Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Projek CKD NETA Mula 2025, Dua Model EV Baharu Sudah dalam Senarai
Auto Terkini

Projek CKD NETA Mula 2025, Dua Model EV Baharu Sudah dalam Senarai

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju18/04/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


RAMAI pengunjung tidak melepaskan peluang melihat model NETA V secara dekat ketika debut kenderaan elektrik (EV) itu  di pameran Malaysia Autoshow 2023, Mei lalu.

Hebahan dibuat mengatakan tempahan diterima sudah mencapai 100 unit dalam tempoh beberapa hari saja. Manakan tidak, EV itu cuma berharga sekitar RM100,000 dan pembeli pula diberikan pelbagai insentif menarik. Pelancaran rasmi NETA V dijadualkan dibuat 25 Oktober 2023.

SIAPA NETA, SUDAH LAMAKAH WUJUD?

  • NETA ialah jenama kenderaan EV dari China dan dimiliki syarikat Hozon New Energy Auto Co Ltd (Hozon).
  • Hozon ditubuhkan pada 2014, manakala jenama NETA Auto pula diperkenalkan pada 2018 denga model pertama NETA N01.
  • Pada 2020, NETA Auto memperkenalkan model NETA U dan V sebelum ketibaan NETA S (2022).
  • Tiga model baharu NETA GT, AYA dan X diperkenalkan tahun lalu di China.

SIAPA URUS NETA DI MALAYSIA?

Jenama NETA di Malaysia sebenarnya diuruskan GoAuto dan Careplus menerusi satu pakatan usahasama yang menyaksikan pembentukan dua subsidiari lain iaitu:

  • NexV Manufacturing Sdn Bhd (NMSB): Menguruskan semua aktiviti kilang termasuk pembuatan dan pengeluaran kenderaan.
  • Intro Synergy Sdn Bhd (ISSB): Menguruskan hal pengedaran dan jualan kenderaan NETA.

NETA NAK JADI PEMAIN SERIUS ATAU…

Pengenalan jenama NETA hanya melibatkan satu model tunggal yang disifatkan sebagai kenderaan EV ‘bajet’ ke pasaran Malaysia. Ini pendekatan yang dilihat menyimpang dari senario semasa.

Umum mengetahui golongan pembeli EV negara ini lebih menumpukan pembeli yang ada sumber kewangan kukuh atau berpendapatan sederhana-tinggi dengan ‘mindset’ berbeza.

Malah, EV masih dilihat sebagai kenderaan gaya hidup, dan ada yang menganggap sebagai ‘mainan orang kaya’. Namun perlu diakui ketibaan EV jenama lain China (seperti BYD dan GWM) dan Tesla banyak membantu pertumbuhan dan penerimaan segmen EV di Malaysia.

Apa Pula Cerita NETA?

Sekumpulan ‘orang kuat’ GoAuto dan NETA Auto mengadakan satu pertemuan eksklusif bersama sekumpulan media di Careplus Mall Seremban semalam untuk sesi perkongsian maklumat.

Maklumat dikongsi membawa satu mesej, iaitu NETA tetap kekal di pasaran Malaysia. Strategi mereka jelas iaitu membawa masuk lebih banyak model dan menjalankan aktiviti pembuatan model pemasangan tempatan (CKD).

Dua model yang akan diperkenalkan tidak lama lagi ialah NETA X dan NETA AYA. Khabarnya, dua model itu akan membuat penampilan sulung bersama pratonton NETA GT di Malaysia Autoshow 2024, Mei ini.

Import Dulu, CKD Kemudian

Peringkat awal, dua model (NETA X dan AYA) akan diimport masuk ke Malaysia, sama seperti NETA V. Proses pemasangan tempatan (CKD) hanya akan dilakukan selepas kilang NMSB siap dibina di Chembong, Rembau di Negeri Sembilan.

Majlis pecah tanah dilakukan awal tahun ini dan projek pembinaan kilang NMSB merangkumi tiga fasa yang dijangka siap sepenuhnya menjelang 2028.

  • Fasa pertama: Dijangka awal 2025 (suku pertama) melibatkan barisan pengeluaran, termasuk logistik dan laluan trek ujian.
  • Fasa kedua: 2026, membabitkan bahagian pemasangan badan dan cat.
  • Fasa ketiga: Pemasangan pek bateri elektrik dan tempaan bermula 2028.

Kapasiti pengeluaran setahun ialah 30,000 unit untuk satu syif dan boleh dipertingkat kepada 50,000 unit (dengan dua syif kerja). Bagaimanapun, jumlah pengeluaran NETA dihadkan 10,000 unit setahun, tetapi boleh dipertingkat jika perlu.

Fasiliti itu juga akan terlibat dalam pembuatan model NETA untuk pasaran Malaysia dan juga eksport, membabitkan model X dan AYA.

Ini kerana kilang berkenaan akan menawarkan baki kapasiti pengeluaran kepada mana-mana pihak yang berminat memasang kenderaan CKD di fasiliti sama.

Buat masa ini, GoAuto masih dalam peringkat perbincangan dengan beberapa pihak untuk projek CKD di kilang tersebut. Antara sudah menunjukkan minat ialah EV jenama Skyworth dari China.

Perlu diingatkan, kilang itu tidak hanya memberi tumpuan kepada pemasangan EV CKD semata-mata, tetapi terbuka kepada semua kenderaan berstatus tenaga baharu seperti enjin pembakaran dalaman (ICE) dan motosikal.

Auto Terkini GoAuto Group Hozon New Energy Auto Co Ltd Malaysia Autoshow 2024 NETA Auto
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

    24/07/2026
    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    24/07/2026
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    24/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.