• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / #TahukahAnda: Perodua Axia (2023) Serba Baharu Guna Casis DNGA, Apakah Kelebihannya?

#TahukahAnda: Perodua Axia (2023) Serba Baharu Guna Casis DNGA, Apakah Kelebihannya?

January 6, 2023 By Sharil 2 Comments

144
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

KERETA paling mampu milik di Malaysia, Perodua Axia serba baharu dikhabarkan akan dibangunkan berasaskan platform Arkitektur Global Baharu Daihatsu (DNGA) pada Februari depan.

Platfrom itu ialah casis sama digunakan kembar Axia di Indonesia, Daihatsu Ayla dan Toyota Agya. Malah DNGA ini turut digunakan model terkini Perodua seperti Perodua Ativa dan Perodua Alza baharu.

BACA >>> Perodua Axia (2023) Lancar Februari Ini dengan Gear D-CVT, Tiada Enjin Turbo dan Lebih Jimat!
BACA >>> Perodua Axia 2023 (D74A) Bakal Dilancarkan Februari Ini, 5 Varian Ditawarkan

Persoalannya, apakah kelebihan platfom tersebut berbanding Perodua Axia sedia ada di pasaran buat masa ini? Jom, kami ringkaskan kelebihan ditawarkan platfrom DNGA.

1. Platform Modular Dan Mesra CASE (Connected, Autonomous, Shared & Electric)

Platform DNGA serasi digunakan pada pelbagai jenis kenderaan kerana boleh disesuaikan dengan sistem kereta moden masa kini seperti teknologi konektiviti, autonomi, perkongsiam dan elektrifikasi, dipanggil CASE.

Kos tinggi juga diperlukan jika pengubahsuaian dilakukan pada platform lama supaya dapat dipadankan dengan CASE.

2. Kereta Dihasilkan Lebih Murah, Pantas

Platform DNGA juga boleh diubah suai dengan mudah melibatkan jarak roda, panjang dan lebar mengikut jenis kereta yang mahu dihasilkan. Platform itu turut boleh digunakan untuk pembinaan kereta selain segmen-A, misalnya segmen-B dan menjadi asas kepada model keicar di Jepun.

Menerusi DNGA, pengeluar mampu melancarkan model terbaharu dengan lebih pantas dan murah kerana tempoh pembangunan kenderaan baharu tidak lagi mengambil masa lama.

3. Lebih Stabil, Lebih Selesa

Pembinaan DNGA dimulakan daripada bahagian suspensi yang mengutamakan kestabilan dan keselesaan selain meningkatkan respons kenderaan tanpa mengira sebarang permukaan jalan.

Selain itu, beberapa komponen bergerak turut dikurangkan yang membuatkan casis lebih ringan, sekali gus mengurangkan bunyi bising, getaran dan kekasaran (NVH) dalam kabin.

4. Lebih Ringan, Lebih Selamat

Selain itu, tahap rigid casis turut dipertingkat menerusi gabungan tiga jenis logam berkualiti tinggi yang memberikan agihan kekuatan lebih serata pada kerangka, terutama ketika perlanggaran.

Zon remuk platform direka semula untuk menyerap hentakan yang lebih baik berbanding model terdahulu.

5. Direka Bersama Trenkuasa Baharu

Akhir sekali, Daihatsu membangunkan enjin dan transmisi baharu seiring pembangunan platform DNGA bagi memberikan peningkatan yang lebih dirasai dalam semua aspek.

Sebagai contoh, Perodua Ativa menggunakan enjin 1.0L turbo yang digandingkan transmisi D-CVT yang lebih terkini.

BACA >>> Perodua Pecah Sasaran, Jual Lebih 282k Kenderaan Sepanjang 2022
BACA >>> Video Perodua Myvi Pandu Mengundur di Lebuh Raya Curi Perhatian Netizen

KESIMPULAN

Penggunaan platform DNGA dan transmisi D-CVT pada Perodua Axia (2023) serba baharu nanti tidak dapat disangkal lagi berikutan banya barisan model baharu Perodua sudah dan bakal menggunakan csasis dan transmisi sama.

Persoalannya, adakah harga Perodua Axia akan turun menerusi penggunaan casis DNGA?

Artikel Berkaitan

144
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment, Roda4 Tagged With: Daihatsu New Global Architecture, DNGA, hatchback segmen-A, Perodua axia 2023

Comments

  1. Noor Sarina Bt Noordin says

    January 9, 2023 at 8:02 AM

    Faster (Lagi)

    Reply
  2. Noor Sarina Bt Noordin says

    January 9, 2023 at 8:04 AM

    Faster (Cepat)

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Harley-Davidson Strap Tank (1908): Motosikal Paling Mahal Dunia, Harga Cecah RM3.98j!
    Harley-Davidson Strap Tank (1908): Motosikal Paling Mahal Dunia, Harga Cecah RM3.98j!
  • Review: Kelebihan vs Kekurangan Memiliki Perodua Ativa Hybrid
    Review: Kelebihan vs Kekurangan Memiliki Perodua Ativa Hybrid
  • #SembangDeras: Kerajaan Hapus Pelekat Cukai Jalan Tak Lama Lagi?
    #SembangDeras: Kerajaan Hapus Pelekat Cukai Jalan Tak Lama Lagi?
  • Kei-Car Elektrik Terbaik Jepun, Mitsubishi eK X EV Raih Rating 5 Bintang JNCAP
    Kei-Car Elektrik Terbaik Jepun, Mitsubishi eK X EV Raih Rating 5 Bintang JNCAP

PANDU UJI

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

Abang Gan Pandu Uji SUV Paling Jahat Milik Tauke Gajet, Range Rover SVR (2018)

REVIU Abang Gan kali ini ialah model Range Rover paling premium, … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: Lenjan KTM RC 390 (2022) Atas Trek Basah, Syok Macam Sportbike 500cc!

KTM 390 suatu masa lalu adalah antara model motosikal popular apabila … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my