Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Perodua Janji Tak Naik Harga Kereta Tahun Ini! Kecuali…
Auto Terkini

Perodua Janji Tak Naik Harga Kereta Tahun Ini! Kecuali…

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju31/01/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

PERODUA mengesahkan tiada rancangan untuk menaikkan harga produk kenderaan sedia ada walaupun berlaku kenaikan harga kos bahan mentah.

Model yang disebut tidak mengalami kenaikan harga ialah Myvi, Aruz, Bezza, Ativa dan Alza. Bagaimanapun, Perodua Axia (2023) serba baharu mengalami kenaikan harga berbanding model sedia ada. Kenapa?

BACA >>> Perodua Axia (2023) Serba Baharu Akan Lebih Panjang, Lebar, dan Rendah
BACA >>> #TahukahAnda: Perodua Axia (2023) Serba Baharu Guna Casis DNGA, Apakah Kelebihannya?

Logo Perodua

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perodua, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad menjelaskan;

Buat masa ini, kami tiada peningkatan harga dan kami akan kekal sekurang-kurangnya tahun ini. kami akan maintain.No price increase.

“Sebab kami rasa, apa yang kami perlu lakukan adalah mesti ada cara daripada kami punya own internal reduction (pengurangan dalaman syarikat) untuk kita menguruskannya.

“Dan mesti ada cara supaya vendor kita juga mampu mengurangkan kos. Model sedia ada tidak ada peningkatan harga.

Dari segi harga baharu, contohnya model Axia (2023) serba baharu. Saiz model ini lebih besar berbanding model terdahulu. Kedua, cirinya juga berbeza. Axia dulu basic, contohnya tidak ada ASA atau beg udara.

“Untuk Axia serba baharu, ia dilengkapi enam beg udara termasuk beg udara langsir kerana keselamatan itu amat penting. Dengan peningkatan dari segi spesifikasi dan keselamatan, maka harga memanglah berbeza (model lama) dengan model sekarang.

“Kami naikkan harga untuk model baharu bukan kerana impak inflasi, bukan sebab impak material (bahan pembuatan) tetapi disebabkan tambahan ciri baharu. Konsep kami begitu.

“Selagi kami boleh bertahan (tidak meningkatkan harga), kami akan bertahan setakat mana kami boleh bertahan.”

BACA >>> Terkini Perodua Axia (2023)! Ada 4 Varian, Semua CVT, Tiada lagi Transmisi Manual?
BACA >>> Perodua Axia (2023) Lancar Februari Ini dengan Gear D-CVT, Tiada Enjin Turbo dan Lebih Jimat!

Beliau secara peribadi berpendapat harga bahan mentah sudah mencapai tahap tertinggi tahun ini dan tidak akan bertambah, tetapi menjadi stabil.

Ia akan stabil pada suatu tahap puncak. Pada pertengahan tahun ini, ia (harga) akan mula menurun. Kenapa? Sebab keadaan semakin pulih, semua dah start recover, ada economies of scale, orang dah kembali ke skala pengeluaran asal dan ini akan ada price reduction (penurunan harga).

“Sebab itu saya yakin tahun ini takkan ada (kenaikan harga) dan kita tidak menaikkan harga disebabkan inflasi. Jika spesifikasi berbeza, memang akan ada kenaikan harga.”

BACA >>> Perodua Axia (2023) Serba Baharu Lancar Februari Ini, Ada 5 Varian Ditawarkan?
BACA >>> #Videotomotif: Inilah 5 Sebab Perodua Axia Sesuai untuk Pemandu Wanita

autoterkini Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad Perodua Perodua Axia Serba Baharu (2023) Roda4
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Mercedes-Maybach GLS 2027 – 4.0L V8 612 ps/850Nm, SUV Ultra Mewah Guna Teknologi Hibrid Ringan

    21/07/2026
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Dengan Lebih Pantas

    21/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    20/07/2026
    Volkswagen ID. Cross 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Volkswagen ID. Cross 2027 – Jarak Sehingga 427km dengan Harga Munasabah

    21/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.