Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Perodua Ativa (2021) Lancar dengan A.S.A 3.0, Harga Mula Serendah RM61,500!
Roda4

Perodua Ativa (2021) Lancar dengan A.S.A 3.0, Harga Mula Serendah RM61,500!

Han OthmanBy Han Othman03/03/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SELEPAS pelbagai spekulasi, berita dan foto didedahkan, Perodua akhirnya melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) moden pertama jenama itu, Ativa yang dilengkapi pelbagai teknologi dan ciri terkini.

‘Ativa’ berasal daripada Bahasa Portugis yang bermaksud ‘Aktif’ yang diyakini sesuai dengan gaya hidup aktif pemandu bandar masa kini.

Harga jualan bermula RM61,500 hingga RM72,000 yang dipakejkan bersama waranti lima tahun atau perbatuan 150,000km (mana satu tiba dulu). Berikut perincian mengenai Ativa (2021) yang perlu anda tahu:

Luaran

  • Ada tiga varian ditawarkan dengan harga yang dibezakan mengikut pilihan warna seperti berikut:
    • Ativa X (metalik) – RM61,500
    • Ativa H (metalik) – RM66,100
    • Ativa H (metalik khas) – RM66,600
    • Ativa AV (metalik) – RM71,200
    • Ativa AV (metalik khas) – RM71,700
    • Ativa AV (dwi-tona) – RM72,000
  • Ada enam pilihan warna, iaitu Pearl Delima Red (merah), Pearl Diamond White (putih), Cobalt Blue (biru), Granite Grey (kelabu) dan Glittering Silver (perak). Varian AV mendapat kemasan dwi-tona, iaitu dengan bumbung hitam.
  • Rim aloi 5-jejari 16 inci.

Dalaman

  • Ruang kabin dihidangkan unit infotainment jensi apung 9 inci dan kluster instrumen TFT multi-info 7 inci berserta stereng multifungsi untuk fungsi kawalan audio, arahan suara dan Kawalan Jelajah Adaptif (ACC).

Trenkuasa

  • Dijana enjin 3-silinder 1.0L Turbo berkuasa 96hp @ 6,000rpm dan tork 140Nm @2400-4000rpm dengan transmisi D-CVT yang mempunyai fungsi gear pisah @ split gear (pertama dalam kenderaan Toyota) untuk keseronokan pemanduan dan kecekapan bahan api.
  • Teknologi enjin baharu ini menyumbang kepada kecekapan bahan api sehingga 18.9km per liter yang melayakkan SUV ini menjadi Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) kelima Perodua.

Ciri

  • Antara ciri menarik Ativa (2021) ialah Bantuan Pemanduan Selamat (A.S.A) 3.0 yang mematuhi standard Pemanduan Autonomi Tahap 2.
  • Teknologi ini juga kali pertama diperkenalkan  pada Perodua Ativa, dan terdapat pada semua varian. Teknologi berfungsi pada kelajuan lebih tinggi (sehingga 120kmj untuk kenderaan dan hingga 60kmj untuk pejalan kaki) berbanding sistem A.S.A 2.0 semasa. Ini termasuk mengesan kenderaan dua roda dan berfungsi pada malam.
  • Semua varian mendapat ciri standard 6 beg udara, lampu depan LED automatik dengan ciri Lampu Suluh Tinggi Automatik (AHB), Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Agihan Brek Elektronik (EBD), Bantuan Brek (BA), Kawalan Stabiliti Kenderaan (VSC), Signal Henti Kecemasan (ESS), Bantuan Pegun Bukit (HHA), sensor belakang dan ISOFIX, berserta ciri asas Bantuan Keselamatan Termaju (A.S.A), iaitu Elak dan Amaran Tukar Lorong (LDWP).
  • Varian H dan AV mendapat ciri lampu adaptif (ADP), paparan multi-info TFT 7 inci dan unit infotainment skrin sentuh 9 inci dengan pengecaman suara.
  • Varian premium (AV) pula lebih eksklusif, dibekalkan A.S.A lengkap, iaitu tambahan Kawalan Jelajah Adaptif (ACC), Kawalan Kekal Lorong (LKC), Pemantau Titik Buta (BSM) dan Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA).
Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Perodua Perodua Ativa (2021) Roda4 SUV SUV Segmen-A
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Lynk & Co GT Concept Time To Shine, Tampil Anggun dan Bergaya

01/05/2026
Roda4

Jetour T1 Kini Dibuka untuk Tempahan, Dua Varian Tersedia, Harga Mula RM143,800!

30/04/2026
PHEV

#AutoChina2026: Jetour G700 Bakal Masuk Tahun Depan? Harga Anggaran RM250,000

29/04/2026
PHEV

#AutoChina2026: Jetour T2 di China Ada Versi Hibrid, Bakal Masuk Malaysia?

29/04/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Roda4

Toyota Yaris Cross Buka Tempahan di Malaysia, Harga Bawah RM100k

By Shazwan Hisam24/04/2026
Auto Terkini

MyJPJ Guna MyDigital ID Sepenuhnya Bermula 1 Mei 2026

By Shazwan Hisam30/04/2026
Roda4

Jetour T1 Kini Dibuka untuk Tempahan, Dua Varian Tersedia, Harga Mula RM143,800!

By Syafie30/04/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Auto Terkini

Jalan Bukit Bintang Ditutup Hingga 2 Mei – Ini Laluan Alternatif

By Shazwan Hisam22/04/2026
Roda2

EZI RAY 01 Lancar Di Malaysia – Harga Serendah RM2,288 Dengan Rebat Mforce.Cas

By Shazwan Hisam30/04/2026
Roda2

Ikon Superbike Dengan Warna Baru dan Edisi Khas – Suzuki Hayabusa 2026

By Shazwan Hisam23/04/2026
Keeway RKR250 2026
Roda2

Sportbike 250cc Keeway RKR250 2026 Masuk Malaysia, Harga RM13,888

By Shazwan Hisam20/04/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.