• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / PLUS Dapat Anugerah Diraja UK untuk Inisiatif Keselamatan Jalan Raya Terbaik

PLUS Dapat Anugerah Diraja UK untuk Inisiatif Keselamatan Jalan Raya Terbaik

December 11, 2019 By AO Leave a Comment

138
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PLUS Malaysia Berhad (PLUS) merangkul 'Anugerah Keselamatan Jalan Raya Antarabangsa Putera Michael' (Prince Michael International Road Safety Award), di The Savoy, London, dan menjadi syarikat lebuh raya Asia pertama menerima anugerah antarabangsa melibatkan keselamatan jalan raya.

Anugerah tersebut disampaikan Putera Michael daripada keluarga diraja Britain kepada Pengarah Urusan PLUS, Datuk Azman Ismail sebagai mengiktiraf kejayaan PLUS melaksanakan pelbagai inisiatif keselamatan untuk laluan lebuh raya sepanjang 1,134.1km itu.

BACA >>> Manakah Lokasi Tambah Nilai Tanpa Caj Sepanjang Lebuh Raya PLUS?

BERTARAF DUNIA

Azman berkata, anugerah itu membuktikan PLUS diiktiraf sebagai lebuh raya bertaraf dunia yang mematuhi ciri keselamatan tinggi di peringkat antarabangsa.

“Ini mengesahkan PLUS ialah organisasi yang mengutamakan dan memberi penekanan terhadap aspek keselamatan,” katanya dalam kenyataan.

PLUS adalah antara 23 penerima anugerah daripada 70 pencalonan bermutu tinggi seluruh dunia yang diraikan dalam majlis dihadiri lebih 350 pakar keselamatan jalan raya antarabangsa dan ahli profesional.

BACA >>> Azmin: PLUS Kena Kaji Semula Keputusan Tutup Lorong Tambah Nilai

AMBIL PENDEKATAN '3E'

plus-baiki-jalan-1
plus-baiki-jalan-2

Sebagai syarikat pengendali lebuh raya terbesar Malaysia yang memberi perkhidmatan kepada lebih 1.7 juta pelanggan setiap hari termasuk 3,000 pekerja lebuh raya, PLUS mengambil pendekatan 3E, merangkumi aspek Kejuruteraan, Penguatkuasaan dan Pendidikan dalam menguruskan keselamatan jalan raya sejak 2017.

Dari segi pendidikan, PLUS berkolaborasi bersama Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) dan memperkenalkan Pasport Keselamatan Operasi Lebuhraya (EOSP).

“Sejurus pelaksanaannya, EOSP menyumbang kepada penurunan kadar kematian dalam kalangan petugas dan kontraktor yang menjalankan kerja mereka di lebuh raya sebanyak 75 peratus,” menurut kenyataan itu.

niosh-logo
plus-logo

Putera Michael, dengan gelaran Prince Michael of Kent, adalah pendukung utama keselamatan jalan raya yang menyokong Misi Sedekad Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, iaitu sebuah program antarabangsa berwawasan tinggi dan sudah menyelamatkan berjuta-juta nyawa dan menggalakkan amalan keselamatan baik.

Sejak 1987, anugerah itu memberi pengiktirafan kepada mereka yang terbabit dalam usaha meningkatkan keselamatan jalan raya seluruh Britain. Kini Anugerah Keselamatan Jalan Raya Antarabangsa Putera Michael meluaskan pengiktirafan tersebut untuk pencapaian dan inovasi luar biasa seluruh dunia.

Ia dianjurkan setiap tahun yang mana inisiatif keselamatan jalan raya paling cemerlang akan diberikan pengiktirafan.

SUMBER: Bernama

138
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Anugerah, Anugerah Keselamatan Jalan Raya Antarabangsa Putera Michael, auto terkini, Datuk Azman Ismail, Lebuh Raya, Lebuhraya PLUS, PLUS, Prince Michael International Road Safety Award

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Kenapa Kereta Malaysia Ada Lampu Kabus Belakang?
    #TahukahAnda: Kenapa Kereta Malaysia Ada Lampu Kabus Belakang?
  • Hero - Satu-Satunya Syarikat Automotif India Capai 100 Juta Unit Pengeluaran
    Hero - Satu-Satunya Syarikat Automotif India Capai 100 Juta Unit Pengeluaran
  • #TahukahAnda: Halogen, HID dan LED, Apakah Beza Jenis Lampu Utama Kereta Ini?
    #TahukahAnda: Halogen, HID dan LED, Apakah Beza Jenis Lampu Utama Kereta Ini?
  • #TahukahAnda: Inilah Beza Simbol Lampu Kabus Depan dan Belakang
    #TahukahAnda: Inilah Beza Simbol Lampu Kabus Depan dan Belakang

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my