Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»PREVIU: Proton Iriz (2014) – Harga bermula RM42,438 Sehingga RM62,888
Roda4

PREVIU: Proton Iriz (2014) – Harga bermula RM42,438 Sehingga RM62,888

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju27/09/2014
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

P1230077SETELAH agak lama menunggu, akhirnya Proton Holdings secara rasminya memperkenalkan model kompak terbaharunya, Iriz yang dijual pada harga serendah Rm42,438 hingga RM62,888 seunit.

Hadir dalam dua varian enjin iaitu bersesaran 1.3L VVT dan 1.6L VVT, Iriz dilancarkan oleh Pengerusi Proton, Tun Dr. Mahathir Mohamad di kilang Proton, Tanjung Malim, Perak.

Menurut Dr. Mahathir, pihaknya kini sudah menerima 17,000 unit tempahan awal dan tempoh menunggu adalah sekitar tiga hingga empat bulan.

” Iriz dijangka mampu membawa Proton kembali ke zaman kegemilangan memandangkan ia adalah kenderaan yang sarat dengan teknologi terkini yang pernah dikeluarkan.

” Ia juga memenuhi standard global Euro-4 dan mendapat pengiktirafan 5-Bintang daripada ASEAN NCAP,” katanya.

P1230109P1230098    P1230144P1230157LAPAN VARIAN

Dengan pelaburan sekitar RM500 juta, Iriz mula dibangunkan pada 2010 dan memakan masa hampir empat tahun sebelum ia bersedia menemui peminatnya.

Model kompak segmen B itu ditawarkan dalam lapan varian kepada pengguna; 1.3 Standard MT, 1.3 Standard CVT, 1.3 Executive MT, 1.3 Executive CVT, 1.6 Executive MT, 1.6 Executive CVT, 1.6 Premium MT dan 1.6 Premium CVT.

Tambah menarik, ia menawarkan tujuh pilihan warna menarik buat pengguna dengan kehadiran dua warna baharu iaitu Lime Gree dan Moon Dust Silver.

Persoalannya: Adakah Proton mampu kembali ke zaman kegemilangannya menerusi pengenalan model kompak ini?

P1230036Bercerita perihal Proton, mungkin ramai yang masih skeptikal terhadap kualitinya. Jika ditanya kepada saya, ia adalah satu cabaran yang besar buat Proton bagi mengembalikan semula kepercayaan pengguna terhadap jenama Proton.

Perkara penting yang perlu diberikan keutamaan Proton adalah perkhidmatan selepas jualan. Kalau kereta ‘power’ tapi servis masih kurang memuaskan, ia masih tidak mencukupi. Apa yang pengguna harapkan adalah produk Proton haruslah berkualiti seiring dengan perkhidmatan selepas jualan.

Diharapkan hasil titik peluh jurutera Proton selama empat tahun ini berbaloi dan mampu menjadikan model terbaharunya melonjak seperti waktu zaman kegemilangan Proton terdahulu.

Saya yakin Iriz mampu mengubah persepsi umum mengenai kenderaan nasional itu yang nampaknya bersungguh-sungguh mahu bersaing dengan model ternama lain.

STANDARD TINGGI

Iriz dilihat sebagai usaha Proton untuk membuka bibit-bibit cinta baru dengan peminatnya, seiring DNA inovasi dan prestijnya yang tersendiri.

Sekilas pandang, Iriz direka khas buat mereka yang mencari kelainan dengan rekabentuk menarik dan berstandard tinggi berdasarkan dua konsep utama iaitu kreatif dan teknologi.

P1230131P1230128    P1230139P1230113Jadi, apa istimewa Proton Iriz?

Apa yang menarik perhatian saya terhadap Iriz adalah aspek keselamatan ditawarkan. Ada beberapa pencapaian baharu yang diraih Proton menerusi model kompak ini.

Antaranya, Iriz adalah model pertama Proton yang mendapat pengiktirafan 5-bintang bagi ujian standard keselamatan Asean NCAP dengan mengatasi Preve dan Suprima S. Selain itu, ia juga adalah model pertama Proton yang mencpai penggunaan bahan api di bawah 7L bagi setiap 100km.

Aspek keselamatan pula, ia hadir dengan enam beg udara (varian Premium, minimum 2 beg udara bagi varian lain), sistem kawalan cengkaman (TCS), kawalan kestabilan elektronik (ESC), Agihan Brek Elektronik (EBD) dan Bantuan Brek (BA). Kerangka casis pula dibangunkan dengan menggunakan pendekatan ‘hot press forming’ (HPF) bagi memberikan struktur badan lebih kukuh.

P1230127Lebih mengujakan, kesemua aspek keselamatan ini bukan ditawarkan pada varian Premium saja, malahan kesemua varian turut menikmatinya bersama.

Aspek prestasi, Varian 1.3L mampu menghamburkan kuasa sebanyak 94hp pada 5,750rpm dan tork setinggi 120Nm@4,000rpm. Manakala bagi varian 1.6L pula mampu menghasilkan kuasa 107hp pada 5,750rpm dan tork puncak 150Nm (4,000rpm).

Hadir dengan jaminan selama lima tahun atau 150,000 perbatuan, Iriz turut menawarkan tiga tahun servis percuma atau 100,000km (mana-mana tiba dahulu)

P1230148BERBALOI?

Melihat pada harga ditawarkan, mungkin ada di antara anda yang menganggapnya sedikit mahal. Namun anda perlu tahu apa yang Proton berikan pada anda dengan harga tawarkan.

Yang pasti, Iriz bakal bersaing dengan model pesaingnya seperti Perodua Myvi, Kia Rio, Hyundai i10 dan Ford Fiesta. Jika anda berkenan, apa kata pandu uji dahulun sebelum membuat keputusan.

HARGA PROTON IRIZimg010

DRB-Hicom Ford Fiesta Hyundai i10 Kereta mampu milik Proton Kia Rio Model kompak Proton PCC Perodua Myvi Proton Holdings Proton Iriz Proton Iriz dilancarkan Proton lancar Iriz Tun Dr. Mahathir Mohamad
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    PHEV

    Lamborghini Urus SE Performante – Kini Lebih Ringan, Super SUV Paling Pantas Dunia!

    02/07/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Suzuki e Vitara 2026 Rasmi di Malaysia – EV Pertama Suzuki, Harga Mula RM188,000

    02/07/2026
    Roda4

    BMW X5 2027 Tampil Dengan Rekaan Neue Klasse, Lima Pilihan Trenkuasa dan Kabin Futuristik

    01/07/2026
    Pandu Uji

    #PanduUji: Lenjan GAC GS3 Emzoom di Sepang, SUV Segmen-B yang Boleh Diajak Bincang

    01/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL)
    Auto Terkini

    Tiada Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur Tahun Ini

    By Shazwan Hisam30/06/2026
    Autotainment

    Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

    By Han Othman28/06/2026
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    MotoGP

    #MotoGP: 850cc “Lebih Seperti Motosikal Sebenar” – Augusto Fernandez

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Vespa Edizione Ottantesimo 2026
    Roda2

    Vespa Edizione Ottantesimo 2026 – Model Unit Terhad 80 Tahun dengan Enjin 310 HPE Kuasa Tinggi

    By Abang Hirata02/07/2026
    Jetour F700
    PHEV

    Trak Pikap PHEV Jetour F700 2027 Didedah dengan Jarak Pandu hingga 1,300km

    By Han Othman26/06/2026
    Roda4

    Mitsubishi Outlander PHEV 2026 Terbaru di Jepun, SUV 7 Tempat Duduk Yang Belum Masuk ASEAN

    By Abang Hirata25/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.