Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Kenderaan Elektrik (EV)»Porsche Cayenne Electric Lancar Penghujung 2025 dengan Skrin, Bumbung Panoramik Terbesar!
Kenderaan Elektrik (EV)

Porsche Cayenne Electric Lancar Penghujung 2025 dengan Skrin, Bumbung Panoramik Terbesar!

Abang HirataBy Abang Hirata01/10/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Porsche Cayenne EV lancar hujung 2025

PORSCHE bakal memperkenalkan Cayenne Electric menjelang hujung tahun ini. Model elektrik itu akan melengkapi barisan Cayenne sedia ada seperti petrol dan hibrid plug-in (PHEV).

Ini bermakna, Porsche Cayenne akan mempunyai pilihan trenkuasa enjin pembakaran dalaman (ICE), hibrid dan elektrik.

Porsche Cayenne EV lancar hujung 2025
Porsche Cayenne EV lancar hujung 2025

Sementara dilancarkan secara rasmi, Porsche berkongsi beberapa gambar samaran dan kali ini istimewa dengan bahagian dalaman.

Berdasarkan gambar samaran boleh dilihat legasi Cayenne masih dikekalkan, tetapi bahagian dalaman tampil lebih bersegi selain membawa imej canggih.

Rekabentuk Dalaman Inovatif, Digital

Porsche Cayenne EV lancar hujung 2025

Porsche Cayenne Electric membawa senibina dalaman baharu yang menggabungkan DNA Porsche dengan teknologi digital. Sistem operasi Porsche Digital Interaction diperkenalkan bersama Flow Display melengkung yang menyepadukan paparan digital dan butang fizikal.

  • Mood Modes mengatur cahaya, suhu, bunyi dan fungsi kerusi untuk suasana imersif
  • Fungsi itu bukan saja mencipta suasana imersif, tetapi juga membantu relaksasi, meningkatkan tumpuan dan menguatkan lagi pengalaman ketika memanfaatkan prestasi maksimum kenderaan
  • Rekabentuk dalaman disusun teliti untuk mengekalkan ciri ikonik Cayenne

Keselesaan Dipertingkat

Porsche Cayenne EV lancar hujung 2025
Porsche Cayenne EV lancar hujung 2025

Ruang dan keselesaan pemandu dan penumpang kini lebih luas dengan pelbagai ciri baharu.

  • Kerusi belakang boleh laras elektrik secara standard, daripada mod santai hingga mod kargo
  • Bumbung panoramik terbesar pada Porsche dengan kawalan lampu Variable Light Control, yang boleh ditukar jernih, legap, semi (40 peratus) atau bold (60 peratus)
  • Bahagian depan bumbung boleh dibuka seperti bumbung gelangsar klasik untuk menambah keterbukaan ruang
  • Fungsi pemanasan permukaan baharu meliputi kerusi, perehat tangan dan panel pintu, lebih cekap daripada sistem pemanas udara biasa
  • Lampu ambien kabin dan komunikasi dipertingkat untuk suasana dalaman lebih moden
  • Kunci digital Porsche Digital Key dengan teknologi Ultra Wideband, boleh digunakan melalui telefon pintar atau jam pintar serta dikongsi hingga tujuh pengguna

Pilihan Warna, Bahan Baharu

Porsche Cayenne Electric hadir dengan tahap personalisasi paling komprehensif dalam sejarah model itu, yang membolehkan pelanggan mencipta gaya unik sama ada sporty atau elegan.

  • Ada 13 kombinasi warna dalaman, empat pakej dalaman dan 5 pakej aksen
  • Warna baharu Magnesium Grey, Lavender dan Sage Grey
  • Pilihan kabin bebas kulit Race-Tex dengan tekstil bercorak Pepita
  • Trim hiasan dan aksen dekoratif pelbagai bahan, boleh dipadankan warna pilihan
  • Pilihan khas melalui Porsche Exclusive Manufaktur dan ciptaan one-off melalui program Sonderwunsch

Paparan Digital, Flow Display

Porsche Cayenne EV lancar hujung 2025
Porsche Cayenne EV lancar hujung 2025
  • Gabungan Flow Display dengan paparan digital lain menjadikan ruang paparan terbesar pernah ditawarkan dalam sebuah Porsche
  • Kluster instrumen OLED penuh digital 14.25 inci dengan meter kuasa, navigasi, bantuan pemandu dan infotainmen
  • Paparan penumpang 14.9 inci untuk hiburan, kawalan aplikasi dan penstriman video ketika kereta bergerak
  • Paparan ini boleh menstrim video walaupun ketika memandu, tanpa mengganggu perhatian pemandu
  • Papar dongak (HUD) realiti terimbuh dengan paparan 87 inci untuk navigasi dan panduan lorong
  • Aplikasi Themes dengan lima skema warna digital, boleh diubah suai paparan Flow Display dan kluster instrumen

Pembantu Suara AI

Porsche Cayenne EV lancar hujung 2025
Porsche Cayenne EV lancar hujung 2025

Sistem hiburan dan digital dipertingkat dengan teknologi kecerdasan buatan (AI) dan fungsi baharu.

  • Penstriman dan permainan video tersedia dalam kereta
  • Pembantu suara AI boleh faham arahan kompleks tanpa ulang kata pengaktifan
  • Voice Pilot untuk mengawal penyaman udara, pemanas kerusi, lampu ambien dan Mood Modes melalui arahan suara
  • Boleh mengenal pasti alamat, lokasi menarik, maklumat trafik dan terus mainkan media daripada penstriman atau radio
Porsche Cayenne EV lancar hujung 2025
Porsche Cayenne EV lancar hujung 2025
Porsche Cayenne EV lancar hujung 2025
Porsche Cayenne EV lancar hujung 2025
Porsche Cayenne EV lancar hujung 2025
Porsche Cayenne EV lancar hujung 2025
Porsche Cayenne EV lancar hujung 2025
Porsche Cayenne EV lancar hujung 2025
Porsche Cayenne EV lancar hujung 2025
Porsche Cayenne EV lancar hujung 2025
Porsche Cayenne EV lancar hujung 2025
Porsche Cayenne EV lancar hujung 2025
Porsche Cayenne EV lancar hujung 2025
Porsche Cayenne EV lancar hujung 2025
Kenderaan Elektrik (EV) Porsche Porsche Cayenne Porsche Cayenne Electric Roda4 SUV Elektrik SUV EV
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    10/07/2026
    Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027 – EV Prestasi 680hp, Jarak Pandu Lebih 670km

    10/07/2026
    Jaecoo J5 EV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Jaecoo J5 EV 2027 Debut di Malaysia – EV Pertama Omoda | Jaecoo dengan Jarak Pandu 402km

    09/07/2026
    McLaren 788HS 2027
    Roda4

    Model Penutup Era Supercar, McLaren 788HS 2027 Diperkenal Hanya 200 Unit,

    09/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    By Abang Hirata04/07/2026
    Geely siar imej acah Geely Preface L90
    Auto Terkini

    Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

    By Han Othman07/07/2026
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Roda2

    Honda CBR650R, CB650R E-Clutch Terima Warna Baharu Untuk 2027

    By Shazwan Hisam03/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.