Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Perodua Myvi (2022) Facelift Lancar, Ada ‘Power Mode’, A.S.A 3.0! Harga Mula RM45.7k!
Roda4

Perodua Myvi (2022) Facelift Lancar, Ada ‘Power Mode’, A.S.A 3.0! Harga Mula RM45.7k!

Han OthmanBy Han Othman18/11/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PERODUA Myvi (2022) baharu selamat dilancarkan pada harga bermula RM45,700 hingga RM58,800 dengan 4,303 unit sudah ditempah sepanjang sembilan hari tempahan dibuka yang mana penghantaran akan dibuat serta-merta bermula esok.

Myvi (2022) baharu ini ialah model versi dipertingkat (facelift) yang menelan kos RM50 juta untuk dibangunkan dengan penampilan lebih sporty, dan dilengkapi teknologi canggih, ciri keselamatan pintar dipertingkat, serta menawarkan penjimatan bahan api lebih baik, termasuk pengenalan warna baharu.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Zainal Abidin Ahmad berkata, Perodua menjangka mendaftar 6,000 unit setiap bulan yang membolehkan pengeluar nasional itu mengekalkan jualan konsisten Myvi pada masa akan datang.

BACA >>> Raja Jalanan Kembali Gegar! Perodua Myvi (2018) Dilancarkan! [7 Fakta Ekspres + Foto Rasmi]

Berikut apa yang perlu anda tahu tentang Myvi (2022) facelift baharu ini:

  • Ditawarkan dalam lima varian pada harga seperti berikut (Semenanjung, tanpa insuran dan tidak termasuk cukai jualan):
    • 1.5L AV (Advance) – RM58,800
    • 1.5L H – RM53,900
    • 1.5L X – RM49,900
    • 1.3L G – RM47,700
    • 1.3L G (Asas) – RM45,700

  • Sistem keselamatan ditambah baik dengan pengenalan sistem Perodua Smart Drive Assist (PSDA) yang disediakan untuk semua varian (kecuali 1.3G, asas), terdiri daripada:
    • Bantuan Keselamatan Termaju (ASA) 3.0
    • Kawalan Jelajah Adaptif (ACC)
    • Bantuan Kekal Lorong (LKA)
    • Sistem Pemantau Titik Buta (BSM)
    • Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA)
  • Ini menjadikan semua varian Myvi baharu dilengkapi teknologi Autonomi Tahap 2 (kecuali varian paling asas) di bawah harga RM60,000, juga pertama dalam sejarah automobil tempatan.

  • Semua varian dipadankan transmisi baharu, CVT Dual-Mod, menggantikan transmisi konvensional automatik 4-kelajuan, juga kotak gear yang sama seperti Ativa.
  • Antara kelebihan CVT Dual-Mod adalah meningkatkan lagi kecekapan transmisi, ringan dan bersaiz kompak, sekali gus memberikan lebih kuasa pecutan dan pemanduan lancar pada halaju rendah selain menjadikan pemanduan lebih senyap dan meningkatkan kecekapan bahan api.
  • Penggunaan bahan api kini lebih jimat 5 peratus, atau tambahan 1km bagi setiap liter petrol
  • Aspek pecutan ditambah baik 20 peratus.

  • Ada mod kuasa (power mode) di stereng( untuk varian AV sahaja), iaitu ciri sama yang mula diperkenalkan Perodua pada Ativa.

BACA >>> Perodua Ativa (2021) Lancar dengan A.S.A 3.0, Harga Mula Serendah RM61,500!
BACA >>> Transmisi D-CVT Perodua Ativa (2021): Apa yang Best, Kenapa Bukan CVT Biasa?

