Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Petronas Tarik Diri daripada Sepang Racing Team (SRT)?
Auto Terkini

Petronas Tarik Diri daripada Sepang Racing Team (SRT)?

WahidBy Wahid13/08/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MUNGKINKAH Petronas akan menarik diri daripada menaja Sepang Racing Team (SRT) tahun depan (2022)?

Menurut laporan portal Motorsport.com, SRT bersedia mengakhiri penglibatan dalam Moto2 dan Moto3 (dengan nama Sprinta Racing Team) dalam usaha mengekalkan pasukan itu dalam MotoGP. Yamaha pula dikatakan sedang dalam berbincang dengan Petronas untuk membekalkan dua jentera YZR-M1 ‘B-Spec’ bagi musim 2022.

Pasukan MotoGP, Petronas Yamaha Sepang Racing Team (PYSRT) sepatutnya menjadi pasukan untuk mencungkil bakat baharu sebagai pelapis dalam kelas MotoGP untuk pasukan pengilang. Namun, senario itu menjadi sukar selepas Maverick Vinales memutuskan untuk menarik diri daripada Monster Energy Yamaha, manakala veteran Valentino Rossi mengumumkan persaraannya hujung musim ini.

BACA >>> Quartararo dan Vinales: Ini Masalah Sebenar Yamaha YZR-M1
BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Motor Marquez Guna Dua Ekzos, Quartararo Pula Satu?

Monster Energy Yamaha dikatakan akan merekrut naik pelumba PYSRT, Franco Morbidelli sebagai pasangan kepada Fabio Quartararo, musim depan. Ini bermakna, PYSRT perlu mencari dua pelumba baharu.

Keadaan lebih mendesak apabila semua penunggang PSRT dalam kelas Moto2 dan Moto3 kurang menyengat musim ini dan berada jauh di belakang. Pelumba berbakat daripada kelas Moto2 pula sudah disambar pasukan lain.

Raul Fernandez misalnya, diikat pasukan KTM dan akan diserap dalam pasukan Tech3 KTM, manakala rakan sepasukan, Remi Gardner mengikat kontrak dengan KTM sejak awal lagi. Luca Marini pula  sepatutnya mengambil posisi Rossi dalam PYSRT, tetapi perlu mengikut Rossi melakukan debut dengan pasukan abangnya itu, VR46 Ducati.

Ini mungkin memaksa PYSRT mengangkat Darryn Binder terus ke kelas MotoGP tanpa melalui kelas Moto2.

Pasukan SRT mula mengambil bahagian dalam kejuaraan dunia motosikal Grand Prix sejak 2015 dalam kelas Moto3 sebelum berkembang ke kelas Moto2.

Penglibatan Petronas membawa pasukan itu ke dalam kelas MotoGP pada 2019 mula membukan mata banyak pemerhati menerusi kemunculan Fabio Quatararo yang tiba-tiba menyerlah. Quartararo dan Morbidelli memenangi 6 petak mula (pole position), dan meraih tujuh podium. Malah, dua pelumba itu melakukannya dengan menunggang jentera ‘B-Spec’.

Kejayaan itu membawa kepada penggunakan jentera ‘A-Spec’ untuk Quartararo yang  dan Morbidelli pada tahun lalu. Hasilnya, Morbidelli menjadi naib juara tahun itu di bawah Joan Mir.

Apapun, kita harapkan perkembangan terbaik untuk pasukan SRT.

BACA >>> #MotoGP2020: Giliran Morbidelli Bawa Petronas Yamaha Jadi Juara, Rossi Kempunan
BACA >>> Rossi Geram dengan Zarco Sebab Sengaja ‘Brek Depan Muka’ Morbidelli

Auto Terkini Petronas Petronas SRT Petronas Yamaha SRT Sepang Racing Team (SRT)
Wahid

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    LaLaport BBCC Lancar Hab Pengangkutan Baharu, Mudahkan Perjalanan Pelancong

    17/07/2026
    Auto Terkini

    Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

    16/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Auto Terkini

    Rezeki Bermula Sebotol Air, Dua Pembeli Raih Hadiah Utama Tunai RM135,000

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.