Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Perodua Jual 204,900 Unit Kereta Sepanjang 2017, Mahu Kuasai 35 Peratus Pasaran 2018
Auto Terkini

Perodua Jual 204,900 Unit Kereta Sepanjang 2017, Mahu Kuasai 35 Peratus Pasaran 2018

Han OthmanBy Han Othman19/01/20181 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PERODUA mencatatkan jualan memberangsangkan apabila mencatatkan jualan sebanyak 204,900 unit kenderaan sepanjang 2017 dengan meletakkan tambahan sasaran 209,000 unit kenderaan, tahun ini – 2018, iaitu lebih 2 peratus berbanding jualan tahun lalu.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perodua, Datuk (Dr) Aminar Rashid Salleh berkata, momentum dicetuskan Bezza pada awal 2017 dan diteruskan model lain banyak membantu mengekalkan Perodua sebagai pengeluar automobil nombor satu di Malaysia selama 12 tahun.

“Kami jangka jumlah jualan kenderaan (TIV) meningkat kepada 590,000 unit pada 2018 yang akan menyaksikan perkongsian pasaran kami kekal di atas 35 peratus.”

Menurut Aminar, berdasarkan prestasi jualan semasa, angka 204,900 tahun lalu adalah melebihi sasaran awal Perodua, iaitu 202,000 unit sahaja. Bagaimanapun, prestasi 2017 sedikit kurang berbanding 2016 (207,100 unit) berikutan cabaran pasaran, persaingan sengit dan peraturan sewa beli yang ketat.

BACA >>> 6 Perkara Menarik Anda Perlu Tahu Mengenai Perodua Myvi Baharu (2018) – Harga Bermula RM44,300

MYVI TERUSKAN MOMENTUM

perodua myvi baharu 2018
perodua myvi baharu 2018
perodua myvi baharu 2018

Perodua menjangka angka jualan kembali meningkat tahun ini berikutan keadaan ekonomi menggalakkan dan momentum dicetuskan Myvi baharu.

Myvi baharu, menurut Aminar lagi, menerima tempahan lebih 36,000 unit sejak November 2017 dan setakat ini sudah lebih 11,000 unit sudah dihantar kepada pemilik masing-masing. Malah, tempahan untuk varian 1.5 melebihi jangkaan asal.

Peningkatan permintaan tahun ini turut memberikan impak positif terhadap pengeluaran kenderaan Perodua dengan anggaran 215,334 unit berbanding 200,146 unit pada 2017.

BACA >>> #PanduUji: Perodua Myvi (2018) Baharu Sedap Dipandu, Tapi…

Perodua buat masa ini mempunyai dua fasiliti pembuatan, Perodua Manufacturing Sdn Bhd yang menghasilkan Myvi baharu dan Alza, dan Perodua Global Manufacturing Sdn Bhd menghasilkan Axia dan Bezza.

PERNIAGAAN SELEPAS JUALAN MENINGKAT

Perniagaan selepas jualan Perodua turut mencatatkan pertumbuhan positif sepanjang 2017, seiring permintaan tinggi terhadap servis berkualiti berikutan peningkatan kesedaran di kalangan pelanggan. Justeru Perodua menjangka perniagaan selepas jualan meningkat 1.9 peratus daripada 2.1 juta pada 2017 kepada 2.14 peratus pada 2018.

Selain meningkatkan angka jualan, Perodua turut menyasarkan keuntungan bagi perniagaan selepas jualan bagi memenuhi permintaan tinggi pelanggan.

Auto Terkini Datuk Dr Aminar Rashid Salleh jualan Perodua 2017 Perodua Roda4
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Mercedes-Maybach GLS 2027 – 4.0L V8 612 ps/850Nm, SUV Ultra Mewah Guna Teknologi Hibrid Ringan

21/07/2026
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Dengan Lebih Pantas

21/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

20/07/2026
Volkswagen ID. Cross 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Volkswagen ID. Cross 2027 – Jarak Sehingga 427km dengan Harga Munasabah

21/07/2026

1 Comment

  1. Lin Dan on 19/01/2018 16:15

    Perodua terbaik!

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

By Shazwan Hisam16/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

By Abang Hirata20/07/2026
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.