan secara rasmi hujung tahun ini. Direka sepenuhnya untuk mobiliti masa depan, model itu memberi gambaran jelas mengenai arah tuju Proton ke arah teknologi hijau, pintar dan lestari.

Menurut Ketuan Pegawai Eksekutif Proton, Dr Li Chunrong, Malaysia Autoshow ialah platform penting untuk berhubung dengan pembeli dan berkongsi bab baharu dalam perjalanan jenama Proton.

Previua ini menandakan komitmen kami terhadap inovasi berterusan sambil mengekalkan model sedia ada yang kukuh dalam pasaran.”

Aktiviti Interaktif & Pengalaman 5D Penuh Gaya

Proton memikat pengunjung dengan pengalaman 5D Instagrammable pertama di Malaysia, menampilkan Proton S70 yang mana pengunjung boleh mencipta rekaan balutan kereta sendiri melalui skrin interaktif dan melihat dipancarkan terus pada kereta sebenar. Gambar itu pula boleh dikongsi di media sosial untuk menebus hadiah eksklusif.

Selain itu, pertunjukan cahaya laser digital turut diperkenal, iaitu kali pertama kali dalam sejarah Malaysia Autoshow, yang menyerlahkan imej moden dan teknologi tinggi Proton kepada semua pengunjung.

Promosi Eksklusif Sepanjang MAS 2025

Bagi menghargai pelanggan, Proton menawarkan pelbagai tawaran masa terhad sepanjang acara seperti:

  • Rebat hingga RM10,000 dan bonus tukar beli hingga RM5,000 bawah kempen ‘MAY-LAH! Buy Proton’.
  • Tambahan rebat RM1,000 eksklusif untuk tempahan di MAS 2025 sahaja.
  • Pemandu e-hailing Grab boleh menikmati rebat hingga RM3,500 untuk pembelian Proton Saga.
  • Guru dan petugas kesihatan layak menerima servis percuma setahun.
  • Graduan baharu boleh menikmati penjimatan lebih RM3,000, termasuk tiga bulan ansuran percuma, cukai jalan percuma, dan bonus tukar beli.

Malah, pengunjung yang memandu uji dan mendaftar mana-mana model petrol (ICE) Proton layak menyertai kempen cabutan bertuah untuk menang kad petrol dan Proton e.MAS 7 baharu!

Rakyat, Teknologi dan Masa Depan

Proton bukan saja mempamerkan model sedia ada seperti X50, X70, X90 MHEV dan sedan popular S70, tetapi turut mempersembahkan masa depan mobiliti melalui model EV terbaharu dan kempen kreatif penjenamaan awam. Pengunjung juga dijemput menyertai pertandingan slogan untuk menamakan mesej di sebalik model EV tersebut.

Dari siaran langsung, penglibatan pempegaruh hingga ke aktiviti kanak-kanak, Proton tampil komited dalam memikat hati rakyat Malaysia. Inilah bukti jenama tempatan yang terus berkembang dengan semangat kebangsaan dan komitmen terhadap inovasi.

Kenderaan Elektrik (EV) Malaysia Autoshow 2025 (MAS 2025) MAS 2025 Proton Proton e.MAS 5 Roda4
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

#BikinAuto: Urban Widetrack Avontur Diubah Dari SUV Jadi Pikap, Defender OCTA Tampil Bergaya dan Mewah

15/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

15/07/2026
Denza Z9 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Denza Z 2027 Diperkenal di Eropah, 0 – 100kmj Sepantas 1.96 Saat!

13/07/2026
Nissan Tekton 2027
Roda4

SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

10/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
Roda2

Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

By Shazwan Hisam07/07/2026
Konsep kapal boleh terapung atas air
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

By Shazwan Hisam09/07/2026
ZXMoto 820RR-R 2027
Roda2

ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

By Shazwan Hisam08/07/2026
Nissan Tekton 2027
Roda4

SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

By Abang Hirata10/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027 – EV Prestasi 680hp, Jarak Pandu Lebih 670km

By Abang Hirata10/07/2026
Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

By Abang Hirata06/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.