  • Perodua turut menawarkan Perakam Video Digital (DVR) atau kamera pemuka (dashcam) sebagai opsyen dalam aksesori GearUp, termasuk Sistem Pemantau Tekanan Tayar (TPMS).
  • Menampilkan warna baharu: Cranberry Red (merah), khas untuk varian AV sahaja, manakala varian lain tersedia untuk pilihan warna seperti Ivory White (putih), Glittering Silver (perak), Lava Red (merah, tiada untuk AV), Granite Grey (kelabu) dan Electric Blue (biru).

PERODUA EZ MOBi

Perodua turut memperkenalkan perkhidmatan langganan kenderaan, Perodua EZ MOBi membabitkan semua nilai tambah, yang bakal membantu syarikat menguruskan flit kenderaan dari perolehan, servis dan penukaran flit.

Menurut Datuk Zainal EZ MOBi mewakili sumbangan nilai Perodua terhadap keperluan mobiliti pelanggan yang semakin meningkat. Pakej keseluruhan termasuk pendaftaran kenderaan, pembaharuan insuran, kos servis, kos penggantian alat ganti, kereta ihsan, pelupusan kenderaan dan penukaran di bawah satu pelan langganan.

Perodua EZ MOBi menyediakan kemudahan hujung-ke-hujung (end-to-end) berdasarkan kepelbagaian pakej tersedia yang memenuhi keperluan mobiliti pelanggan.

Salah satu keunikan Perodua EZ MOBi ialah pelan langganan yang menumpukan  semua kos pemilikan dan pengendalian kenderaan, kecuali bahan api. Buat masa ini, perkhidmatan baharu ini ditawarkan buat pelanggan Lembah Klang untuk entiti perniagaan dan agensi Kerajaan.

Sila layari laman web www.perodua.com.my untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ciri baharu Myvi Baharu.

TRIVIA MYVI
  • Pelancaran Myvi (2022) facelift baharu ini dibuat pada minggu sama dengan pelancaran Myvi generasi ketiga lalu, pada 16 November 2017.
  • Myvi mula diperkenalkan pada Mei 2005 dan sudah terjual kira-kira 1.3 juta unit. Daripada jumlah tersebut, Myvi generasi ketiga terjual 277,329 unit.

BACA >>> Perodua Jual 204,900 Unit Kereta Sepanjang 2017, Mahu Kuasai 35 Peratus Pasaran 2018
BACA >>> Raja Jalanan Kembali Gegar! Perodua Myvi (2018) Dilancarkan! [7 Fakta Ekspres + Foto Rasmi]

MYVI 1.5L AV
Myvi AV (2022)
MYVI 1.5L X
MYVI 1.5L H
MYVI 1.3L G
Datuk Zainal Abidin Ahmad enjin perodua myvi baharu 2018 hatchback hatchback segmen-B Perodua Perodua Myvi Perodua Myvi (2022) Facelift Perodua Myvi 2022 Perodua Smart Drive Assist (PSDA)
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027
Auto Terkini

Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027 Dedah Video, Foto Acah – Buat Kali Pertama dengan 4-Pintu

28/07/2026
Mercedes-AMG A45 S Final Edition
Roda4

Mercedes-AMG A45 S Final Edition – Edisi Perpisahan Sebelum Diganti EV

28/07/2026
Suzuki meterai MoU FLUX |
Auto Terkini

FLUX Tawar Suzuki Fronx, Jimny Diskaun 69 Peratus Sempena Merdeka

28/07/2026
Porsche Cayenne Turbo Electric previu di Malaysia
Roda4

Porsche Cayenne Turbo Electric Tayang di Malaysia, Harga Anggaran RM1.2 Juta!

28/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
Honda Vario 160 2026
Roda2

Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

By Shazwan Hisam27/07/2026
Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
Auto Terkini

Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

By Shazwan Hisam24/07/2026
Auto Terkini

#Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

By Syafie27/07/2026
Nissan GT-R NISMO 2020
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

By Abang Hirata28/07/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

By Admin PanduLaju28/06/20211
OMODA C7 PHEV
PHEV

OMODA C7 PHEV Previu di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

By Syafie27/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.