Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»PLUS Dapat Anugerah Diraja UK untuk Inisiatif Keselamatan Jalan Raya Terbaik
Auto Terkini

PLUS Dapat Anugerah Diraja UK untuk Inisiatif Keselamatan Jalan Raya Terbaik

Han OthmanBy Han Othman11/12/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PLUS Malaysia Berhad (PLUS) merangkul ‘Anugerah Keselamatan Jalan Raya Antarabangsa Putera Michael’ (Prince Michael International Road Safety Award), di The Savoy, London, dan menjadi syarikat lebuh raya Asia pertama menerima anugerah antarabangsa melibatkan keselamatan jalan raya.

Anugerah tersebut disampaikan Putera Michael daripada keluarga diraja Britain kepada Pengarah Urusan PLUS, Datuk Azman Ismail sebagai mengiktiraf kejayaan PLUS melaksanakan pelbagai inisiatif keselamatan untuk laluan lebuh raya sepanjang 1,134.1km itu.

BACA >>> Manakah Lokasi Tambah Nilai Tanpa Caj Sepanjang Lebuh Raya PLUS?

BERTARAF DUNIA

Azman berkata, anugerah itu membuktikan PLUS diiktiraf sebagai lebuh raya bertaraf dunia yang mematuhi ciri keselamatan tinggi di peringkat antarabangsa.

“Ini mengesahkan PLUS ialah organisasi yang mengutamakan dan memberi penekanan terhadap aspek keselamatan,” katanya dalam kenyataan.

PLUS adalah antara 23 penerima anugerah daripada 70 pencalonan bermutu tinggi seluruh dunia yang diraikan dalam majlis dihadiri lebih 350 pakar keselamatan jalan raya antarabangsa dan ahli profesional.

BACA >>> Azmin: PLUS Kena Kaji Semula Keputusan Tutup Lorong Tambah Nilai

AMBIL PENDEKATAN ‘3E’

Sebagai syarikat pengendali lebuh raya terbesar Malaysia yang memberi perkhidmatan kepada lebih 1.7 juta pelanggan setiap hari termasuk 3,000 pekerja lebuh raya, PLUS mengambil pendekatan 3E, merangkumi aspek Kejuruteraan, Penguatkuasaan dan Pendidikan dalam menguruskan keselamatan jalan raya sejak 2017.

Dari segi pendidikan, PLUS berkolaborasi bersama Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) dan memperkenalkan Pasport Keselamatan Operasi Lebuhraya (EOSP).

“Sejurus pelaksanaannya, EOSP menyumbang kepada penurunan kadar kematian dalam kalangan petugas dan kontraktor yang menjalankan kerja mereka di lebuh raya sebanyak 75 peratus,” menurut kenyataan itu.

Logo PLUS

Putera Michael, dengan gelaran Prince Michael of Kent, adalah pendukung utama keselamatan jalan raya yang menyokong Misi Sedekad Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, iaitu sebuah program antarabangsa berwawasan tinggi dan sudah menyelamatkan berjuta-juta nyawa dan menggalakkan amalan keselamatan baik.

Sejak 1987, anugerah itu memberi pengiktirafan kepada mereka yang terbabit dalam usaha meningkatkan keselamatan jalan raya seluruh Britain. Kini Anugerah Keselamatan Jalan Raya Antarabangsa Putera Michael meluaskan pengiktirafan tersebut untuk pencapaian dan inovasi luar biasa seluruh dunia.

Ia dianjurkan setiap tahun yang mana inisiatif keselamatan jalan raya paling cemerlang akan diberikan pengiktirafan.

SUMBER: Bernama

Anugerah Anugerah Keselamatan Jalan Raya Antarabangsa Putera Michael Auto Terkini Datuk Azman Ismail Lebuh Raya Lebuhraya PLUS PLUS Prince Michael International Road Safety Award
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

JAS Tensei, Tafsiran Baharu NSX, Lampu Pop-Up, V6 N/A, Manual 6 Kelajuan!

01/05/2026
Auto Terkini

Lynk & Co GT Concept Time To Shine, Tampil Anggun dan Bergaya

01/05/2026
Auto Terkini

MyJPJ Guna MyDigital ID Sepenuhnya Bermula 1 Mei 2026

30/04/2026
Roda4

Jetour T1 Kini Dibuka untuk Tempahan, Dua Varian Tersedia, Harga Mula RM143,800!

30/04/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Roda4

Toyota Yaris Cross Buka Tempahan di Malaysia, Harga Bawah RM100k

By Shazwan Hisam24/04/2026
Auto Terkini

MyJPJ Guna MyDigital ID Sepenuhnya Bermula 1 Mei 2026

By Shazwan Hisam30/04/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Auto Terkini

Jalan Bukit Bintang Ditutup Hingga 2 Mei – Ini Laluan Alternatif

By Shazwan Hisam22/04/2026
Roda4

Jetour T1 Kini Dibuka untuk Tempahan, Dua Varian Tersedia, Harga Mula RM143,800!

By Syafie30/04/2026
Keeway RKR250 2026
Roda2

Sportbike 250cc Keeway RKR250 2026 Masuk Malaysia, Harga RM13,888

By Shazwan Hisam20/04/2026
Roda2

Ikon Superbike Dengan Warna Baru dan Edisi Khas – Suzuki Hayabusa 2026

By Shazwan Hisam23/04/2026
Roda2

Morbidelli T252X Masuk Malaysia, 33.5 HP, 20 Nm, Dari RM16,888

By Shazwan Hisam20/04/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.