Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»NETA V (2023) Lancar di Malaysia, Harga RM100k! Sistem ADAS Ditawarkan Tahun Depan
Auto Terkini

NETA V (2023) Lancar di Malaysia, Harga RM100k! Sistem ADAS Ditawarkan Tahun Depan

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju25/10/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


INTRO Synergy mengumumkan ketibaan kereta elektrik NETA V secara rasmi ke pasaran Malaysia pada harga atas jalan RM100,000. Tempahan kenderaan elektrik (EV) itu juga dibuka menerusi pengedar seluruh negara.

Sebagai permulaan, ada lima warna pilihan ditawarkan, iaitu Sakura Pink (merah jambu), Sky Blue (biru), Moonlight Green (hijau), Midnight Grey (kelabu), Cyan dan White Storm (putih).

Berikut perincian Neta V (2023):

  • Dipacu unit motor elektrik dengan output kuasa 95kW dan tork 160Nm. Pecutan 0-50kmj sepantas 3.9 saat.
  • Kelajuan maksimum 120kmj.
  • Tempoh cas menggunakan pengecas pantas (DC) daripada 20-80 peratus mengambil masa 30 minit.
  • Tiada maklumat dikongsi mengenai tempoh pengecasan biasa (AC). Begitu juga pakej sistem bantuan keselamatan pemandu.
  • NETA V (2023) juga difahamkan belum dilengkapi teknologi sistem bantuan pemandu termaju (ADAS). Ciri keselamatan asas diketahui setakat ini adalah dua beg udara.
  • Sistem ADAS hanya akan ditawarkan bermula awal tahun depan.
  • Ada dua pakej ditawarkan untuk pembelian NETA V (2023) ini, iaitu:
    • Pakej Pemula EV – Terdiri daripada aksesori penting seperti pengecas kediaman (termasuk pemasangan) dan ciri V2L.
    • Pakej pertama juga menawarkan pilihan kit badan, cermin gelap (tinted), insurans dan beberapa tambahan lain.
    • Pakej kedua ialah pakej pembiayaan bebas kadar faedah hingga 7 tahun, tetapi tertakluk terma dan syarat.

WARANTI

NETA V (2023) didatangkan dengan waranti lima tahun atau jarak perbatuan 150,000km untuk komponen biasa, dan waranti lapan tahun atau 180,000km untuk komponen elektrik voltan tinggi, termasuk bateri, serta waranti 10 tahun atau 200,000km untuk badan kenderaan.

Auto Terkini Intro Synergy Sdn Bhd Kenderaan Elektrik (EV) NETA V NETA V (2023) Roda4
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun โ€“ Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

    24/07/2026
    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru โ€“ Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    24/07/2026
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    24/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.