Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Aksesori»Pioneer Smart Unit Receiver – Peranti Pintar Mudah Alih Paling Sesuai untuk Kereta
Aksesori

Pioneer Smart Unit Receiver – Peranti Pintar Mudah Alih Paling Sesuai untuk Kereta

Han OthmanBy Han Othman25/12/20192 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PENGELUAR sistem audio kereta aftermarket, Pioneer melancarkan peranti pintar Pioneer Smart Unit Receiver dengan menggabungkan paparan mudah alih Android 8 inci yang serasi Google dan unit penerima pintar.

Pengurus Besar Bahagian Jualan dan Produk, Pioneer Electronics AsiaCentre, Ronald Lee berkata, pemilik kereta hari ini bukan sekadar pemandu, tetapi mengamalkan gaya hidup digital yang sentiasa berhubung dengan aplikasi dan peranti pintar.

“Gelombang baharu pemandu pintar ini bukan hanya mahukan sistem yang dapat bawa mereka dari A ke B, tetapi alat peribadi dan penyelesaian yang dapat meningkatkan cara hidup dan membantu mereka dalam rutin harian,” katanya.

Menurut Lee lagi, Pioneer Smart Unit Receiver adalah pertama seumpamanya di pasaran yang menyediakan aplikasi infotainment in-car, Pioneer Smart Sync (PSS) dengan paparan mudah alih dan penerima pintar fleksibel yang membolehkan pemandu menikmati gaya hidup digital ke mana-mana saja.

BACA >>> #TahukahAnda: Tentang Sistem Infotainment yang Perlu Anda Tahu

AKSES PANTAS DAN MUDAH

Dengan Pioneer Smart Unit Receiver, pemandu boleh membuat akses pantas untuk muzik kegemaran menggunakan paparan khas untuk radio dan Bluetooth, termasuk kawalan PSS. Peranti ini akan menjadi penyelesaian sehenti untuk paparan Android, stereo kereta dan navigasi (GPS).

Pemandu dapat menggunakan sistem GPS terbina dalam, siap dengan bantuan suara, termasuk membacakan pesanan teks yang belum dibaca. Juga disediakan ciri sokongan keselamatan untuk menghubungkan sistem dengan kamera pandang belakang sedia ada dan sensor parkir Pioneer menerusi unit penerima pintar.

BACA >>> #ApaNakBuat: Bagaimanakah Cara Kemas Kini Perisian Unit Infotainment Proton X70?

Semua ciri tersebut (paparan Android, stereo, dan GPS) disepadukan menjadi akses mudah menerusi skrin IPS pada paparan mudah alih yang jelas, terang dan lebar. Malah, penumpang boleh menstrim video ketika bergerak melalui aplikasi seperti YouTube dan Netflix.

Selain tujuan kerja, Pioneer Smart Unit Receiver juga boleh digunakan untuk bermain. Paparan Android membolehkan anda memuat turun aplikasi dan permainan video daripada Google PlayStore.

Skrin utama pula dikustom mengikut aplikasi kerap digunakan dan fungsi prioriti pemandu. Posisi skrin juga dapat dilaraskan mengikut keselesaan pandangan mata pemandu. Paling seronok, peranti ini boleh ditanggalkan dengan hanya menekan satu punat untuk dibawa ke mana-mana seperti telefon bimbit.

Peranti ini juga tahan lasak dan dibina dengan kualiti jangka hayat panjang berdasarkan persekitaran kereta yang lasak dan sentiasa terdedah. Pioneer Smart Unit Receiver boleh didapati daripada pengedar sah Pioneer pada suku pertama 2020.

BACA >>> 10 Tip Perlu Anda Tahu Sebelum Beli Pemegang Fon dalam Kereta

aksesori infotainment Penerima Unit Pintar peranti Pioneer Pioneer Smart Sync (PSS) Pioneer Smart Unit Receiver Ronald Lee Sistem Infotainment Smart Unit Receiver (SRU)
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC X Star Wars Kini Rasmi Dijual, Harga Mula RM135!

07/07/2026
Nippon Paint Perkenal AI-PPS
Aksesori

Nippon Paint Perkenal AI-PPS, Pelindung Cat Jenis Semburan ‘Self-Healing’ Pertama di Malaysia

07/07/2026
Aksesori

Kereta LEGO Technic 1:1 Koenigsegg Sadair’s Spear Pecah Rekod Di Goodwood

26/06/2026
Castrol Edge Roving Truck 2026
Auto Terkini

Bukan Sekadar Iklan Digital, Castrol Turun Padang dengan Lori LCD Gergasi ‘Roving Truck’

22/06/2026

2 Comments

  1. Misuari on 26/12/2019 10:27

    How much of this

    Reply
  2. 9w2jqu on 26/12/2019 19:36

    Bila masuk m’sia ni….. 😘

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Roda2

Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

By Shazwan Hisam07/07/2026
Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL)
Auto Terkini

Tiada Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur Tahun Ini

By Shazwan Hisam30/06/2026
GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
Elektrifikasi

Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

By Han Othman26/06/2026
Vespa Edizione Ottantesimo 2026
Roda2

Vespa Edizione Ottantesimo 2026 – Model Unit Terhad 80 Tahun dengan Enjin 310 HPE Kuasa Tinggi

By Abang Hirata02/07/2026
Toyota Corolla Cross 2027
Roda4

Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

By Abang Hirata04/07/2026
Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

By Abang Hirata06/07/2026
Roda2

Honda CBR650R, CB650R E-Clutch Terima Warna Baharu Untuk 2027

By Shazwan Hisam03/07/2026
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC X Star Wars Kini Rasmi Dijual, Harga Mula RM135!

By Syafie07/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.